kelab blogger ben ashaari, KBBA,

08 November 2013

Menu Baru KFC - Crazy Crunch !!




Selepas penat main bowling, kitorang semua singgah makan kehepsi kat sini. permintaan dari anak-anak sedara dan en.suami yang nak pekena menu baru KFC-Crazy Crunch!


Kami semua tujuh orang. makanya 7 set telah diorder. 4 set snack plate Crazy Cruch, 1 dinner plate Crazy Crunch, 1 snake plate biasa dan 1 Hot Box Zinger Cheese Burger. 


Okey meh kita zoooooom dedekat sikit menu baru KFC ni. Ayam Crazy Crunch ni bagi jaa sedap jugak. rasa dia lebih pedas, lebih rangup dan ada rasa daun kari sikit (yg kaler hijau-hijau tuh).


Cheezy Wedges pun order gak 2 bekas saiz Large. sume sepakat takmo order yang bucket. sume nak sepinggan sorang. makanya, banyaklah pinggan nya. 7 set. haha.


Mylaki yang paling suka bab kehepsi ni. sebab dia hantuuuu kehepsi. peminat tegar yang tak pernah menolak bila di ajak ke kehepsi.


Menu baru kehepsi ni didatangkan dengan air mango. sedap! harga untuk 1 set snack plate RM11.80 dan untuk set dinner plate RM14.90. total harga yang kami order malam tu RM102.05.


Wajah-wajah keriangan bila mendapat kehepsi. yg order set dinner plate (3 ketul ayam) tu adalah adik ipar jaa yg duk bertentangan ngan jaa tuh. dia peminat kehepsi gak. sekepala je ngn abang dia. bagi 5 ketui pun konfem licin... kekeke..


Fikri lak, makan ayam goreng bahagian peha saja. ala-ala upin ipin gitu... hikhik... nampaknya dia dah mula menyukai kehepsi cam abahnya jugak tuuu... hmmm...


Babai kehepsi. bulan depan kita jumpa lagi yekkk..... nak suruh kami datang selalu, buat ler menu baru lagi... for sure my laki tergedikk gedikk ajak aii kesini lagi.... wehihi... (^_^)


p/s : jangan lupa baca entry kami main bowling KAT SINI.


9 comments:

  1. sedapnya resepi baru KFC ini......

    ReplyDelete
  2. alamak rasa nak mkn kfc lak lunch ni.huhu...mudah terpengaruh ni..

    ReplyDelete
  3. belum cuba lagi..bila tgk ni teringin lak nak cuba..hehehe

    ReplyDelete
  4. sedap ke Jaa kepsi hok baru nih..Ai x try lagi nih :)

    ReplyDelete
  5. sedap ker jaa? kalo sdp nak gak try nanti.. tgu gaji isnin ni.. haha...

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...