kelab blogger ben ashaari, KBBA,

13 October 2013

Masuk Bakul, Lempar Menan



~Salam Sejahtera My Lovely Readers~


Syoknya hari ni bila tak kerja (offday), boleh melepak kat rumah sesambil basuh baju. hehehee. lusa raya dah kan, harus ler kemas rumah. korang yang bekerja tu, cuti raya dapat berapa hari? jaa dapat 4 hari... uiiii bukan setakat seronok, bukan dua ronok. beronok-ronok dah tu. kekeke.

Raya haji di kelantan kan meriah. for sure kena apply cuti lebih sikit. kat kelate ni bila raya haji, boleh dikatakan setiap rumah akan buat majlis makan-makan, tahlil dan doa selamat. hari-hari ada kenduri daging. singgang daging, sup daging, daging goreng, bermacam menu daging lah! seronok weii!!




Okey stop citer pasal raya. coz hari ni jaa nak citer pasal bakul menan. bakul yang dlm gambar atas tuuu. bulan lepas jaa beli bakul ni untuk letak menan-menan fikri yg selaluuu duk merata tuh. before this kita simpan, dia suruh amik semula. jadiknya jaa beli bakul ni, untuk simpan bembarang menan yang kecik.

Guna bakul macam ni senang. sebab jimat masa nak mengemas. collect menan dan campak jer dalam tuh. then tutup kemas-kemas letak kat tepi dinding. (^_^). tapi si fikri ni pulak, masa dia duk kat rumah pengasuh takpe la, rilex je rumah. tapi.....

Bila balik jer dia, terus bukak kotak menan ni dan curah kan semua hartun karun dia. bukan nya dia nak main semua, tapi sajer nak suruh sume menan dia ada depan mata. kalo dia terdengar atau nampak jaa buh balik dlm kotak, melajuuu dia mai terkam jaa. marah betul dia.




Inilah antara menan-menan dia yang duk dalam kotak tu. tu pun ada belum campur lagi menan yang jaa simpan lam bilik. mak dia sembunyikan. ad yg molek, ada yg rosak. si fikri ni suka rosakkan rete karun dia. main tak sangat pun. menan yg dia suka ialah, main kapal terbang, kereta api ngan jentolak. 

Yang palinggggg dia suka lak ialah menan keta yang boleh sesambung ngn magnet tu. lupa lak jaa nak amik pic kete tu. tapi gini ler keadaan menan dia seharian. balik jer dari rumah pengasuh, wajib terjah menan dia dulu. terjah dan terus curahkan segala yang ada.





Bila sume menan dah takde, dia lak yang masuk lam bakul tuh. duk dendiam. duk berzikir ke duk bertapa tak tahu lah jaa... hahahhahaa.... senyap jer dia duk dalam tu tau. bila jaa nak amik gambar terus buat muka innocent, muka takdak perasaan bersalah langsung.

Terus jaa cecepat panggil abah dia suruh tengok peel anak bujang dia nih. abah dia cakap dah lama dah fikri buat macam tuuuu. uikkk dah lama eh, nape ku baru tahu? abah dia cakap lagi, fikri buat macam tu sebab dia lah yg ajar. amboihhh!! rupanya abah dia yg ajar!

My en.suami cakap, dia yang memula letak fikri dalam tu then terus main tolak-tolak, kekonon nya tu kete remote control. hahhaaahaa. patut ler si anak tiruuuuu. ada SIFU yang mengajar rupanya. adehh la. jaa mati-mati ingat fikri yang kreatifff sendiri. abah dia sokmo ajar anak benda pelik-pelik. ishk geram3x!!

6 comments:

  1. tunjuk ajarku sifu ye? haha.. comel je dia duduk dalam bakul tu..

    ReplyDelete
  2. hehe
    ayah dengan anak bujang mmg selalu bergeng camtu

    ReplyDelete
  3. kekekeke....bila duk dalam tu kena tolak mcm keta kontrol,...best la...!

    hehehe

    ReplyDelete
  4. anak-anak akak, mainan dua-tiga bakul juga, tapi sma laa..mainan kemana, last-last dia yg duduk dalam bakul..aduiyai

    ReplyDelete
  5. Sabooo jerlah anakbertuah ni kan... Kdg ank sy pun mcm tu

    ReplyDelete
  6. haha...ayah yg ajar rupanya.sabar jea la yea..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...