kelab blogger ben ashaari, KBBA,

06 October 2013

Masak Ketam Tumis Suhun Lagi!

Petang khamis lepas en.suami bawak balik Ketam Nipah. katanya ada kawan bagi free. jaa tanya dia bape ekor? besau mana? katanya 8 ekor. tapi kecik-kecik. sekali jaa pun masuk tengok sendiri, adoii laaa terkejut tengok memang kecik giler... ntah ada isi ke tak, tak tahu laaa... haha...

ketam, ketam goreng suhun, ketam masak suhun, ketam tumis suhun, maggi ketam, cara nak amsak ketam, ketam nipah, resepi ketam, cara nak buat,

'' Nak masak apa ketam ni? ''

My laki jawab, '' Ketam Tumis Suhun! ''

Amboiihh... sedappp ngoder yek. jaa si isteri mithali ni pun selongkar ler dapur. untuk cek ade ke tidokk stok suhun tuh. lama nau tak beli. tercari-cari kot ada encik suhun yg sesat. tak perlu ke kedai dah. masa tu dah kul 7.40 mlm. jaa baru balik keje. letihhh weeiii nak kuar bagai!

Nasib baik ler ada belen suhun masa wat sayur air hari tuh. cukup ler untuk masak Ketam Tumis Suhun untuk 4 ekor ketam. kalo buat sume 8 ekor mmg tak cukup ler... sejemput kera jer suhun yang ada. 

ketam, ketam goreng suhun, ketam masak suhun, ketam tumis suhun, maggi ketam, cara nak amsak ketam, ketam nipah, resepi ketam, cara nak buat,

Akhirnya berjaya gak ketam ni menjadi mangsa kuali ku malam tuh. haha. sesapa yang nak Resepi Ketam Tumis Suhun ni sila amik kat ENTRY INI yer. ada kat situ step by step! semudah ABC jugak cara membuatnya. rasanya tersangatttt la bombastik.... meletopp sedapp! eh, ter-puji masakan sendiri pulak! hahaha.

ketam, ketam goreng suhun, ketam masak suhun, ketam tumis suhun, maggi ketam, cara nak amsak ketam, ketam nipah, resepi ketam, cara nak buat,

Jemput tengok yer kawan-kawan. sila terliur dan sila jeles. hikhik. tapi kan, jaa punya Ketam Tumis Suhun kali ni tak berapa nak kicked, sebabnya tak letak daun bawang. habis stok! huhu. rasa dia, tetap sedap. cuma dia punya bau tu tak berapa nak harummmmm sundal malam. hrmmmm... tapiiiiiii tetap licin hokeyyyy! (^_^)

p/s : nak tengok resepi ketam ni, sila ---->  Klik Sini

11 comments:

  1. nampak sedap gak, tapi akak ketam selalu masak lomak cili api, dah kate orang nogori..hihi

    ReplyDelete
  2. isi ketam banyak x jaa dh kater ketam kecik

    ReplyDelete
  3. amboii...mengoda nampak.. :)

    sedaplah....

    ReplyDelete
  4. nak ketammmm... huhu.
    kalau ada org tolong kopekkan lagi sedap ^ ^

    ReplyDelete
  5. walaupun takde daun bawang namun entri ini sungguh menggoda ;)

    ReplyDelete
  6. tak pernah lagi buat ketam masak soon nie..nampak sedap..tu kalau ada isi banyak lagi sedap tu

    ReplyDelete
  7. yumm..sedapnyer nmpk..resepi baru... xpnh dgr lg sebelum ni... ketam nipah pnh makan skali je.. tu pon makan megi ketam... tp mmg sedap la

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...