kelab blogger ben ashaari, KBBA,

26 October 2013

Fikri Balik Kampung Jumpa Moyang di Thailand



~ Assalamualaikum WBT ~


Pada raya ke-7 lepas jaa ikut family jaa balik ke Pattani Thailand. kitorang pegi sana untuk melawat Nenek jaa yang uzur (sakit tua). lama giler dah kot tak pergi sana. last pergi ialah masa jaa peknen kan fikri 6 @ 7 bulan gitu. nih kiranya first time lah fikri gi tengok Moyang dia. 

Jam 8.30 pagi, abang jaa mai amik jaa dirumah untuk ke Pattani Thailand. jaa pergi dua beranak jer. my en.suami lak tak ikut. sebab dia takleh nak tinggal keje lelama. sebab sejak hari raya baru 2 hari start keje, takkan nak cuti lak kan. so membujang lah dia sensorang kat rumah.


 pattani thailand, narathiwat thailand, sempadan thailand, songkla thailand, thailand, pekan takbai, sempadan takbai, pekan golok, bandar golok, ban bo thong,


Jaa pulak masa pergi tu belum ada lagi border pass, makanya pepagi lagi kena menapak naik ke Pejabat Imigresen di Rantau Panjang untuk buat pas sempadan. kos buat border pass is RM10 dan kos gambar passport pula RM10.

jaa tak perlu buat passport besar kaler merah yang rege ratus-ratus tu. cukup buat pas ni jer. sebab no.i/c jaa 03 (kelantanese) korang yang nak buat pass sempadan tu jangan lupa bawak surat beranak anak yer. wajib ada!

Makanya marilah kita berlepas masuk ke Pekan Golok. lepas dah siap cop border pas, kami kena settledkan urusan surat menyurat kereta lak. kami kan masuk Thailand guna kete sendiri. makanya, ada prosedur yang perlu diikut.


pattani thailand, narathiwat thailand, sempadan thailand, songkla thailand, thailand, pekan takbai, sempadan takbai, pekan golok, bandar golok, ban bo thong,


Sesapa yang nak bawak kereta sendiri pastikan bawak 2 helai salinan fotostat bagi IC penama kereta, Geran Kereta dan surat Insurans kereta. jangan lupa bawak gak dokumen yang original. dokumen-dokumen tu kena serahkan pada pihak JPJ di Rantau Panjang bagi urusan bawak kete mesia masuk ke thai.

Lepas tu kena cop lak di Imigresen Golok. tapi jaa syukur sebab semua urusan tu my abang yang settledkan, kami si penumpang nih just duk dendiam lam kete. tup tup sume dah siap. dah boleh gerak ke Pattani dengan sah.


 pattani thailand, narathiwat thailand, sempadan thailand, songkla thailand, thailand, pekan takbai, sempadan takbai, pekan golok, bandar golok, ban bo thong,


Oooohoooooiiii.... makcik kayo weiii!! ribu riban duk dalam genggaman. muahaha. kaya ngan nombor kosong! nilai sebenar sikit jer tuh. 1000 bhat = 100 hingget duit malaysia. bajet jaa utk ke pattani sikit je. just RM500. duit siam jaa tukar RM400. belen duit mesia RM100 lagi jaa buat topup minyak kete dan buat beli jajan di Rantau Panjang.

Nak bawak banyak, duit dah takde. baru lepas raya haji kan. so bajet dah banyak kelauutttt. dah sengkek tahap dewa. muahaha. dah la gaji bulan okt masuk 2 minggu lebih awal (before raya hari tuh). makanya, untuk nak tiba ke next gaji (25 nov nanti) jaa kena berjimat lah. kang kalau shopping bebanyak. alamat makan meggi tetiap hari lah daku. hahahahaha.




Sepanjang hampir 3 jam perjalanan kami dari Pekan Golok untuk menuju ke Pattani, kami kena rempuh banyak sekatan jalan raya (road block) oleh tentera dan polis siam. tapi alhamdulillah takde apapun yang merumitkan. semuanya selamat dan lancar. syukur padaMu Ya Allah.

Kami sekeluarga memang dah biasa bawak kenderaan sendiri bila masuk ke Thailand. dan selalunya bila balik kampung kami akan konvoi 2-3 buah kereta. kami balik bukan tetiap tahun, tapi 2-4 tahun sekali tu ada la balik.

Kami tak bimbang kalau ada apa-apa masalah di pertengahan jalan. sebabnya, my parents dedua fasih cakap Siam. diorang lah translator kami. wehihi. kami pergi dua buah kereta, so my ayah dan my mak berpecah, sorang duk dalm kete abang jaa, sorang lagi duk dalam keta kakak jaa. adil!




Jaa pulak tak bawak kereta sendiri. sebab keta jaa didaftarkan atas nama en.suami. so, jaa boleh nak bawak masuk ke Thailand sebab owner keta tak ikut sekali. makanya jaa tumpang keta abang jaa jelah. lebih jimat, kami pakat tong tong isi minyak. even ketat macam tin sardin, kami redooooo.... muahaha! itupun nasib baik kete alza. kalo kancil? sedih ooo nak berhimpit.

Kami datang sebuah kete jer masa ni, sebuah kete lagi bertolak lewat sikit sebab ada hal yang perlu dibereskan oleh kaka jaa sebelum mereka bertolak. so kami pergi asing-asing. bagi kami yang ramai adik-beradik ni bawak kereta sendiri is better than naik kete api or naik flight. ada kete sendiri langkah panjang sikit nak kemana-mana! hihihi.




Separuh perjalanan, kami singgah makan di salah satu kedai makan di Kampung Telubang, kami kat sini makan Maggi Cambo. dan ada gak yang pilih untuk makan nasik campur.




Makanan kat sini best. sambal belacan dia sedap. even kedai kecik macam warung tapi kami tak kisah pongg. kami ok jer. asalkan bersih, halal dan mengenyangkan perut... kekeke. total makan kat sini ialah RM31.60.  my mak tolong payungkan. oooohh tengkiu-tengkiuuuu MEK.... patut ler sedap. ada yg belanja rupanya. hikhik!




Setelah hampir 3 jam perjalanan dari Pekan Golok, kami akhirnya selamat sampai di Kampung Moyang Fikri di Ban Bo Thong Pattani Thailand. sampai jer kat sini, alhamdulillah kami dah boleh urut dada bagi melepas lega. plus lagi bila dapat jumpa nenek jaa, makin lega rasa hati setelah bertahun tak jumpa.

Tak dinafikan perjalanan menuju ke Thailand memang sangat mendebarkan. bayangkan lah, di Narathiwat kan selalu jer ada kejadian Bom dan tembak tembak. kami pun bimbang jugak tapi terpaksa tawakkal. bak kata my ayah, ''kalau dah tiba ajal kita, kat mana-mana pun kita akan mati''. hrmmmmm... insaf jap aku bila dengar.... huhu!




Dalam hepy nak balik kampung, dalam hati hanya Allah yang tahu. tak putus berdoa dalam hati moga ALLAH permudahkan urusan kami, selamatkan kami dari bala bencana yang tak diingini. ayah jaa pun dah buat solat hajat sebelum bertolak ke sini. alhamduillah akhirnya kami selamat sampai.

Kami disambut oleh nenek dan mak sedara kami dengan penuh gelak tawa gembira. rasa tak puas dok situ, lama tak datag rumah nenek jaa pun banyak yang dah berubah.




Kami juga dihidangkan dengan nasi berlaukkan kampung yang sangat sedap. lauk singgang ikan, ikan goreng, sambal belacan dan ulam timun batang yang sangat sedap. dihidangkan pulak dengan pinggan bercorak tradisional, terasa benar-benar berada dalam suasana kampung. seronok!




Inilah nenek jaa. dah tua umur dia kalau tak silap dah hampir 85 tahun kot. jaa pun tak tahu umur sebenar dia. tapi memang dah uzur sangat ler. pendengaran pun tak berapa nak clear sangat dah. kena cakap kuat-kuat dan kena repeat cakap banyak kali, baru dia paham. nasib baik ler jaa sempat bawak fikri datang sini kali ni, kalu tak balik kali ni entah bila la gamaknya nak datang lagi.


11 comments:

  1. meriahnya kak jhaa balik kampung,..

    singgah dan menabung di sini

    ReplyDelete
  2. patut jaa comey. ada darah siyem rupenyer.. hehehe.. kapkunkap..

    ReplyDelete
  3. kak jaa, telefon rumah kat luar ke ?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....selamat semuanya..

    Fikir dah jumpa moyang yea...:)

    Barang2 dekat sana mahal2 ke murah jaa?

    ReplyDelete
  5. panjng umur nenek Jaa boleh tengok cicit dia. moga kesihatan dia baik2 sj.

    ReplyDelete
  6. panjng umur nenek Jaa boleh tengok cicit dia. moga kesihatan dia baik2 sj.

    ReplyDelete
  7. aik.. memang kena ikut rantau panjang ke jaa? pengkalan kubor xleh eh? hehehe..

    ReplyDelete
  8. bestnya
    seronokkan balik melawat sedara di sana.

    syukur alhamdulillah kenal juga moyang dengan cicitnya :)

    ReplyDelete
  9. Jaa...akak paling suka pinggan tu berbunga merah lagi......

    ReplyDelete
  10. wah ada darah siam pula. sayanglah kalau tak belajar bahasa siam!..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...