kelab blogger ben ashaari, KBBA,

12 October 2013

Alasan Kenapa Blog Bertukar Wajah


Assalamualaikum Semua.


Firstly, jaa nak ucapkan berbanyak terima kasih pada en.suami yang buatkan Header Baru untuk blog jaa nih. terima kasih kerana melayan kehendak si bini yang banyak songeh dan cerewet ni. hihihi. hasilnya memang mantopsss, jaa suka sangat.

Oleh kerana jaa ni jenis suka sesuatu yang simple, makanya gini lah header dan template yg sesuai utk jaa. jaa tak suka bling-bling, tak suka kartun/doodle, tak suka corak bunga-bunga jugak. jaa sukakan hiasan yg minimalis! simple and nice tu yg penting.


edit blog, edit blog. tutorial blog, header blog, header blog jaakechik, cara nak edit blog, cara nak buat header, teknik blogging, tips blogging,

yang atas header asal, yang bawah header baru
dedua header ni my laki yang buatkan

edit blog, edit blog. tutorial blog, header blog, header blog jaakechik, cara nak edit blog, cara nak buat header, teknik blogging, tips blogging,

Seharian my en.suami duk ngadap Adobe Photoshop tau. naik juling mata dia buatkan header baru utk jaa. kah3. kesian pulak jaa tengok. jaa pening kepala edit blog, dia lak pening buat header. bini lak cerewet tahap dewa. tak ikut kemahuan, kang bini tarik muncung nambelas pulak. (^_^)

Terima kasih juga pada yang memuji. senyum kambing my laki baca komen-komen korang pasal perubahan header dan template blog jaa tau. sebab my laki tukang wat header kan. ofkos ler dia seronok bila dapat komen mcm tuh. kembang semangkuk idung dia. kekeke.


Inilah gambar asal yang en.suami crop utk header tuh. bayangkan lebar background gambar sebenar pendek jer kan? untuk itu my en.suami kena edit ''tangga kelabu'' tuh kasi panjanggg untuk dibuat header. kreatif gak laki aku nih. sungguh tak ku sangka. (T_T) ekceli ni gambar semasa kami di Bukit Bendera Januari 2013 lalu.

Tang edit blog, jaa buat sendiri. semua tutorial jaa amik from google. almost 60% jaa ikut tutorial edit blog dari Blog Lyssa Faizureen. jaa tak pandai tapi jaa try and error sendiri. seronok edit blog sendiri. kita bukan hanya tahu menulis tapi at least kita tahu selok belok koding blog.


Alasan Kenapa Blog Bertukar Wajah?


1. Gara-gara ''Segmen Saya Mahu Ditegur''

Segmen anjuran Blogger Eyriqazz ni banyak membantu jaa untuk bertukar header dan template. ramai yang komen/tegur header jaa yang lama tu macam ''tak berapa nak nice''. kena buat yang lebih umphhh lagi. makanya, sebab tu lah jaa bertukar. terima kasih pada yang menegur pasal blog jaa tu yer. jasa mu dikenang, ecewah!

2. Sebab loading blog semakin memberat

Loading blog jaa yg semakin memberat membuatkan jaa risau. ramai kot yang komen macam tu. jaa pun tak tahu kenapa. padahal blog jaa dulu takde letak pun widget yang annoying. ada yg kata sebab background bergambar, ada yang kata sebab banner/iklan. tapi takpe lah alang2 tukar header, kita tukar template baru sekali. jaa tengok loading blog semakin laju better than yg lama.

3. Sebab nak kan template blog yang lebih fresh.

Sepanjang jaa aktif berblogging, ni lah pertama kali jaa tukar template blog. kalo dulu blog jaa 100% kaler kaler kuning koko,  so sekarang jaa dah tukar ke kaler putih + pink. lebih senang dan lebih sedap mata memandang rasanya kan. feeling matured gitu. kekeke. baideway, bahagian sidebar jaa still kekalkan seperti dulu lagi.



p/s : pada yg request tutorial buat header nanti jaa cuba buat ek.


12 comments:

  1. Hi akak.. Vee pun suka design yang simple mcm ni. And blog kita pun hampir serupa pulak.. Hihihi.

    ReplyDelete
  2. makin meletop kak jhaa.. mama tak reti bab edit mengedit header, coding apa semua ni, mabuk laut mama..

    ReplyDelete
  3. memang laju...serius header JAA memang ohsem....akak tunggu tutorial header dari JAA....tq

    ReplyDelete
  4. Akak dulu rajin jugak main tukar2 header ni.. Skang ni dah malas.. Header pun cuma ada tulisan je, takde dah yang gambar2..

    Tapi betul la, header yg ada gambar ni loading agak berat.. Lagi2 kalau letak direct gambar tu.. Kalau gambar yg dah edit, ringan sikit..

    ReplyDelete
  5. cantik, menarik, tertarik, memang dabom. hehe. CF pon dah lama tak tukar baju blog.

    ReplyDelete
  6. Xmau ckp byk.. header baru yg sgt menarik..

    ReplyDelete
  7. larh yekee,taksangka pandai cik abg jaa editkan,memang kemas hasilnya :)

    ReplyDelete
  8. hasil dia mmg terbaiklah kan.. :)

    header jaa tu mmg cun.. :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah kak jaa suami isteri yg kreatif, hebat dan mantap. Suka tengok wajah baru ni. Tenang dan lapang je kak, terbaik!

    ReplyDelete
  10. Cantik mmg simple, berat tu sy x nafikan sbb kat opis mmg ssh bkk blog jaa sbb tu sy jrg komen... X blh nak baca blig awk

    ReplyDelete
  11. oooo..cik abe yg buatkan hedaer ye :)
    mmg cun.
    saya pon suka yg simple.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...