kelab blogger ben ashaari, KBBA,

31 October 2013

Terjumpa Piya di KFC Stadium KB



Entry makan kehepsi again and again. Ikutkan selera jaa, memang jaa ni jenis kureeeng benornya ngan hayam kehepsi. tapi dah orang nak belanja, takkan nak tolak lak kan. especially my laki, hrmmm takkan ditolaknya. feberet forever katakan...



Yang tukang keluarkan duit belanja kami adik beradik ialah abang jaa yang berjaket hitam tu (paling kanan). rezeki dia mencurah-curah sekarang ni sejak buka restoran sendiri...

Itu yang dia tak lokek berkongsi rezeki dengan kami tuuuu... syukur alhamdulillah semoga makin bertambah rezeki ko nanti yer Din Rio dan semoga cepat bertemu jodoh gak. wehihi.

 

Di ajak nya kami adik-beradik dan anak-anak sedara pergi ke kehepsi stadium pada malam raya haji hari tuh. makpak kami pulak tak datang. letih katanya plus lagi ngantuk. so dia pesan suruh tapau jer utk dia makan pagi raya esok. hikhik.



Masa kami sampai ni lebih kurang jam 10.30 malam. orang kat KFC Stadium Kota Bharu ni punyalah ramai. kena Q lamaaaa giler. dah tu set kfc yg HotBox / Family Feast / Combo / Bucket dia tutup semua.

Diorang buka order untuk Snake Plate dan Dinner Plate aje. pastu pulak ayam original jer yang ada. spicy punya non hadooo... dia tak sempat nak buat, itu alasan mereka malam tuh!


Ayam Goreng dia pun macam lain macam jer malam tuh. tak bersalut cantekkk macam yang kami makan pada hari-hari biasa. rangupp pun tidakkk! sebijik macam ayam goreng pasar malam!

Ayam tu sekali tengok macam tak cukup tepung pun ye gak. kelam kabut sebab customer ramai agaknya yg buatkan dia takdan nak jaga kualiti. mmm... tak puas hati betoii!

 

Sesambil dok pulun hayam kehepsi, seronok laaa kami adik beradik duk bergossip berbual... sesekali gathering dan makan-makan together gether ngan adik beradik sendiri memang syok ooii! 

Berbual hingga tak hengat duniaaaaa... sedar-sedar jam dah menginjak ke 12 malam... aiyooo... duk borak pasal apa, lama bebenor? dok ngumpat ke? hahahhaa... memacam ado aihh....


Ni si fikri dengan adik perempuan bongsu jaa. (nak tgk adik bongsu lelaki jaa refer pic yg ke-2 yek). yang lucunya fikri ni kan, sehingga ke hari ini masih belum berjaya lagi membuat PEACE.

Bila tengok orang nak snap gambar cepat jer dia buat peace. tapi peace empat jari! kekadang kelima-lima jari dia punya peace... muahaha.. sekali tengok : ''Macam Cantik jer, Macam Comel jer...'' kekeke...


Saat kami nak balik terjumpa lak Kapten Bola Sepak Kelantan, iaitu Badri Radzi (Piya). masa tu dia tengah mencari meja kosong. so sebelum dia duduk, moh ler kite bergambar dulu!

Ni pemain kelantan yang paling femes selain Farhan dan Apex. punya lah lewat si Piya ni gi makan kehepsi, lebih kurang jam 12.30 pagi gitu. siap berjubah labuh lagi.. terrrrbaikkkk! 

apex, ahli baru the red warriors, kfc, kfc stadium, ayam baru kfc, piya, kaitan piya dan ajihs, piya 16, kapten kelantan, kapten red warriors,

Piya ni bila tengok lam gambar / tv macam kecik jer, macam hitam jer  tapi tak sangka kat luar dia ni putih tinggi orangnya. agaknya kalo jaa duk sebelah dia, maybe di paras bahu jer kot... ngeee.. 

Baideway hope satu hari nanti kitorang boley bergambar ngan Paan lak.. kekeke.. Apex kami dah pernah jumpa dah dulu, boleh tengok entry ini ''Terjumpa Apex dan Leuniey di Kg Grill''.



20 comments:

  1. sesekali berjumpa dengan orang retis nie(kira retis jugaklah)best jugak..muahaha

    ReplyDelete
  2. Sronok la dpt berjumpa ngn dorang :D

    ReplyDelete
  3. piya ni mmg terbaekkk la... antara pemain yg hebat but yet sempoi...

    ReplyDelete
  4. ermmm sedapnyer ayam kepsi tu...
    baru kenal...ingat piya tu saper la kan...

    ReplyDelete
  5. wah.. jumpa piya tgh malam tu.. baru balik ngaji kot si piya nih.. heheheh..
    memang tinggi hokey..tgk gambo baru tau..tgk kat tv tak nampak.

    baideway.. kehepsi tu patutnya ada sopnya kan.. walau pun ramai.. mana boleh hidangkan yg tak ikut sopnya..

    ReplyDelete
  6. wah....Jaa tak ambil gambar dgn Piya ker....?

    ReplyDelete
  7. Disebabkn jaa mkn kepsi,sya trus goreng ayam kat umh ni..hehe..

    Tima kasih jaa.bgtau cara tuk wat random tu ya..syg jaa lwat ikit je ni..nnti sya buat lg..jaa join eh :D

    ReplyDelete
  8. whoa, captain piya. akak jaa mintak sign dia lain kali. :D

    ReplyDelete
  9. Piya lambat keluar makan tu dia buat qiyamulail dulu kot. Tu yang tak sempat nak salin jubah. Hehe

    ReplyDelete
  10. Gudluck Kelantan ye..Wah..Jaa jumpa orang famous

    ReplyDelete
  11. a'ahkan..tgk mcm kecik je..rupanya tggu jugak si piya ni.. :)

    ReplyDelete
  12. Alamak baru kenal la piya nie..maklum la org jarang dok tgk bola..hehehe

    ReplyDelete
  13. FUH,TERBAEK LAH!!LEH AMIK PIX NGAN RETIS..HUHU

    ReplyDelete
  14. eh eh tinggi pulak piya ni eh.. memang tengok dalam tibi macam kecik jer.. huhuhu..

    ReplyDelete
  15. bestnya.
    mmm,suka tgk oghe klate.semangat berbisnes kan.
    dulu perna keja dgn bos oghe gua muse :-)

    ReplyDelete
  16. errr.. xnk komen sgt psl piya.. sbb x berapa knl..haha.. x mnt bola mmg cam ni jaa..

    cuma nak komen psl ayam kepsi tu.. asal mcm ayam goreng biasa jer. ? huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...