kelab blogger ben ashaari, KBBA,

28 February 2013

Makan-makan di Selera Cik Siti


salam dears! lama benor rasanya jaa tak tepek pic makanan kat blog kan? muahaha. hari ni nak tepek gak la 4-5 ketul. sila terliur ya korang. ni pic masa jaa gi makan kat Restoran Selera Cik Siti. makan apa? alah...cam biaso ler. jaa tak larik dari mengoder tomyam? my febreto tuuu....heehehehhee....



chicken chop kat bawah ni pulak untuk my en.suami. jaa dok gheti nak makan western bagai nih. risau kot nanti ayam tu hidup lak kalau jaa makan guna pisau ngan garpu. muahaha. terbang ke meja sebelah kang free-free jer aii dapat malu nanti...weeee.... takmo la makan western!




my en.suami bergambor ngan jus tembikai gelas besar dia. sedap woo... manis molek! memang kaw lah. tapi.... lagi sedap air tea 3 layer yang jaa order tuh.... lemak manis berkrim. cinonet jer gelas jaa kan? hajat nak amik gelas besar jugak tapi takut tak berjaya nak perabihkan pulok. ~mulut kecik katakan.... kekeke...


ni my baby boy. comot abih dah baju. kita suap air, dia sembur. tak bagi kang dia majuk pulak. adeh. payoh sungguh. ikut perangai sapo la tu. jaa dulu rasanya tak macam ni pun.... kekeke. btw, jaa mintak maaf jaa sibuk sungguh 2-3 hari nih, tengah slow-slow merangkak ke blog korang. entry 2-3 hari ni sumenya autopublish. nanti jaa blogwalking ya.... hari ni jaa keje....heee!


27 February 2013

WW : Saya Suka Melukis!



lukisan corak abstrak


cantik dak?


lukis kat paha pun bolehhhh!
T____T


26 February 2013

Pameran AADK di SK. Pasir Pekan, Kelantan.


Salam sejahtera untuk semua pengunjung blog jaakechik corner! Hari ni jaa nak share ngan korang beberapa keping gambar Sekitar Pameran AADK di SK. Pasir Pekan. Kami dijemput oleh AADK Tumpat untuk mengadakan Pameran Antidadah sempena Minggu Antidadah di sekolah berkenaan pada 21 Februari 2013 yang lalu.



Jaa pergi kesana bersama 3 anggota Uas Pengkalan Kubor dan juga Ketua Unit selaku penceramah pada hari tersebut. Bukan jaa yang bagi ceramah ok. Bos jaa yang bagi. Kalau bagi mikrofon kat jaa alamatnya, ada gak yang terrr...menyanyi nanti... hikhik... jaa tukang picit slide jer...heee!


Murid-murid nampaknya sangat teruja untuk mengenali apa itu dadah. Macam-macam pertanyaan yang ditanya. Disitu dapat kita lihat bahawa pada peringkat ini remaja memang penuh dengan sifat ini tahu dan ketahuilah kerana faktor itulah remaja mudah terjebak dengan dadah. Mereka ingin mencuba dan ingin tahu! Itu faktor utama.



Maka, Pameran dan Ceramah AADK yang di peringkat sekolah sangat penting bagi memberi penerangan dan motivasi tentang apa itu dadah dan juga apa kesan buruk pengambilan dan penyalahgunaan dadah. seterusnya bagi mencapai misi untuk mencegah anak-anak muda dari terlibat dadah.



Pelbagai usaha dilakukan oleh pelbagai pihak khususnya AADK bagi mencegah masalah dadah ini, namun kebelakangan ini perkara ini semakin berleluasa. Diharapkan semua pihak dapat bergandingan bahu menangganinya dan semoga anak-anak kita dan saudara terdekat kita dijauhi dengan najis dadah ini..

  • Untuk lebih gambar sila ke Page UAS P. KUBOR --> klik sini.
  • Gambar Pameran AADK di SK Telok Jering Tumpat --> klik sini.

25 February 2013

hadiah terpaksa ditukar....maaf ya!



Dalam sibuk duk sampulkan hadiah untuk 'pengomen setia blog jaa', tetiba jaa baru perasan yang brooch comel tu tak sesuwai untuk diletak dalam envelope yang kecik cinonet tuh... kalau dipaksa letak jugak, dia jadik cam bukit tinggi lak kat tengah2... huwaa.... sgt tak santekkk...!! hukhuk..


makanya, terpaksa laa jaa gantikan ngan dengan benda lain. masa ralit duk pikir nak ganti ngan barangan apa, jaa pun terus termenung depan blog.....~sambil tgn menongkat pipi. tetiba terpandang gambar fikri dalam entry 'FIKRI: 1 Tahun 4 Bulan' yang pegang alat magnectic tuuu... terus jaa fikir, 'Why not ganti ngan benda nih?'. terus lelaju sambung packing hadiah balik... hehehhe...


makanya terpaksa la jaa gantikan brooch riben tu ngan Coklat M&M alat magnetik ni. biarpun bukan dibeli dari penang, just beli di SMO di kelate, tapi takper ku relakan jua laa.... baru jer beli tuh, untuk wat tepek memo di peti ais ngn workstation ofis....hihihi... tu pun kira ok laa ek.. korang jangan kecik hati lak.... yang pasti jaa ikhlas nak bagi kat korang....heee!!


FIY, hadiah yang bakal korang (10 PENGOMEN SETIA) dapat tu tak serupa ya setiap orang. kalo sama pun, design atau kalernya tetap tak sama. apapun jaa mintak maaf kalau tak cantik di mata korang. hope sudi terima cenderahati kecil tu ya!


p/s : maaf sebab lambat pos...soryyy naaa.....

24 February 2013

Happy dengan Happy Prepaid


Jaa nak bagitahu kat korang yang jaa sedang happy dengan happy prepaid sekarang nih! Hikhik. Nak tahu kenapa? Meh jaa cerita. Khamis lepas 21.02.2013, masa jaa balik kerja pukul 5 petang. En.suami ajak jaa ke KBMALL katanya nak gi carik screen protector untuk Ipad HKV yang kami baru beli tuh.
  


So, masa sampai kat Kbmall tu, jaa ada nampak pihak Happy Prepaid buat promotion starter pack baru diorang. Rege sangat murah RM12 dengan prepaid didalam sebanyak RM9. jaa memula taknak juga. Tapi bila tengok Happy Prepaid tu banyak kelebihan terus jer setuju beli. (dah lari dari niat asal ke Kbmall) (>_<)

Kelebihan Happy prepaid :
Free CALL dan SMS ke 3 nombor Sekawan (febret)
Pakej internet RM1/sehari


Makanya, jaa grab la dua. 1 untuk jaa dan 1 untuk en.suami. untung la kalau dapat buat panggilan percuma tetiap hari. Pakej internet pun murah. Laju pulak tu. harga mampu! Boleh jaa letak sim ni di Ipad HKV. Senang nak online bila diluar rumah. Kat rumah jaa tak risau. sebab jaa memang langgan streamyx, boleh guna wifi jer. So, dengan Happy ni jaa masih boleh berinternet hanya dengan RM1 sehari. Murahkan?



Lepas tu yang buat jaa bertambah happy adalah bila jaa dapat hamper free dari Happy jugak. Caranya, just topup RM30 dan jaa dapat putar Roda Impian kat belakang tuh. Sekali dapat hamper daaa... huwaa... hepy sungguh! Happy berganda-ganda ngan happy.


p/s : bab free, sesape pun hepy. Ye dok? Ngee!
p/s : ini jawapan untuk Cik Nur yg tanya pakej internet yg jaa guna. :)

23 February 2013

BRIM 2.0 : kami dah dapat!


sedikit info untuk anda :

cara mohon online duit BRIM ---> klik sini
download borang permohonan BRIM ---> klik sini
permohonan E-Rayuan BRIM ---> klik sini


BRIM 2.0 sebanyak RM500 untuk sebuah keluarga! 
kami dah dapat, korang camana pulak??


p/s : jom belanja jaa spek baru bang! heeee...

22 February 2013

Mrs.Erry 1st Giveaway




salam dears!
hari ni jaa nak join GA anjuran blogger : DEQLA
syarat mudah, hadiah pun ohsem
jom la korang pakat-pakat join yer


syarat penyertaan :
1. Follow blog Mrs Erry Bercerita
2. Like page Mrs Erry Bercerita. (jika ada fb & ikut keikhlasan masing2)
3. Buat entri bertajuk Mrs.Erry 1st Giveaway, lekatkan banner 

4. Follow blog sponsor berikut :






5. like fanpage sponsor 
Amiryana's Health & Beauty

tarikh tutup : 19 Mac 2013 

Tiket Murah Ke A Famosa dengan Groupon



salam dears!
jom beli tiket ke A Famosa melaka dengan Groupon
tengah promosi ni, boleh ler save duit sepuloh dua...hihi
Water Theme Park +  Safari Wonderland +
Cowboy World = RM68.00/adult
(RM53 utk 2 theme park, RM68 utk 3 theme park)




harga sebenar utk 3 theme park memang mahal
tapi kalau beli dengan GROUPON harganya lebih murah + jimat
klik sini kalau nak beli : Tiket Murah ke A Famosa Theme Park




ini senarai harga sebenar  ( pic jaa copy --> disini )
Dewasa RM79, Kanak-kanak RM62 (weekdays)
Dewasa RM 89, Kanak-kanak RM72 (weekend)




 jaa dah beli tiket ni kelmarin 2 keping dengan GROUPON
1 untuk hubby, 1 untuk jaa, yeehaww suuko!
insyaALLAH bulan April nanti kami akan kesana
berapa hari bulan? rahsiaaaa!! hihihi >_<



p/s : counting days.... tak sabar nak ke melaka!!

21 February 2013

assignment for mac and april


   1.  soalan berstruktur Ekonomi (JKE 101) -individu
   2.  perbincangan mengenai dua agama (JUH 101) -group
   3.  teknik penyelidikan (JKJ 104) -group
   4.  esei mengenai pengajian jarak jauh (JUJ 103) -group
   5.  esei mengenai pilihan raya (JKP 101) -group

Tengok tajuk pun rasa nak pengsan jer terus. punya lah payah. ohh..my assignment! rasa macam tak berkesudahan. dah hantar yang itu, yang ini pulak menunggu... adoi... sabar..sabar..dan sabar! 3 tahun jer lagi... mesti buat yang terbaik dan berusaha buat sebelum date line mac-april ini.... bulan jun ni final untuk first year jaa dah...wish me luck ya!

Sami Budda topik for assigment JUH 101


rushing duk wat assignment minggu nih. that's why sejak dua menjak nih jaa dah kurang hadap blog, especially for blogwalking... sibuk duk ber'assignment'! beberapa hari lepas baru lepas buat temuramah dengan seorang Tok Sami Buddha di sebuah Wat di Tumpat mengenai agama diorang... temuramah tu pulak siap kena rakam video dan kena ada gambar bagai lagik tuh... haihh... rumit seh....


p/s : Ya Allah... Kau permudahkanlah segala urusan ku.... 

20 February 2013

WW : Jaakechik ada kembar??


wahaha... tajuk kemain lagi kan? bikin panasss sajoooo....
apa pun jom layan gambar dibawah nie  ya :


pegang dua baby sekaligus. kekok jer rasa.
sorang tido dalam iman... sorang tido gaya ultraman.
hihihi. bestnya kalau dapat anak kembar!


ekceli ni anak kawan baik jaa masa di sekolah teknik dulu
dia dapat anak sulung kembar. dapat sepasang pulak tu.
one boy. one girl. suka tengok yg girl tuh ---> tido dlm iman!


p/s : tetiba rasa nak peknen kembar juga....heee!!

19 February 2013

Cerita 3 hari lepas....


hehehehe... jangan marah nah. citer ni dah 3 hari berlalu. hari ni baru nak kongsi kat blog. muehehe. tuan blog bizi sokmo. mood asyik terkelaut jer. citer banyak tapi tak sempat nak update on time. T_T. sokmo update entry basi.... hihihi.


ekceli 3 hari lepas, adik ipar jaa nak naik keretapi untuk ke Johor. so, dia datang rumah jaa bersama mertua jaa sementara nak menunggu waktu naik keretapi pukul 8.30 mlm. rumah jaa ngan Stesen Keretapi Wakaf Bharu tak jauh sangat dah. dalam 15 minit gitu. so, pakat melepak berborak dulu di rumah sambil makan pisang goreng. hihi. fikri kemain suka dapat terlepas main basikal di luar rumah.


ini ler adik ipar jaa (Hazwan). now, masih praktikal sebagai guru di Johor. fikri manja benar ngan Ayah Su dia nih tau. kalau dapat duk atas dukung, alamatnya takmo turun laa... ngengada sungguh! kena pulak Ayah Su dia suka duk ajar main game dalam henpon. lagi ler Fikri tu suka. tak berganjak! pepagi kalo bangun tido, mesti carik henpon Ayah Su dia dulu. kalo Ayah Su dia tido sini lar...hihi.


masa kete api ni sampai fikri macam kaku kejap. tah teruja ke takut ke apa, jaa pun tak tahu apa yang dia rasa. tapi dia terdiam sekejap. orang panggil nak amik gambar pun tak layan dah. pastu duk ralit pulak tengok Ayah Su dia duk melambai-lambai... nasib baik dia tak nangis nak naik jugak. kalo tak, haruuu!


bergambar ngan mertua jaa. eh korang, cer tengok hensem tak pak mertua baru jaa tuh? ada macam rupa Karpal Singh tak? (masa tu dia tunjuk gambar dia mcm karpal singh). hikhik. ~lawak gak pak mertua aku nih. mereka masih lagi pengantin baru tuuu.... baru kawin 3 bulan lepas.... refer entry ini ya ---> ' Sambut Orang Baru '


lepas adik ipar jaa naik keta api. kitorang pun gi makan Satay Wakaf Bharu yang dekat ngan Stesen keteapi tuh. sory yer Hazwan, kami bukan takmo ajak ko, tapi masa terlalu suntuk untuk singgah makan sebelum ko naik keta api tuu... soryyy nah.... jangan majuk hokey. berlambak makanan dalam kete api tu kan? sila ler order makanan kat sana yer.... lagipun burger kan ko dah tapau sebijik. makan itu jer ler ya?? hihihi...


p/s : oklah babai....tu jer citernya....heeee!

18 February 2013

FIKRI : 1 tahun 4 bulan


lama tak update pasal anak bujang jaa yang sorang ni kan? ada yang rindu tak? asyik citer pasal mak jer kan. hari ni nak story pasal fikri pulak. ekceli fikri kurang sihat sikit skrg ni. bukan demam tapi selesema. makan nasik pun dah tak selaju dulu. tapi bab melasak masih aktif lagi even selesema.. hihi.


now, dia sombong ngan jaa tau!

sejak jaa balik kelantan hari tu, sombong bukan main. kalau nak amik dia di rumah pengasuh, konfem menangis. takmo jaa dukung. nak duk ngan pengasuh jer. geram betul. sajer jer nak amik perhatian lebih. padahal time dirumah elok jer nak bersama ngan jaa. abah dia nak amik pun taknak. ngegada betul.

kalau amik fikri di rumah pengasuh, konfem riuh sekampung ngan suara dia. meraung-raung sebab taknak balik ngan jaa. adeh. maybe sebab selalu kena tinggalkan di rumah pengasuh time jaa bekerja, dia macam dah serasi ngan mak pengasuh dia tu kot.... ermm... sayang sungguh dia ngan pengasuhnya tu...


p/s : jaa syukur dapat pengasuh yang baik dan amanah!
p/s : seriau tgk video bayi dibuat macam lempeng --> SINI


Ciri-ciri blog untuk dapat iklan CPUV Nuffnang



salam dears! hari ni jaa nak cakap pasal Nuffnang. hampir setahun jaa serius blogging belum penah sekali pun dapat iklan CPUV dari Nuffnang. adeh..sedih betul..sob..sob.. tapi jaa tak kira, gigih gak duk berusaha. banyak kali gak jaa cuba google cara untuk nak dapatkan CPUV ni... dah cuba hantar bermacam tiket tapi masih belum ada rezeki agaknya... :)

jaa ada hantar tiket lagi ke Nuffnang mengenai 'Ciri-ciri blog yang diperlukan oleh advertiser untuk diberikan CPUV Nuffnang' dan dengan cepatnya Nuffnang balas pertanyaan jaa tuh, pada yang nak tahu juga tipsnya jom baca email yang dihantar Nuffnang kat jaa ni yer. sama-sama kita berkongsi tips :



Hi Norhariza,

Terima kasih kerana menulis kepada kami!

Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPUV. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers.

Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Keberkesanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati.

Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih anda untuk kempen CPUV mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!

Good luck dan selamat berblogging! :)

Cheers,
Laura Lee
Community Executive

Nuffnang Sdn Bhd


ambik kau, sekali panjang lebar Nuffnang bagi penjelasan tentang cara nak dapatkan iklan CPUV ni... hihihi... bagi jaa rasanya jaa dah buat apa yang nuffnang bagitahu tu (tempat letak iklan yang betul, update survey), maybe cara penulisan dan entry blog jaa yang carca merba ni tak layak untuk CPUV kot... hahaha.. entry merapu katakan... takper laa kena cuba usaha lagi laaa... heee!

 
~earning terkini nuffnang~tak sabar nak cash out!~

berblogging memang pada mulanya satu hobi, tapi bila dapat tahu berblogging ni boleh buat duit ofkos ler kita nak cuba nasib kan? by the way mungkin belum ada lagi rezeki jaa untuk merasa CPUV nuffnang. terpaksa ler menunggu hasil iklan CPC sahaja buat masa ini... yang seciput jer jumlahnya naik tetiap minggu.. hee... tapi takper... yang penting kita usaha, tak gitu???
 


p/s : ada tips lain? jom la share kat sini...


17 February 2013

testing...testing...


testing...testing.....123.... hello..hello... kopi ke milo? neslo jer lah. bolehh? eh tetiba lak kan? ekceli jaa tengah testing nak update blog ngan tablet HKV ni. pestime ada ipad.... harus laa ngetest dulu.... muahaha.. tapi lembab sikit jejari jaa ni duk sentuh huruf kat keyboard. asyik tersalah taip jer... huhu..



oklah menjadi dah update satu entry guna ipad HKV ni... yeehaww... senang ler pasni anytime boley hupdate blog. dimana-mana saja....~kalo rajin ler...kikiki.... nak pulun main game, pulun layan blog sambil landing-landing manja pun boleh.. wahh syurganya.... :)


p/s : entry eksyen......hihihi.....

Gadget Baru : TABLET PHONE HKV



salam dears! lama jaa tak update blog kan? ada yang rindu tak nih? muahahaha.... hari ni rajin dah nak update. nak update pasal gajet baru laaa.... jangan jeles lak yer... hihihi... hari pertama jaa balik kelantan hari tu, en.suami bawak jer ke KB MALL katanya nak usha tablet. dalam hati jaa dah mula kembang setaman dah. bestnya...! boleh bergaya ngan IPAD APLLE ataupun TAB SAMSUNG... phewww.. best2x... ~mata ke atas tangan di dada!

TABLET PHONE HKV, ipad hkv, tab hkv, telefon khv, gadjet hkv,

sebut kata tablet, sume orang terliur jer kan? jaa pun sama la. opkos selalu jer tanam impian nak dapatkan jugak. tapi dah setiap satu gajet tu regenya sama mahal 'murah' ngan gaji jaa....huhu... i'm so sorry la, tak berani nak grab. takut ada gak nanti yang kena makan megi tetiap hari nak menunggu gaji lagi...



oleh kerana jaa tahu status poket kitorang ni di paras yang mana, so hokey ler. aii takleh nak berangan mat jenin sangat. terima jer apa yang ada, yang sesuai ngan bajet kami. so kitorang decided untuk amik yang Brand HKV ni jer. dengan aplikasi yang serba complete, bagi jaa RM699 tu harga yang sangat berbaloi dah. harap nak reka sendiri, konfem tak menjadi... ye dok?



SPESIFIKASI TABLET HKV

  • android 4.1 Jelly Bean
  • screen 7"
  • internal 2GB
  • external 32GB (beli asing)
  • processor Dual Core
  • kamera belakang 5MP
  • kamera depan 2MP
  • dual simcard available
  • call, sms, mms, 3G
  • TV/RADIO
  • Bluetooth
  • Wifi
  • GPS
  • percuma Handfree bluetooth

p/s : yes...akhirnya boleh merasa 'IPAD' gak...tengkiu my darling!

13 February 2013

Buku Resepi Chef Hanieliza


salam dears! jaa nak kongsi ngan korang pasal buku resepi comel molek dari Chef dan Blogger masakan tersohor iaitu Chef Hanieliza! jaa terpikat ngan buku-buku dia masa ke gi ke SMO (Syarikat Muda Osman). buku ni bagus tau. gambar sangat terang dan jelas step by step. sangat menarik perhatian!




sangat bagus untuk kita orang pompuan untuk menambah kepandaian dalam memasak. harga tak mahal setiap satu tu RM5.50 jer. jaa pulak memang ada member card SMO so dapat diskaun 10%. sangat untung tau. plus bila jaa beli tu just guna Baucer Buku 1 Malaysia jer, lagi berbaloi-baloi..hihihihi...

 


jaa pun beli jugak majalah RASA keluaran Mac 2013. Specialnya RASA pada bulan ini adalah kerana memaparkan Resepi Blogger-blogger fofulor, especially blogger 'Che Mat gebu' yang popular dikalangan kita semua melalui resepi yang best, melalui blognya : 'Dunia Tanpa Sempadan'




lagi special bila RASA turut memaparkan gambar Mat Gebu yang kita semua sedia maklum dia memang tak suka menonjolkan diri di blog dia mahupun blog blogger lain. korang yang nak kenal muka Mat gebu jom la cepat-cepat beli majalah RASA ni ya.....



p/s : hensem jugak Che Mat Gebu kita tu kan....? heee :)


12 February 2013

Pemenangnya ialah....


salam dears! weehuuu.... bizi sungguh jaa lately nih. dua tiga hari ni sibuk ngan bekwoh (kenduri) memanjang.... muak gulai dah ni. lepas balik keje terus rempit ke majlis kenduri, dengan jalan yang jammed giler. sampai umah jer dah lewat malam....tak koser jer rasa nak hadap blog. tapi malam ni kena gigihkan jugak untuk umumkan pemenang bagi T-shirt Penang Island yang jaa janjikan dalam entry ini 'NAK T-SHIRT? MEH DROP LINK!'


Pemenangnya ialah : blogger bernombor 17


siapakah dia? jom scroll ke bawah :


v



v



v



v



v



v



v



v



v



v


....tadaaa...


sila send nama dan alamat anda segera yer




~tahniah dah terima kasih buat semua peserta~



Update tentang ole-ole penang


salam dears! ekceli jaa dah selamat sampai kelantan jam 11 pagi 08/02/13 lagi. tapi baru hari ni boleh update blog.. entry jaa mengenai ole-ole Penang tu jaa set autopublish masa kat penang lagi... memang jaa dah tahu jaa takkan ada masa untuk nak ngadap blog.

dua tiga hari pertama ni memang jaa bizi sikit. banyak keje yang perlu disettlekan. bukan keje ofis tapi keje rumah. banyak benda kena kemas termasuk la sibuk duk cuci baju-baju kotor yang menimbun.... plus lagi minggu ni sibuk ngan majlis kenduri kawin, tetiap hari ada jer undangan disana sini.

buat 10 blogger yang jaa mention kat entry ini '10 pengomen setia www.jaakechik.com' sila send details anda cepat-cepat ya. cepat korang bagi alamat, lagi cepat korang dapat hadiah ni nanti.... dan untuk ole-ole T-SHIRT PULAU PENANG pula, terima kasih jaa ucapkan pada yang drop link di entry 'Nak Baju? Meh Drop Link'.

SENARAI PESERTA

  1. http://truebrotherh00d.blogspot.com/
  2. http://rawkkstylo.blogspot.com/
  3. http://strawberrychocolateofsyamie.blogspot.com/
  4. http://thecoklatblog.blogspot.com/
  5. http://ibnuismaini.blogspot.com/
  6. http://www.mizruha.com/
  7. www.ladyainaa.com/
  8. http://miszpinkies.blogspot.com/
  9. http://trahzain.blogspot.com/
  10. http://myrahthesamurai.blogspot.com/
  11. http://amad-jalanan.blogspot.com/
  12. http://www.mutiaralife.blogspot.com/
  13. http://faralalalala.blogspot.com/
  14. http://bajuwarnacoklat.blogspot.com/
  15. http://embunkasehmutiara-kasehmutiara.blogspot.com/
  16. http://sallyyatiey.blogspot.com/
  17. http://farhah88.blogspot.com/
  18. http://irapunyela.blogspot.com/
  19. http://www.ahsfantasy24.com/
  20. http://cikgufaizcute.blogspot.com/
  21. http://jaajahat.blogspot.com/
  22. http://allthingisaboutyou.blogspot.com/
  23.  http://cikji.blogspot.com/
  24.  www.marqiscareno.blogspot.com/
  25. http://zitaomar.blogspot.com/
  26. http://ilyanainiaz.blogspot.com/
  27. http://farizafairuz.blogspot.com/
  28. http://norminieza.blogspot.com/
  29. http://iyraacariyno.blogspot.com/
  30. http://ilyanainiaz.blogspot.com/
  31. http://mimifaziana.blogspot.com/

TARIKH TUTUP : 10.00 MLM INI


ni antara yang dah drop link mereka, jaa ucapkan ribuan terima kasih. pemenang untuk seorang sahaja kerana hadiah pun sehelai sahaja, hanya untuk yang bertuah dimana pemilihan pemenang akan ditentukan melalui oleh cabutan bertuah oleh en.suami jaa malam nanti.... sekian, tu jer yang nak jaa nak updatenya... heeee....



p/s : maaf belum sempat utk blogwalking!


09 February 2013

nak baju? meh drop link!



kalau nak baju T-Shirt ni, please drop link blog anda sekarang. pemenang akan dipilih melalui cabutan bertuah oleh my en.suami ya. tarikh tutup akan diberitahu nanti.... terbuka untuk semua blogger beralamat di Malaysia sahaja. #ini entry autopublished#tuan blog berehat seketika# :)


P/S : drop link korang kat komen ok.

08 February 2013

10 Pengomen Setia : www.jaakechik.com



10 blogger kat atas tu antara pengomen setia di blog picisan JAAkechik CORNER (untuk januari 2013). ramai dari Geng GSF nampaknya, kan? terima kasih ya buat semua. 10 blogger ini, jaa nak hadiahkan korang Ole-Ole Penang so, meh cepat-cepat hantar details (nama penuh dan alamat penuh) sekarang yer.... 

send your details here --> http://www.facebook.com/jaakechik

pada yang tidak tersenarai jangan kecik hati tau. jangan majuk-majuk lak. korang pun best gak benornya, sangat-sangat sporting dan selalu jer drop komen kat www.jaakechik.com ni. cuma kali ni mungkin rezeki untuk 10 blogger kat atas tu jer dulu.... rezeki korang mungkin di next ole-ole okeyyy...??


P/S : ontheway balik kelantan dah#autopublished#


kursus intensif pjj 2013~tinggal kenangan!













p/s : on the way balik kelantan dahhhh hari ni..... peace!!
doakan perjalanan kami selamat...amin.....


DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...