kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 October 2013

Hari Terakhir Kami di Pattani Thailand



Ini brekfes terakhir di rumah nenek jaa. untuk brekfes pagi tu, kami tapau jer kat kedai. makanan kat sini murah. nasi kerabu hanya 10 bhat sahaja (RM1). tapi nasi kerabu kosong ler, takde ler ayam bakar or solok lada bagai tuh... hihihi... 




Menu brekfes di payung penuh oleh mak jaa. kekeke. nasi termasuk kuih muih is RM20++. boleh dapat banyak menda ooo... kuih, nasi kerabu, kueteow goreng, nasi air, pulut dan memacam lagi laaa... pepagi hari berhimpun di dapur rumah nenek jaa, bestt oooo.... penuh ngn kitorang jek. kekeke.




Lepas siap brekfes terus kitorang usung beg pakaian masuk lam kete. kami dah ready untuk balik kelantan dah... 3H2M kat sini memang best! terubat rindu kami kat nenek, yang entah bila la agaknya kami nak mai lagi ni. huhu...




posing ngan nenek jaa dulu. sume pakat tak lepaskan peluang. naik lenguh dah kaki nenek jaa yang sedia uzur tu... kesian lak tengok... cucu cicit dah ler ramai, lama gak dia kena berdiri dok bergamabr ngn anak cucu cicit... hihii...




Masa ontheway balik, sempat jugak kitorang singgah ke rumah abang sulung ayah jaa. kat sini kami dijamu makan lagi. nasi dagang, kuih dan biskut. oohoiii murah sungguh rezeki kami. rezeki dah terhidang, tak baik membazirkan...? makanya marilah kita kenyangkan perut sekali lagi. muehehe.






Ini laluan keluar dan masuk kerumah paklong jaa. sempit giler jalannya.. kete tak boleh dibawak masuk. gaya rumah kat sini memang jenis rapat-rapat ala-ala setinggan gitu. tapi rumah kat dalam tu besar-besar tau.... hrmmm... pasrah lah kami berjalan ramai-ramai menuju ke rumah paklong kami.




Rumah paklong jaa bersebelahan ngan sekolah apa tah. ayah jaa cakap itu sekolah dia dulu-dulu. tapi dia sekolah sampai darjah 4 aje. katanya dulu susah, takde duit nak habiskan sekolah terpaksa carik benti sekolah dan jadik nelayan... tapi itu kisah dulu-dulu laaa.... insaf lagi bila kami dengar....




sempat jugak singgah di Pasar Besar di Bandar Pattani. beli rebung celur. rebung kat sini best. kami adik beradik memang peminat rebung. sume berebut nak beli. rege pun murah RM4.00 sekilo. lebih murah berbanding rebung di kelantan yang berharga RM8.00 sekilo. 6kg sekali borong... hrmmm puas hatiiiii!


3 comments:

  1. nasi kerabu rm1 je..mmg murah gila...!

    ReplyDelete
  2. seronok menyoping laa kat sana kan.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. favourite nasi kerabu memang murah sangat kat sana yea...bila ler boleh pergi tapi akak tak der sedar kat sana...hoho

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...