kelab blogger ben ashaari, KBBA,

08 November 2013

Main Bowling di Pacific Bowl KBMALL




Pada hari cuti Awal Muharram hari tu (5 nov) kami laki bini kuar gi KBMALL. kununnya nak berlawan main bowling. ajak gak family abang long en.suami serta adik bongsunya.


Tapi bila sampai jer kat Pacific Bowl di KBMALL ni, terus harapan dah hancur bin leburrr... ''Harap maaf lane sudah penuh''. huwaaaa... rasa nak nanges kuat-kuat...

Katanya, ada pertandingan. mereka dah booking sesiap dah pun. makanya takde yang kosong kalo nak main jugak kena tunggu geng booking tu datang dulu, kalo ada lane kosong mendapat la kami. 

Kami laki bini pun cecepat ke Billion untuk main bowling kat situ pulak. tapi hampehh pusat bowling di Billion sudah pun ditutup. udah lingkup gamaknya.

 

Selepas ke Billion, kami patah balik ke KBMall. kami gigih duk tanya, ada kosong ke tak. ada kosong ke tak. kami nak satuuuu je. tolong laa bagi... gigih duk mintak, sebab dah janji ngn adik beradik nak main kan. nak tak nak kena usaha gak.


Mujurlah ada rezeki kami malam tu. kata mereka, ini pun disebabkan ada satu pasukan cancel bertanding. so, kami boleh amik tempat mereka. horeyy boleh main gak akhirnya!


Yang bermisai tebal cam Datuk K tu abang long en.suami. yang berbaju meah tu pulak adik bongsu en.suami. dua orang kekanak ribena tu pulak anak si Datuk K tu lah. ~berapa banyak ''tu'' daaa?


Sajer jer ajak berlawan bagi nak hilangkan stress. dah lama kot tak main menda ni. sesekali streching untuk urat tangan, kaki dan punggung badan, apa salahnya kannnn? ngeee!


Kami bab bowling idok ler terror. tapi boleh la setakat nak lempar bola ke longkang tu... muahahaa... bab longkang jaakechik memang terror. tak perlu diajar. kekeke.


Yang pompuan berbaju hitam tu pulak my biras. isteri abang long. dia pun sporting malam tu, turut gigih sertai kami. tengkiu kakma! 

Dalam family mertua jaa, jaa dua orang ni jer lah menantu pompuan yang ada. Kakma menantu pompuan sulung, jaa lak yang termuda. kekeke. perahhhsan!

InsyaAllah penghujung tahun ni jaa akan dapat biras baru pulak. hrmmm... ada geng laa jaa nak soksek-soksek nanti sebab sama-sama muda remaja.... muahahahaaa...


Okey berbalik pada tajuk bowling lak, si Datuk K inilah juara bertahan malam tu. dedua game dia bolot kemenangan. yg lelain sume kalah. kak ma paling tercorot. jaa lak kedua tercorot. kih3.


Abaikan si Fikri yang suka kecohkan keadaan tu yerk. fikri tu aktif sangat, tu yang jaa hilang kefokusan untuk bowling tu. kalo tak konfem dah juara. konfem dah menang percutian 4H3M ke kolumpo. haha, hok tu aku tipu!


Kitorang main lima orang jer malam tu. kekanak ribena dua orang tu takmo main. makanya, diorang ler bibik fikri sepanjang malam tu. bibik berbayar ok. sebab diorang di upah KFC.


Sedih tengok markah. game pertama 56 mata, game kedua lak 65 sajooo... nak buat camano asyik kelauut ke longkang saja perginya.... haishhh... kena training alwez ni, baru leh jadik juara. Jom main lagi next week bang.... wehihi...


Yeay strikeeeee! hrmmm strike ler sangat. gaya jer lebih. wakaka. total harga yang kami kena bayar untuk 2 game bagi 5 orang pemain adalah RM75.00. maknanya sorang RM15 hingget.

Perasaan kami malam tu? sure lah seronok berganda-ganda. bukan nak kan kemenangan sangat pun. just untuk suka-suka saja. yang penting heppy dan boleh eratkan kekeluargaan. ceewwaaahhh, pandai beralasan kan.... nak bodek en.suami kesini lagi ler tuuu! (^_^)

Lepas main bowling lak kitorang membedal KFC lak di stadium. pekena menu baru KFC iaitu Crazy Crunch, wallahhh.... terbaekkkk!!!! boleh baca entry tu kat sini : KFC Crazy Crunch!


14 comments:

  1. curlassss uollsss gi main bowling time cuti, kito time cuti duk hadap tb jah, oh sadisnyoooo

    ReplyDelete
  2. sesekali main bowling mmemang best...akak pun dah lama tak main bowling...tapak tangan dah gatal nak baling bola bowling......hihi

    ReplyDelete
  3. Sronoknya dpt bergumbira ngan family :D

    ReplyDelete
  4. hehe, entri kak jaa dah makin maju. sering bercerita aktiviti harian. hehe

    ReplyDelete
  5. nasib baik tak pulang dengan hampa.. boleh jugak main boling. hehe

    ReplyDelete
  6. Lempar ke longkang...seme org terer jaa hehehehe

    ReplyDelete
  7. dapat jugak main akhirnya..hehehe

    Nur lama gak tak main ni..

    ReplyDelete
  8. kalo tak kerana Fikri dah conpom juara la ek Jaa.hahaha sian si Fikri jd mangsa keadaan :)

    ReplyDelete
  9. bowling, oh bowling...lama dah tak main..kalau akak main, kelaut saje..hehe

    ReplyDelete
  10. dah lama tak main bowling.
    prektis make pefek jaa
    jadikan xtvt hujung minggu bersama kluarga.mesti best kan

    ReplyDelete
  11. x psl2 budak yg keje kat bowling tu masok dlm blog jaa..haha.. femes jap dia.. syok la main bowling..seumur hidup deqla, x penah main bowling.. rasa mcm x larat nak angkat bola.. hahahaha

    ReplyDelete
  12. seronoknya.skali sekala join ni mmg best kan.main suka2 kan.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...