kelab blogger ben ashaari, KBBA,

24 October 2013

Majlis Akikah Fahmi dan Besday Fikri



~ Assalamualaikum My Sporting Readers ~


Kalau untuk entry first day raya haji hari tu gambar yang ada tak berapa nak meriah banyak, kali ni nak tunjuk lagi gegambar lain pulak. gambar raya ke-4 raya haji 1434H. nih kiranya citer untuk part 2 of raya haji.


Raya ke-4, jaa beraya di rumah MIL jaa lagi. adik ipar jaa buat majlis akikah untuk anak pertama dia (FAHMI). dia amik 1 bahagian daging lembu. tapi ada pula orang baik hati yg wakilkan 2 bahagian lembu lagi kepada dia untuk dibuat makan. wahhh.... meriah nau daging di rumah MIL jaa hari tuh.


Malam raya ke-4 tu sume family en.suami berkumpul dan bermalam di rumah MIL jaa. sume pakat bentang toto memasing. penuh rumah ngan anak cucu. segenap bucu rumah penuh ngan beg pakaian anak cucu. yg dalam gambar tu my adik ipar. baby kecik tu lah Fahmi. masa ni Fahmi baru berusia 47 hari. :)

 

Untuk majlis akikah Fahmi ni, kitorang gotong royong masak lauk. kitorang buat singgang tulang, daging goreng kicap, ikan bilis goreng sambal kering, gulai serati, solok lada, dan memacam lagi lah juadah. yg pastinya sumenya daginggggg! pening kepala lak time nak hidang. penuh pinggan polistren tu ngn lauk pauk.



Ramai gak tetamu yang datang. sume lauk pauk yang dihidangkan licin tepat pada waktunya. sikit pun takde membazir. hrmmm mujur lah kan, tak perlu nak dipanaskan lagi dah. muak doo asyik makan daging aje. 


Jaa pun jemput gak family belah jaa datang. oleh kerana nak tebus rasa bersalah, sebab gambar raya semasa di rumah parents jaa tak ada, makanya kami pulun bergambar pada raya ke-4. takpe lah kan, dari non hadoooo. jadiknya, sakan lah duk bergambar, duk bergoyang gedix bagi untuk nak ganti balik moments raya haji. gambar orang lain takde takpe. asalkan gambar aku ada. muahahahaha.


Tapi kan dalam pada sibuk bergambar, jaa boleh pulak terlupa lak nak amik gambar kami 3 beranak. makanya sempat ler snap gambar seketui. itupun posing masa di Pasraya Nirwana pada pagi raya-4 (masa gi Secret Recipes). hrmmm... background supermarket pun supermarket lah. janji adooo gambar kami 3 beranak! wehihi.


Majlis akikah tu jugak, jaa buat acara mini besday untuk fikri. takdan bajet nak buat majlis lip lap lip lap pun. just beli sebijik Kek Chocolate Indulgence di Secret Recipe, buh lilin pastu tiup. ringkas sajo. asalkan celebrated. kemain ramai kan sepupu sepapat fikri. tu pun belum semua interframe tuh. kalo semua masuk bergambar alamatnya, tak muat lah kot. muahaha.

 

Yang happeningnya, bila habis jer acara tiup kek, sume pakat dok hulur pinggan nak kek. al-kisahnya Kek Secret Recipe kan, sume orang nak rasa. percaya tak korang, kalo jaa cakap tak sampai seminit jer kek tu dah licin. tak cukup lak tu, sume nak repeat makan.hingga ada yang menjilat sehingga ke pisau kek dan bekas alas kek. muahaha. melampau betul!

Dan yang lucunya, besday boy lak tak makan. besday boy dok sibuk menangis nakkan patung Pokemon kat atas kek tu aje. (pokemon tu dah takde dlm gambar, fikri dah cilok dulu) terpaksa bagi dia, sbb asyik menangis melompat mengamuk tak hengat. sampai satu saat tak terkawal terus dia terkam kek, kendian di tepis tangan dek sepupunya, makanya bukan Pokemon yg dia dapat, tapi coklat cair yg melekat kat tgn dia.


Terus hancusssss rupa my chocolate indulgence dibahagian kanan. dah burok rupa kek tu kena smashed dek fikri. adoii la anak! nasib baik jaa dah sesiap snap pic dulu. kalo tak mahunya mama fikri yang nanges sebulan tengok kek dah hancur sebelum di potong. huwaaaa.... dasyat sungguh si fikri nih. tak penyabar langsung.

 

Even majlis besday fikri kali ni ringkas, tapi kira ok dah bagi kami. biarpun dia tak mengerti apa-apa, at least ada gambar kenangan untuk dia di setiap kali besday nya untuk ditunjuk bila dia besar 10 atau 20 tahun nanti. kenangan berharga ni!

Selamat Ulang tahun kelahiran yang kedua sayang. semoga Fikri menjadi anak yang soleh buat mama dan abah. jadilah umat Allah yang baik dan yang taat akan perintah-NYA. semoga hidup mu sentiasa di rahmati Allah dan semoga senantiasa di permudahkan segala-galanya.

 

Present untuk besday boy ni pulak. kami laki bini dah sepakat untuk belikan Kereta Control yang besar untuk fikri. alhamdulillah tercapai hajat kami untuk gembirakan hati fikri. dah lama kot dia nak menan ni. lama jaa perhatikan, tiap kali jumpa keta macam ni di supermarket or dimana-mana, konfem dia akan menangis atau terpekik kuat-kuat cakap nak naik.

Seronok dia boleh menan idaman poojaaaaan hati. senyum rapat ke telinga. bila naik siap takmo turun lak tu. adoi la melampau sungguh. bila dipaksa turun, berderai air mata dia. amboii pandai betul berdrama. hadiah pakaian dan menan pun banyak gak fikri dapat dari makpak sedara dia. alhamdulillah, dan terima kasih buat semua. murah rezeki fikri.

 

After dah siap majlis makan-makan di rumah MIL, pukul 9 mlm baru lah jaa balik ke rumah sewa jaa semula. rindu weh nak tido di rumah kami. lama nau tinggal dah 4 malam berturut-turut. baju-bajan pun dah banyak yang tak bercuci. dah menggunung dah. esoknya lak keja pukul 8 pagi. uhh.... mai keje ngan mata panda lah jaa hari tuh. muahahaha.


7 comments:

  1. kalau secret recipe nye pasai
    mmg habis
    haha

    ReplyDelete
  2. ada gak gambo raya tu kan.. masz ni xder pon.. huhu

    ReplyDelete
  3. HBB fikri..!

    bestnya hadiah dia..!
    nak tumpang boleh??heheh

    ReplyDelete
  4. dah ada keta sendiri fikri skang ye.. hehehe..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...