kelab blogger ben ashaari, KBBA,

05 October 2013

Usaha Tambah Berat Badan #2 : Nestum + Susu



Salam Sejahtera Untuk Semua


Hai, korang wat per tuhhh... selamat berhujung minggu. hihi. hari ni jaa offday, tapi takleh nak rilex-rilex gak kat rumah. sebabnya saat korang baca entry ni, jaa mungkin sedang sibuk duk meeting ngn group PJJ. kami duk disscuss untuk buat assignment. muehehe. due Nov nanti. terpaksa lah hadap jugak.. kalo lah dia punya due lambat lagi, dah sah-sah jaa perammmmmm kasi lama lagi... kekeke...

Hari ni jaa nak share ngan korang mengenai matlamat baru jaa. cewahhh, matlamat tuuuu... kau ado? hahahaa. ekceli gini, korang pun sedia tahu kan, yang jaa ni ter-amat-lah kurus saiz badan-nya. sebab kurus la jugak jaa mendapat memacam gelaran khas. cthnya : kurus, kering, keding, sekeping, sepapan.... dan bermacam lagi laaaa....naik lali dahhhh....


nestum nestsle, popia nestum, tips gemuk, tips tambah berat badan, tips, tips untuk gemuk, petua untuk gemuk, weight gain,


Tapi kan, ramai pulak orang nak body kurus. katanya senang nak beli baju, senang nak berfesyen. tapi bagi jaa yang kurus kering nih, tersangatttt la seksa dengan saiz tubuh macam ni tau. susahhhhhh nau nak memilih baju, susahhhhh nau nak carik seluar. kalo jaa pakai jeans pun ramai duk gelak-gelak ''pakai seluar budak brand KIKILALA ke tuu?" adoiiii pedihhhh...pedihhhh tahuuuu?

Bagi yg kurus bukan senang utk nak gemukkan diri, dan jaa tahu bagi yang chubby pun susah gak nak kurus melidi semula macam dedulu kan... kena usaha dengan gigih-segigih-gigihnya... but to lah kan, disiplin tak berapa nak ketat. plan dan matlamat selalunya tak menjadi. time mood rajin datang, ok ler. bila dah malas, main langgar jer... mana nak ikut rule dah. kan?

My laki pun duk pot pet pot pet gak, katanya kurus sangat. tak sedap nak peluk. wehihi... makanya, gigih lah si bini nya nak gemukkan badan. bukan nak gemuk sgt pun... nak tambah 10 kg jer lagi.... ishhhhh payah nau tubuh jaa ni nak naik tau. bila timbang duk takat tuuuuu jugak. tau berapa? 36KG sajoooooo.... hrmmmm sediiih... sedih.... jaa kalo boleh nak berat 50KG. tapi kalo dapat 45KG pun aii dah syukurrrr dahh...


nestum nestsle, popia nestum, tips gemuk, tips tambah berat badan, tips, tips untuk gemuk, petua untuk gemuk, weight gain,


makanya gigih la jaa duk google lam internet "Tips Tambah Berat Badan''. katanya kena makan makanan yang berprotein tinggi, like lauk hayam, ikan, susu and etc etc... then kena buat senaman jugak. katanya kena buat senaman ''SQUAD'', (yg separa duk mencangkung, then tahan 3 minit tuh). uhhhh tak kuasaaaa akuuuuu.... mana ler larat nak senam bagai kan, masa pun non hado... eeee, alasannnnnnn sungguhhhhh kan!!!!

Jadinya, untuk capaikan matlamat jaa ni, jaa mulakan dgn amik supplement B-Complex Shaklee. tu kiranya usaha tambah berat badan #1. then, utk usaha tambah berat badan #2 ni pulak jaa mula amalkan minum Susu Fernleaf + Nestum Nestle tuh. refer pic atas ye korang. pepagi selepas tibai nasi jaa akan minum benda ni lahhh... alhamdulillah setakat ni belum pernah missed lagi B-Complex dan susu nestum ni. sejak 25 okt lagi jaa makan.


nestum nestsle, popia nestum, tips gemuk, tips tambah berat badan, tips, tips untuk gemuk, petua untuk gemuk, weight gain,


Harap-harapnya ada ler perubahan berat badan jaa ni nanti. jaa memang nak sangat 10KG lagi. adoii la susah betul lah nak dapat berat badan ideal nih... untuk usaha tambah berat badan #3 lak jaa akan update lagi nanti... sabarr ye uollsss, kita start slow-slow, kalo jaa  berjaya nanti jaa share ehhh.... berat jaa 25hb september lepas 36KG. kita timbang lak 25hb okt nanti, agak-agak ada perubahan tak? kalo ada, hrmmmmm memang aiii sukoooo laa.... hihihi...



nota kaki :
orang kata, nak gemuk senang jer. makan, makannn dan makannnnnnnnn banyak-banyak... tapi hakikatnya, tak semudah ituuuuu... huhuhuhu...


12 comments:

  1. sedapnya nestum.. mama nak kurus kak jhaa... makanan apa yang sesuai..? hihi

    ReplyDelete
  2. adoi Jaa..yg sedang2 juga sedap .., insyaAllah berjaya berkat usaha untuk suami terutamanya.

    ReplyDelete
  3. setujuuuu. xcekak makey doh tp duk kuruh kering gituh jah. cikji loni duk main 40 41, nok try 45 sekali.bilo xtau blh meraso,huhu

    ReplyDelete
  4. yg gemuk nk kurus, yg kurus nk gemuk,,, tak pe lah, asal bahagia,,hehe (^__^)

    ReplyDelete
  5. Akak plak tengah berusaha nak menurunkan berat badan..Kau hado..? Berat 74 kg dik...huhhuhu, kalah org mengandung

    ReplyDelete
  6. sama situasi ngan kita la
    ada kata kurus best
    ada suh gemuk sikit
    tapi tak tau tuan diri seksa gila nak makan bagi naik
    haha

    ReplyDelete
  7. metabolisma tinggi tu sebab badan susah nak naik. CF pon camtu gak tapi berat sikit dari jaa 37kg. huhu.

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya jaa...

    nur nak kurus ni..kekeke

    ReplyDelete
  9. chaiyok3 jaa,harap usaha berjaya

    ReplyDelete
  10. Akak..berkesan tak??? Sbb klu berkesan saya nak try tips akak

    ReplyDelete
  11. as salam, akak dulu pun susah nak naik berat badan. Menarik juga tips tu :-)

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...