kelab blogger ben ashaari, KBBA,

07 December 2013

Makan Malam di Four Seasons Kota Bharu


Assalamualaikum Semua


Malam Jumaat lepas kami keluar dinner ngan family mentua. dinner kali ni di taja oleh my bakal biras... bila anak-anak sedara dah besar ni banyak lak ragam nya. nak orang belanja manjanggg... haisshh... kesian bakal biras aku kena buli...(^_^) aku pon apalagi terussss tumpang 6 kaki...  aku, my laki dan fikri.. kih3..


 four seasons kota bharu, Four sesons, restoran four seasons, sim nyonya, tauhu sizzling, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan,


Restoran Four Seasons Sdn Bhd (Masakan Cina Muslim)
No. Tel : 09-7436666
Alamat : 5670 B-1, B-2 & B-3 Jalan Sri Cemerlang,
15300 Kota Bharu Kelantan.
Email : 4seasonsrestaurantsdnbhd@gmail.com



 

 


Ini lah cik puan penaja dinner kami malam tu. bakal pengantin baru aka my bakal biras. sebelum kawin dah kena buli dek kami ngan anak-anak sedara dahhh.... kih3...




Pakej D  :  7 Menu  :  10-12 Orang

Siakap Stim Nyonya Style
 Kailan Ikan Masin
Butter Prawn
 Tomyam Seafood
Lemon Chicken
Jappanese Tofu Sizzling
Telor Dadar
Dessert Buah-Buahan
Air Teh Cina




Makanan kat sini style pakej. yang kitorang punya ni Set D.  boleh makan 10-12 orang. portion besarrr.. kiranya mmg molek arr untuk kami yang ramai tuu... Harga Set D ni kalo tengok dekat brochure dia RM238.00. fuhhh pitam tengok rege!  itu pun tak termasuk ngan air oren. air oren tu kena add on. setiap pakej just diberikan air teh cina jer.




Lauk tak terlebih tak terkurang... licin hingga ke tulang temulang.. Kami repeat mintak air oren lebih kurang 4 jug juga la. sebab ramai kan, tak cukup air.. jaa tak tahu total sebenar coz my bakal biras cakap "RAHSIA!!" rasanya tinggi gak total bil tuh!




Overall sume masakan di Four Seasons ni sedap.... mendapat pujian penuh dari sume yang datang hari tu... ianya makin sedap berganda bila ada yang payungkan... kah3... Yang palingggg sedap Japanese Tofu Sizzling tuuu... first time jaa makan tofu jepun ni.. baru ku tahu, sedap rupanya menda ni... lembut giloshh!




Kat dalam tu ada jugak isi udang ngan cendawan hitam yg dipotong kekecik (dadu). bawah lak dia alas ngan telor.... dia punya kuah pekat-pekat sedap. Buh sos tiram ngan tepung jagung kot! ahhh kena google resepi ni nih... nak belajar buat sendiri... sebab sangat sedap! terbayang lagi kesedapan dia... Hoii berapa kali ''sedap'' kau nak ulang nih?




Muka kekenyangan yang terserlahhhh.... orang lain sume makan pakai sudu garfu. aku makan ngan tangan jer. bukan hape, senang nak suapkan fikri bila pakai tangan ni. kih3... Anak-anak sedara bantai gelakkan aku! Ciskek betoii!


 


Superr duperrr sedapp oiii.... thumbs up! plus lagi bila makan ramai-ramai cenggini lagi seronok... meriah ngan gelak ketawa... nak lagi aku yang bercakap non stop... (^_^) Ikhlas cakap, makanan kat sini lebih sedap dari Restoran New Horizon Garden yang kami pernah makan dulu. kalo Horizon jaa bagi 3.5 bintang, yg ini jaa kasi 4.5 bintang! Yang betul-betul sedap harus la dipuji, ye dakk???




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


8 comments:

  1. amboi..dah kenyang bawu tumb up ek..kihkih..

    ReplyDelete
  2. wowo..cam sedap je..bestnyer dapat mkn ramai2 cmnih.

    ReplyDelete
  3. duk berulang ckp sedap tu kira betul2 sedap la yea jaa..hehehe

    tofu tu, nampka pun sedap.. :)

    ReplyDelete
  4. waa... jelesnye tengok jaa makan sedap2. huhuhu.

    ReplyDelete
  5. memang nampak sedap...dah lama tak makan kedai cina muslim...huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...