kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 December 2013

11.12.2013 - Majlis Kawin Adik Ipar


Salam Sejahtera Buat Semua

 
Setelah seminggu blog tak ber-update, hari ni jaakechik kembali bersiaran. bukan berholiday kemana-mana pon. hanya menyibukkan diri dengan majlis perkahwinan adik ipar jaa di rumah MIL. 

5 hari berumahtangga berkampung di rumah MIL jaa. baju kotor pun menimbun dengan jayanya. nasib baik cuti panjang daku lulus. kalo tak mahunya aku mohon MC di ujung-ujung tahun ni... keh3...

Okeyyyy moh kita layan beberapa keping gambar di sekitar majlis akad nikah adik ipar jaa pada tarikh 11.12.2013 baru-baru ini. zassssss......


11.12.2013 - Majlis Akad Nikah




11.12.2013 ramai yang bergosip tentang tarikh ini. tarikh ini dikatakan sangat unik. tarikh ni jugak dikatakan kali terakhir yang mempunyai susunan macam gini.

The next next next year, takkan ada lagi dah... sebab takkan ada tarikh yang tersusun (berturutan) seperti ini lagi ---> 12.13.2014 atau 13.14.2015... kannnnn??? 

Pada tarikh tu bukan Cik Ta ngan Zain Saidin pon kawin. wallahhh.... ramai benor kawin di tarikh itu... yang beranak pada tarikh tu ponnn ramai.... nice date!

Dengan sekali lafaz akhirnya mereka berdua sah bergelar suami isteri. alhamdulillah syukurrrr...
segalanya berjalan lancar seperti yang di rancang. Terima kasih Ya Allah....


12.12.2013 - Majlis Bersanding








 

Majlis bersanding di rumah pihak perempuan pon berjalan lancar. kitorang bertolak pukul 11 pagi... dalam pukul 2 ptg segala urusan itu settled! 

Takdak setitis pun air hujan yang menitik pada hari tersebut. urusan "berlarok" berjalan lancar... syukur sekali lagi Ya Allah kerana mempermudahkan urusan kami sekeluarga.

FYI, adik ipar dan biras jaa ni sama muda umur ngan jaa. baru 25 thn. kekeke.. dia anak bongsu MIL jaa. kiranya ini kenduri terakhir laa dalam family en.suami. (hope so!)  

7 beradik sume dah berlaki bini... (^_^)


14.12.2013 - Majlis Bertandang


Majlis Sambut Menantu @ Majlis Bertandang pula terdapat sedikit dugaan buat kami. pada hari tersebut hujan turun dengan selebat-lebatnya... non stopppp hokeyy...!! cobaannn cobaaannnnn....

Padahal dah 4 hari tak hujan... pada pagi 14.12.2013 itupun cerahhh manjangg... ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan lebat sepanjang hari...



Dari 11 pagi hingga ke magrib. hujan tetap mencurah-curah.. terpaksa redha dalam pasrah... Allah sedang menguji kami sekeluarga... mungkin ada hikmah disebaliknya...

Hanya DIA yang maha mengetahui....

Yang pasti majlis di rumah MIL jaa itu penuh kelam kabut. hujan terus mencurah-curah. sehingga basah kuyup rombongan pihak keluarga pengantin semasa berarak masuk ke rumah MIL jaa.

Para jemputan basah kuyup, tukang gulai, tukang tambah lauk pun basah.. kami sekeluarga pun kuyup. memang lencunnnn habisss... baju boleh perahhhh berkali-kali... 


Time tu rasa nyesal pakai cecantikk... rasa nakkkkk je ber-tracksuit dan t-shirt biasa.. biar senang nak redah hujan sambil tambah lauk dan melayan tetamu... kih3..

Kemain cantik ngan baju tema hijau segala, pastu non hadoonya cantekkk bila hujannnnnn dan berbasah sepanjang hari... kah3... cobaaannnn sungguh oiii...

Frustttt sesangat.... first time berkenduri pada waktu hujan lebat... frust menonggeng jugak bila takleh nak goyang gedixx photoshoot bebanyak..


Sesi karaoke pon banyak kena skip. beri laluan for hujan. acaner nak karaoke lagu pengantin bila volume speaker dikalahkan dek bunyi hujan... mood karaoke downnnn terusss... hormatkan hujan!

Apapun kami tetap syukur, para jemputan boleh dikatakan 90% hadir.. even terpaksa berpayung, berhujan, berbasah.... terharu sangat ngan komitmen diorang... mereka sangat sporting...!!

6 periuk besar gulai.....licinnnnn hokeyy.... alhamdulillah....


Baideway, sekalung tahniah buat adik ipar dan my biras.. selamat pengantin baru.. semoga kalian berdua tenang dan sabar dalam mengharungi dugaan dan cabaran dalam rumahtangga. doa ku semoga kalian berdua kekal bahagia bersama till jannah... 

Aminnnnn Ya Rabbal Alamin.....



10 comments:

  1. selamat pengantin baru buat adik ipar jaa..:)

    ReplyDelete
  2. tahniah semoga berkekalan sehingga ke jannah...

    ReplyDelete
  3. moga jodoh mereka berkekalan...

    ReplyDelete
  4. cantik hijau tu jaa..btw tahniah utk mempelai

    ReplyDelete
  5. tahniah kak jaa, dapat org baru dalam famili.. cantik comel mereka. kak jaa pulak super cute. semart betul =)

    ReplyDelete
  6. selamat pgntin baru buat pasangan suami isteri yg bru mdirikn rumh tgaa ni, moga kekal hgga ke jannah.. amin. ^^ thniah buat family sis Jaa jg, ada org baru nmpk nya, semakin btmbh dan meriah nmpk ny.. ^^

    ReplyDelete
  7. tahniah buat adik ipar...cantik tarikh nikah tu ^.^

    ReplyDelete
  8. hijaunya mak ngah.. hehhe..

    meriah sungguh kenduri walaupun hujan lebat.. nasib baik pengantin sekali tak basah kalau tak abis mekap tanggal.. heheh..

    ReplyDelete
  9. berseri2 pgantin..!selamat pengantin baru...!!

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...