kelab blogger ben ashaari, KBBA,

11 December 2013

PJJ USM : Tips Ke Kursus Intensif / Orientasi





Surat Kursus Intensif 2013/2014 PJJ-USM dah lama jaa terima. untuk tahun 2014 ni, 25 hari tempoh kursus intensif ni berlangsung. lama betoii! 

20 Januari - 14 Februari 2014.

2-3 minggu dah gelisah, inikan pulak 4 minggu. nampak gaya, kerinduan laa jaa kat family nanti. especially si Fikri and my laki. kih3.

Bertabahlah hati. 4 minggu je ponn. ~sambil urut dada sendiri!

Since Kursus Intensif ni tinggal lebih kurang sebulan jer lagi, jaa dapat banyak email yg bertanyakan tentang tips ke kursus intensif ni. 

Banyak yg tanya apa keperluan perlu bawak, jadual kuliah macam mana, exam PB camana. so entry kali ni nak bagi a few tips for junior.



Tips Ke Kursus Intensif / Orientasi PJJ USM


1. Makanan
_________________________________________________________

Stok makanan kena bawak (jajan). kalau korang jenis yang selalu lapar kena la sediakan roti or biskut. nanti kalo dah malam, for sure rasa lapar tu datang.

Jangan berharap sangat ngan makanan dekat kafeteria. sebab kekadang makanan cepat sangat habis. baik brekfes, lunch atau dinner. 

Baik ko spare Kek Apollo ke hape...kah3..





Yang paling kritikal makan malam. yang ada cuma nasi goreng, burger dan masakan panas. tapi.. pukul 9.30 malam dah sold out hokeyy!

Very sadisss oii...

Tapi kalau korang jenis suka makan diluar (luar USM), ok laa sebab bebila masa boleh beli kan. macam jaa ngan roommate ni malas nak kuarr....

Lepak makan kat bilik lagi best...ehe!

2. Iron / Sejadah / Pantry
_________________________________________________________

Takmo bawak iron pun ok. coz setiap level ada bilik iron baju. kat situ dah sesiap ada iron / iron box. tapi kalo takmo berebut, better bawak sendiri. macam jaa, jaa share ngan ofismate jer. 

Fuhh ringan beg aku!

Setiap level ada bilik solat gak. ada sejadah, telekung sesiap dah. tapi better bawak sendiri. kau mampu nak isyak sengsorang kat bilik khas tuu??? 

Hoho. seram kot!

Setiap level ada gak pantry yang dah ready ngan water cooler. hot and cool. kalo rasa dahaga ko gi amik je air kat situ. bawak mug jer. 

Nak lebih sedap sila bawak febret drink 3 dalam 1 korang. kalo dahaga just bancuh jer.. senang plus jimat! rendam maggi cup pon boley!

3. Shuttle bas
_________________________________________________________

Sesapa yang takde transport nak kesana sini sinun, korang jangan risau tetiap kali kursus orientasi atau intensif pihak USM akan sediakan shuttle bus.

Ko tunggu jer kat memana bus stop, konfem bus akan pickup korang dan tuju ke destinasi (dlm usm aje). setiap setengah jam rasanya kot bas akan lalu kat asrama kita.

Free okey. tak payah bayar. ko takyah sesusah drive kete perabih minyak yg mahai tu dan takyah sesusah ko nak berebut parking kat dewan/bilik kuliah.




Okey citer pasal parking kete ni, satu jaa nak pesan. jangan parking kete kat tempat larangan tau. jangan block laluan bas atau kete orang lain. nanti nahas! sebabnya.....

Dah ada kes kete student pjj kena kunci tayar oleh pihak USM. tak pasal-pasal kena bayar denda. lagi satu, kalau ko block orang, ko jangan pelik kalau kau tengok kete korang calar balar atau kemek.

Dah penah berlaku hokey. please take note!

4. Asrama / Desasiswa
_________________________________________________________

Kita boleh booked jika nak duk sebilik ngan kawan kita. syaratnya just tunjukkan kad matrix kita dan kawan kita tuh masa gi daftar bilik. best kan!

Nak tido yang sedap, sila bawak cadar dan bantal... nak terlebih sedapp bawak laa kipas jugak... dalam bilik panas gilerrr oiii... just ado kipas cinonet jer kat siling tu...

Bawak kipas? Idea giler ni. jangan buat ok. so overrr! 




Kalau korang malas nak berus baju, especially geng lelaki tu, korang jgn risau kat hostel ada mesin dobi di ground floor. just masukkan duit RM2. (50sen x 4kpg).

Tapi sabun basuh kena bawak sendiri arr...

Dlm bilik jangan over gedik. jaga kelakuan. jaga percakapan. jangan lupa letak Yassin kat tepi bantal tido... motif? untuk keselamatan... (^_^)

5. Spare Duit Banyak-Banyak
_________________________________________________________


Spare duit bebanyak untuk beli barangan cenderahati USM. t-shirt, baju korporat dan pelbagai souvenirs lain untuk di beri gift kat family korang.

Kat sana konfem rambang mata. itu nak, ini nak! jaa nak pesan ni, kalo nak shopping souvenirs USM sila pilih kedai yang terima baucer buku. hihihi.. lebihhhh jimattt....





Pastu sila spare duit bebanyak jugak untuk beli modul yang dah di fotokopi dan di jilid kat tingkat bawah library USM, Pustaka Hamzah Sendut nuhh...

Ko cakap je nak modul mana? tajuk apa? sume adooo... kalo takde, just buh dalam pendrive dan dia akan fotostatkan. kejap je siap.

Murah ke? errr... murah laa jugak nak compare ngn print out kat Cyber Cafe tu. nak lebih murah ko gi fotostat kat luar USM (depan masjid). 4 sen je sehelai... (^_^)

6. Hari Kelepasan Am
_________________________________________________________

Setiap kali hari Kelepasan Am. kuliah atau exam kita pon cutiiiiii jugakkk. so sila tengok kalendar dan rancangkan plan anda. 

Nak balik kampung ke, nak jenjalan ke. sume boleyy!

Macam tahun ini, terdapat cuti umum sempena raya cina selama 4 hari. so apalagi? mari kita balik kampung... rilex kat umah jumpa family lagi syok!!

Jaa dulu, pantang ada hari free terus jenjalan pusing Penang. siap ke Bukit Bendera, Batu Feringgi, Rope Walk, Padang Kota Lama dan etc etc. 

Nak tahu, korang kena godek entry lama aku laa...

Ada sekali tu, jaa siap tido di rumah adik ipar lagi. kat kedah nun.. bila en.suami jaa mai penang, kami siap tido hotel lagi. melepasss rinduuu! hahaha...
 
 
7. Jadual Kuliah / Exam
_________________________________________________________

Exam Peperiksaan Bereterusan (PB) di tahun pertama objektif je manjanggg... jarangggg ada soklan esei atau struktur. tapi di tahun dua ni mungkin banyak esei kot! huhu!

Jadual kuliah atau exam tak pax sangat pun. kekadang 2-3 kelas dlm sehari. kekadang langsung takde.. kelas tak menentu la kiranya.




Kadang pagi je ada. petang atau malam takde. kekadang pagi, petang, siang malam pun adooo... so boleh plan program nak merendet ke apa ke time jadual free tu.

Dulu lepas habis kuliah atau exam, kitorang siap melepak kat Queensbay lagi. Sambil menyelam kita minum air sekali. mmg rilex jer jadual nya... tak stress sangat arr...!

Tips Exam PB? 

Sila repeat tengok Sidang Video (SV) last setiap subjek. SV last, biasanya lecturer yang baik hati akan beri TIPS dan KLU soklan apa yang bakal keluar. (^_^)



Setakat itu saja dulu yg jaa boleh kongsikan Tips dan Panduan ke Kursus Intensif PJJ-USM. yang jaa tulis ni berdasarkan pengalaman jaa yang dah masuk tahun dua PJJ. Semoga sedikit pengalaman jaa ni, boleh dijadikan panduan untuk student yang kali pertama nak ke kursus orientasi atau pertama kali ke kursus intensif PJJ-USM.
 


Update : Pakaian untuk ke Kuliah semasa Kursus Orientasi, Kursus Intensif  atau Final Exam adalah bebas..... asalkan sopan....!!


Baca juga ini :  PROMOSI BUFFET RAMADHAN CASA OMBAK



Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :


11 comments:

  1. selamat ber"pjj" lah yaa... hubby naniey buat part time tapi kat UTM space KL..hihi

    http://upsidesdown.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. wahh , kak jaa anggap tu macam kembali ke zaman muda2 je :D

    ReplyDelete
  3. TQ senior utk info2 berguna ni.. kekeke.. rasa cam tak nak pegi pun ada.. huhu..

    ReplyDelete
  4. tu macam kat desa aman je... kalau nk best, mintak la desa restu ke, saujana ke, atau tekun.. sedap sikit. mesin basuh setiap tingkat ada.

    ReplyDelete
  5. Thanx Jaa bg tips yg padat & penuh informasi...xsabaq akak nak smbg bljq

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...