kelab blogger ben ashaari, KBBA,

09 November 2013

Minor Geografi Pilihan Kami



sidang video pjj, telesidang pjj usm, final exam pjj usm, pjj usm, blog pelajar pjj usm, assignment pjj usm, blog budak pjj usm, cara belajar pjj,


Dua malam lepas jaa ke kelas Sidang Video (SV) PJJ USM Kubang Kerian. kali ni SV untuk subjek Geografi. kelas malam tu tak ramai orang. 5 orang sahaja. tiga orang pelajar tahun satu, jaa ngan ana ajer tahun dua. 

Geografi ni jaa amik sebagai kos minor jaa. untuk major, jaa amik Antropologi-Sosiologi. memula blurr gak nak memilih subjek untuk minor ni. sebab semua nya macam susah jer.

Kebiasaannya ramai geng antro-sosio amik Sains Politik, tapi kitorang memang dah awal-awal lagi plan, memang takmo politik. susah kot nak kena ingat macam-macam. akhirnya Geo pilihan kami.

Ini kiranya kelas pertama untuk JMG101 bagi tahun dua ni. so far okey, nampak macam senang jer. haha. macam je laa, realitinya tak tahu lah camano. huhu. korang bayangkan lah, bidang kerja jaa sekarang ni duk urine test orang aje. tetiba sekarang belajar Geografi lak?  uuhhhh jauh benor melencong nya. muahaha...




Masa dalam kelas tu jugak, ada someone tegur, katanya ''ni Ana kan?'' kami berdua pelik, uikkk kenal ke? rakan sekolah ke? lelaki tu cakap ''kenal dalam blog jaakechik''. Ana pun terus tunjuk jaa kat sebelah ''Inilah jaakechik!''. lelaki tu cakap lagi, ''ye dah tengok dah tadi.'' aduuuhaiii, aku sekelas ngan reader blog rupanya. hekhek.

Baideway bagus la sekelas kan. nanti senang nak meniru discuss assignment sesama. and thanks kerana menegur. terasa macam retissss dua saat, time tuh... wehihi..

Bagi yang duk email jaa, tanya bila permohonan baru pjj usm akan keluar tu, insyaALLAH jaa akan war-warkan di blog nanti yer kalo ada iklannya. rupanya ramai juga yang duk tercari-cari info pasal PJJ USM ni. dah ramai yang mula buka mata. dah makin ramai orang yang berminat untuk sambung belajar dengan membuat PJJ.




Boleh dikatakan dalam semingu 2-3 kali mesti ada yang akan email jaa tanya pasal PJJ ni. ramai duk selongkar baca entry lama camana cara belajar PJJ di USM ni. kalo tanya jaa senang ke belajar PJJ ni? jaa akan jawab senang dan untung. coz yuran murah, masa singkat. kalo rajin usaha, rajin study konfem korang akan dapat pointer yang tinggi!

Belajar PJJ ni kena banyak berdikari. kita takde lecturer didepan mata secara live. makanya, nak lebih kena usaha lebih. macam jaa, jaa jenis malassss sikit. hahaha. assignment berlambak pun, masih duk update blog tak henti-henti. (^_^)

Assignment lak, last minit baru sibuk nak buat, nak karang, nak hantar. so perangai yang satu ni jangan di tiru. tiru yang elok-elok jer okey. ngeeee! apa pun nasihat jaa, nak pointer baik assignment jangan missed. pastu korang hafal apa yang lecturer duk potpet lam SV tu, konfemmmm dapat jawab.... insyaAllah... (^_^)



 


Pada student PJJ yang belum tahu cara nak Daftar Kursus Minor, korang boleh daftar melalui Campus Online okey. pastu kalau status minor korang tertera "Belum Ditentukan" korang boleh isi borang MP/A1R macam kat atas ni. isi, kemudian hantar ke Pejabat PPPJJ USM. nanti diorang akan update!

Borang ni boleh diperolehi dalam E-Portal di bahagaian "Bahan Muat Turun". Jangan gelabah time nak pilih Kursus Minor. pihak USM dah sediakan panduan untuk korang pilih. kursus minor ni bergantung pada minat dan kepandaian korang gak. apapun tepuk dada tanya otak. heee!


 

 


Kursus Minor, korang bebas nak pilih apa saja. yang mana paling molek dan mudah skor?? eh, tolong laaa jangan tanya dakuuuu.... coz kalau tanya aku, memang aku akan jawab Geografi lah. tak kuasa aku nak memikir yang lelain. Geo bagi aku agak senang dari yang lain kot. takde pengiraan (math), itu yang penting. sebab aku kalo masuk bab formula pengiraan ni, buat otak aku jammed jer. so aku perlu elakkan. hehehe.



Thanks and Regards,
Jaakechik.



Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :


30 comments:

  1. amik pjj memang kena gigih..ngan keje lagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa'aa betul tu kena kuat semangat!

      Delete
  2. owh Jaa PJJ USM ke.. semoga sukses selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PCL.. sekarang ni jaa di tahun dua...

      Delete
  3. Best nyer study geo...sy suka sgt subjek ni ms sek men

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaa pulak kurang minat... tapi terpaksa coz itu jer yg lebih mudah rasanya... huhu..

      Delete
  4. wahh...tak sangka pula jaa boleh jumpa reader dalam kelas yea.. heheh

    ReplyDelete
  5. ecececece
    dah jadi retis lah ni.hehe mesti Jaa tekejut ms memula,Ai ingt kan dia tegur Ana tu tp x kenal Jaa..nasib dia cakap dah tgk awal td..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee... retissssssss lah sangat!

      Delete
  6. good luck.
    geografi my peberet subjek.
    dulu tingin nak sambung blaja kat upsi utk jadi cikgu geografi tp pointer tak tinngi nk apply upsi.hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambung ler pengajian lagi sue.. apply pjj usm ni haa.. senang!

      Delete
    2. salam mek..tgk mek blaja,,nok join jgk la,,sya ni pembantu perubatan,,sya minat geografi..nanti ado nota2 molek arap bleh share deh,,sayo pun nok ambik subjek supo mek

      Delete
  7. akak suka belajar geografi masa zaman sekolah dulu, all the best JAA,,,,

    ReplyDelete
  8. wahhh... blogger femes jaa ni.. smua dah knl.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde maknanya femes deqla... hahaha....

      Delete
  9. tak suka geografi.sejarah jugak yg best..hihi
    ramai yg nak sambung blaja kan. pjj pun bagus, tak yah pi jauh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejarah? fuhh hebakk kaknik.. jaa bab subjek sejarah memang terus ngantukkk1 hehehe...

      Delete
  10. Salam.bley x citer ckit pasal minor geografi.saya ingat nak amek minor geografi.tugasan byk individu @ group?-fadzly

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... tugasan ini ada yang by group.. ada gak yang individu.. yang group tu pun tak ramai.. 2 orang sahaja.. x boleh lebih... biasanya 1 subjek1 aje tugasan yg lecturer bagi.. so tak terbeban sgt ler...

      Delete
  11. Replies
    1. so far bagi jaa okey laaa... sebab kalau nak amik minor politik, searah, atau ekonomi memang jaa tak bolehhh kot.. geo jer yang nampak mudah sikit bagi saya...

      Delete
  12. Sy xfham la pasal major n minor ni. Bleh x sesape terangkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Major ni bidang utama kita. contoh macam saya, saya amik kos Sains Kemasyarakatan.. dan untuk major saya pilih Antropologi-Sosiologi dan minor pula ialah bidang sampingan... (saya amik geo). minor ini akan ditentukan oleh kita sendiri bermula tahun dua pengajian... boleh pilih nak bidang minor apa saja... cth : ekonomi, sejarah, biologi, geografi, sejarah, atau sebagainya..

      Delete
  13. kesusateraan melayu pun ade ye...yg mmg kompom xde matematik hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...