kelab blogger ben ashaari, KBBA,

31 March 2013

Situasi yang sering berlaku bila ada anak kecil





Ada anak sorang ni pun dah macam ada anak ramai. Macam-macam hal berlaku. Cukup membuatkan mak pak nya kalut bin ribut. Huhuhu. Kengkadang terpikir jugak, mujur ler tak dapat baby kembar kalo tak mahunya maknya pengsan tetiap hari duk melayan karenah anak-anak. Adoii laa.. buakn nak salahkan anak kecil…tapiii… susah nak cerita. Korang baca jer la apa yang jaa senaraikan kat bawah tu yer :


Situasi yang sering berlaku bila ada anak kecil


1. makanan/minuman tumpah
Air sedap-sedap yang kita order akan tumpah kat atas meja, dicurahkan anak. Kalo tak pun dia akan keluarkan nasi atau lauk yang kita dah suapkan ke mulut dia. hasilnya habis bersepah meja. Paling tidak pun dia akan 'smash' sudu atau garpu. keletung keletang sudu tu terpelanting ke bawah meja makan. masa tu for sure sume orang akan pandang-pandang kita… huwaaa… malu weiii….
2. kepala kena ketuk ngan menan
Tengah elok duk landing manja depan tv, tetiba kelepuk! Benjol sikit kat atas kepala kena pelangkung ngan menan anak. Adoiiii…. Sakit der… dah la masa nak beli tu kau melompat terjerit-jerit suh mak pak belikan. Bila dah dapat, dah puas main, di hempuknya kepala kita ngan menan dia… weiii… boleh hilang sabar sungguh!
3. tv kena switch off atau ditukar channel
Situasi ni memang boleh buat mak dia naik hantu tau. Tengah sesedap melayan sinetron Indonesia ke Filipina ke, tetiba jer anak tutup tv… adoii laaa.. kengkadang dia suka jugak tekan remote sesuka hati dia jer (tukar channel) meroyan mak dek perbuatan kau nak. Kalo dimarah kang, dibaling nya remote tv tu kat mak dia ni heh. Lagi ler maknya naik hantu… sabar jer lah!
4. makanan bertaburan atas lantai/karpet/katil
Lepas sapu. Sapu lagi. Lepas tu kena sapu lagi. Kendian kena sapu lagi last-last terpaksa sapu dahi sendiri sebab peluh jantan dah terpecik keluar dek asyik duk main sapu-sapu benda yang sama berulang kali. kalo mak ko tak sapu kang, ko jugak yang nanges tak hengat kena gigit ngn semut… adoii laa anak.. notii betul lah!
6. tutup aircond/kuatkan @ tutup radio dalam kereta
Tengah elok men-drive kete. Ditutupnya radio. Kalo tak pun dia asyik duk pulas volume. Kejap slow, kejap kuat gila-gila… Kalau dimarah dia benti main kejap. Pastu sambung balik memain ngan punat aircond pulak. Tutup, bukak, tutup bukak. Apa lagi terusnya maknya memekak marah. Hehehehe. Aiseyyymannn…. mana leh tahan kan? mengganggu kefokusan maknya tengah drift aje.
7. kena gigit perut/paha/jari tangan
Part ni jaa sokmo jer kena. Fikri tu jarang buli abah dia. Sokmo jaa je la yang selalu kena. Jap-jap kena gigit. Jap-jap dia gigit lagi. Pastu dia larik cecepat dan ketawa. Takut kena gigit kat mak dia balik. Adoii laa.. sakit tau nak putus jari bila kena, berbekas gak 3 batang gigi dia yang sihat dan kuat tu tau. Gigit dia balik kang baru tahu!
Bagi jaa situasi kat atas ni sokmo jer berlaku kat jaa… dalam pada duk beringat masih gak terkena ngan anak sendiri. Time kita tak letih takper ler. Time letih atau kepala pusing, kena gak cubit-cubit manja kat paha fikri tu haa.. hehe. Kalau time mood mak dia nakal-nakal sikit, ada gak terlempang manja kat si fikri… ngeh.. ngeh.. tapi kengkadang jer laaa…

p/s : anak korang camana pulak? Jom kongsi citer.


 

Bila nak tambah anak lagi?


GAMBAR FIKRI BERUMUR 2 HARI

Bila nak tambah anak lagi?

Bila ada yang tanya jaa soklan macam ni, jaa kengkadang memalu kucing lak nak menjawab. Kengkadang naik bengang pun ada gak? Nak tahu kenapa? Dulu sebelum jaa dapat anak, orang sibuk duk tanya, ‘bila nak dapat anak??’ ‘Hah, tak ada anak lagi kenapa lambat??’ ‘Merancang ker?’ ‘Makan la ubat…. gi la check.. beli laa Biodex… bla.. bla.. bla…’ hahaha.. berpuluh soklan diberikan kat kita. huhu...

Bila dah ada anak. Diorang bertanya pulak. ‘bila nak tambah anak lagi?’ Buleh doh tu nak tambah anak lagi… ke dah taknak anak?’ ‘Tak teringin ke nak anak lagi? Ke dah serik nak beranak lagi…?’ hehehehe… jaa senyum kambing jer ler… nak kata apa lagi kan? Kang menjawab kang orang terasa lak… kekekeke… 
Okey laaa.. jaa up entry ni bukan nak tunjuk jaa ni pemarah sangat tapi bosan ngan ayat yang sama jer. Malah yang duk bertanya tu pulak kengkadang orang yang sama je pong. Saje jer nak memanaskan hati kita ni haa… saje jer nak menyebok dalam ‘kelambu’ kita…. Huhuhu…
Teknik Mengira Waktu Subur ----> KLIK SINI 
Merancang itu perlu. Pandangan anda?



 

30 March 2013

Cara Letak Empat Widget Dalam Satu Tempat


salam untuk semua pengunjung blog jaakechik corner.
selamat berhujung minggu.


ekceli, beberapa hari lepas ada orang request tutorial kat jaa.. haiyaa.. sejak bila aii jadik tutor ngedit blog nih?? huhuhu. tapi takpe. jaa cuba tunaikan jugak untuk ZYDA. setakat apa yang jaa tahu, insyaALLAH jaa akan tolong. eh, korang faham tak apa yang dia request tuu? jom tengok contoh apa yang dia request kat bawah ni :


menda ni laa yang ZYDA mintak jaa explain. widget ni bagus tau, dia dapat menyatukan 4 widget sekaligus. secara automatiknya kita dapat mengemaskan lagi blog kita dengan menyorok mana-mana yang patut kat dalam tu. sape yang belum tahu caranya meh jaa bagitahu meh. baca kat bawah ni :

Cara-Caranya :

1. login > design > layout
2. click 'Add a Gadget'
3. pilih 'HTML/Javascript gadget'
4. jangan tulis apa-apa pada title widget
5. lepas tu, copy semua code dibawah ini.

<style type="text/css">
 .tabber {
  padding: 0px !important;
  border: 3 solid #bbb !important;
 }
 .tabber h2 {
  float: left;
  margin: 0 1px 0 0;
  font-size: 12px;
  padding: 3px 5px;
  border: 3px solid #bbb;
  margin-bottom: -1px; /*--Pull tab down 1px--*/  overflow: hidden;
  position: relative;  background: #e0e0e0;  cursor:pointer; }
 html .tabber h2.active {
  background: #fff99;
  border-bottom: 1px dashed #FF0099; /*--"Connect" active tab to its content--*/
 }
 .tabber .widget-content {
  border: 1px solid #bbb;
  padding: 10px;
  background: #fff;
  clear:both;
  margin:0;
 }
 .codewidget, #codeholder {
  display:none;
 }
 </style>
 
 <script type="text/javascript" src="
http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.6.0/jquery.min.js"></script>
 <script type="text/javascript" src="
http://greenlava-code.googlecode.com/svn/trunk/publicscripts/bloggertabs0.1_min.js"></script>
 <script type="text/javascript">
 $(document).ready(function() {
  $('#codeholder').bloggerTabber ({
   tabCount :
4  });
 });
 </script>
 
 <!-- to make sure the widget works, do not alter the code below -->
 <div id='codeholder'><p>Get this <a href="
http://www.bloggersentral.com/2011/05/create-tabbed-content-blogger-widgets.html" target="_blank">tabber widget</a></p></div>


6. pastekan ke dalam kotak widget tadi dan save.
7. susun widget itu tadi diatas 4 widget yang ingin disatukan.
8. klik preview, kalau menjadi sila tekan save.

contoh cara nak susun widget :


apa yang jaa mampu tolong, jaa akan tolong lah. jaa benornya bukan gheti sangat bab nak ngedit blog cecomel macam blogger lain. banyak jaa belajar dari tutorial blogger lain jugak benornya, seperti Lyssa Faizureen dan lain-lain.. btw, selamat mencuba buat sesapa yang belum tahu tutorial ini. semoga menjadi!!


Help Me : Vote My Header pliss.....


SALAM DEARS

beberapa hari lepas jaa ada join satu segmen best bertajuk
so hari ni jaa nak mintak tolong korang laaa (kalo ada fesbuk)
tolong klik like 'header blog' jaa dekat album pages Nabila Medan ya!




Cara Untuk Mengundi :

step 1 : like pages facebook 'Nabila Medan Punye Blogspot'
step 2 : klik like gambar header blog jaa di : klik link ini yer



p/s : tolong klik like untuk jaa yer kengkawan!

29 March 2013

Kenapa Bebudak Suka Gangnam Style??



fikri pun minat muzik gangnam style ni


senyum besar jer bila kita pasang lagu tu..
dia tak gheti nak sebut penuh, dia sebut 'THAI' jer hehehe....


sekali pasang entah yang keberapa kali repeat baru dia nak stop
kengkadang sampai tertido depan PC tu...huhu



p/s : fikri ni minat ngn citer Alvin & Chipmunks jugak... :)

Tengok Lukisan Saya, Cantik tak??


fikri suka benor tengok ikan. tak kisah ler ikan apa pun janji ikan. satu hari tu member jaa hadiahkan fikri buku ikan, kemain dia heppy.... hari-hari duk belek sampai meleleh air liur... kalo gi umah nenek nya di Gunong, for sure dia akan melepak depan akuarium lelama.... kita pulak letih duk dukung dia tengok ikan. 




fikri ni pun suka menulis menconteng buku jugak. koyak buku pun dia minat jugak... hehehehe... selalunya bila dia jumpa pen aje, terus dia mula mintak buku/kertas untuk menconteng. tapi bila dah dapat buku lain pulak citernya, sebab bila lelama dia akan boring dan nak nangis. jaa pun lukis ler ikan kat buku conteng-conteng tu untuk umpan dia balik... kemain dia suka...




tapi yang jadi sebaliknya, dia berterusan aje nak kita lukis, sambil duk sebut, ''ma, ikan ma.... ma, ikan ma....'' kalau tak lukis dia mengamuk. mama nya pun apa lagi terus mencurahkan bakat terpendam nya yang dikenali sangat terror bab-bab melukis ni.... hew.. hew... hew...




tengok la lukisan saya itu, comey tak Kak Ton?? kekeke. gelak besar pulak jaa bila tengok ikan-ikan yang jaa lukis tu, tah ikan jenis apa jaa sendiri pun tak tahu. talapia kot, tak pun ikan bawal. hihihi. nak kata ikan jerung, ohh.. itu dah jauh panggang dari api..... huhu.. belum tengok bapak kucing tu lagi... hak tu lagi huduh... muahahaha...





dedua belah muka surat jaa duk mencurah bakat tu... hehehhee... lepas dah banyak melukis baru ler jaa perasan terpikir, nape la ikan aku macam gini jer pattern nya tetiap kali melukis?? aiyoo.. dari darjah satu sampai ke besar tua, gini lah jugak pattern nya.... huwaa.... buruk betul lukisan... mmg failed bab melukis bagai ni... huhu...


p/s : mak pun tak gheti melukis, camana nak ngajor anak?? (^_^)

28 March 2013

Kenapa Blog Aku Berat??


blog jaa berat?? ya memang betul blog jaa berat sikit sejak dua menjak nih (lambat loading). ramai gak blogger yang tinggalkan komen macam tu kat blog jaa. tapi nak wat camana dah tuan blog ini dah tak gheti nak adjust lagi dah....huhu... sume benda nak letak. semua gambar nak taruk... gitulah padahnya... hahahaha...

tapi hari ni jaa dengan rajinnya telah cuba edit dan buang apa yang patut setelah dapat entry panas dari DEQLA. nak baca <klik sini> buat DEQLA jaa tak marah tau. sikit pun tak marah (cakap sambil urut dada :p). seriyesly jaa berterima kasih pulak sebab deqla sanggup tunggu untuk drop berpuluh komen kat blog jaa hari tu..caiyokk-caiiiyookkk! heee...



ni result masa memula timbang berat blog


 ni setelah jaa buang beberapa bloglist


ini pulak berat terkini blog jaa

selepas jaa buang mana-mana yang patut, nampaknya ada perubahan sikit demi sedikit saiz blog jaa tuh... tapi masih tak puas hati sebab lebih dari 100KB. orang kata kalau nak suruh blog kita duk dalam kategori 'ringan', saiznya hendaklah kurang dari 100KB... alamakkk.. acaner nak buat macam tu yekkk? pliss tolong la jaakechik kot sesapa tahu tips ringankan blog ni yer...



KENAPA BLOG JAA BERAT??



1. sebab banyak pic dalam setiap entry...

tak dinafikan jaa memang suka update entry dengan gambar yang banyak... hehehehe... nak berceloteh panjang takut orang muak. makanya terpaksa la tepek gambar banyak-banyak....  pasni nampak gaya jaa kena kuota kan jumlah gambar di setiap entry laa... huhu...

2. banyak banner iklan dekat sebelah kanan blog

banner yang banyak memang boleh beratkan blog. tapi nak wat camana jaa terpaksa letakkan jugak iklan bebanyak tu. sebab tu merupakan side income kat blog jaa ni... (itu tapak iklan berbayar) so, memang tak leh nak padam laa. jaa tetap akan gunakan jugak... 

3. banyak sgt senarai bloglist kot...muahahaha...

banyak sangat senarai bloglist pun ye gak kot. now jaa dah buang mana yang jaa rasa tak aktif tu... sekarang dari tiga kolum dah berkurang menjadi dua dah... maaf lah yer andai blog korang aku terpaksa buang. tapi takpe kalo korang rajin komen-komen kat blog jaa ni, jaa akan letak balik korang kat situ heee!

4. saiz pic 'penulis blog' yang besar gedabak kat kanan tu

hak tu lagi la menyumbang kepada ke'berat'an blog jaa ni nak loading sepenuhnya... biarpun dah ada pic tuan blog duk bertapa ngn sopan kat header kat atas nun, tuan blog tak kira nak letak jugak gambar dia kat situ. ngeh... ngeh... ngeh.... sebab tuan blog rasa, tu gambar paling ayu dia.. that's why kena letak... :P


overall blog jaa yang berat ni, semuanya disebabkan gambar.... kan? kan? so, korang yang ada tips camana cara nak ringankan blog tu, hope bagitahu lah kat jaa ekk.. sharing is caring... heee! btw, tengkiu pada semua yang memberikan komen yang membina mengenai berat blog jaa ni. itu tandanya kamu prihatin... ye dakkkkkk?????


p/s : kalu jaa buat blog lain utk letak senarai bloglist korang setuju dakk???
p/s/s : berapa berat blog korang? kongsi ler sikit. (klik sini utk check yer.)

Tengkiu Buai Elektronik Atas Jasamu


Buai karen a.k.a buai elektronik. atau lebih senang dipanggil ndoii jer... hehehehe... ekceli buai karen ni milik fikri. tapi semalam jaa dah mula simpan semuanya dalam kotak. sebab dah lama benar dia takmo tido dalam tuh. menyemak jer duk kat ruang tamu jaa yang cinonet tu. tak kenal buai karen?? ala.. buai karen ni yang duk henjut baby tanpa henti tu ler?? kok enggak kenal?




jaa beli menda ni penghujung bulan 12 tahun 2011. masa tu umur fikri baru 2 bulan. before beli tu, kami laki bini sokmo jer tido tak menentu dan kena bergilir bangun jaga fikri sebab fikri payah nak tido. tah apa yang tak kena, tetiap hari dia sokmo tido pukul 5 atau 6 pagi. duk merengek jer memanjang. dukung tak kena, letak pun tak kena, riba pun serba tak kena. serba salah jadiknya. makanya kami pun decided beli ler ndoii karen ni.



ingatkan beli ndoii ni terus settle masalah. rupanya tidakkkk... adeh... sama saja. dia takmo tido dalam buai karen tuh. lebih kurang umur dia 3 bulan baru dia start guna ndoii tu. tu pun kena ulik dulu (dukung dan tepuk punggung) sampai dia lena dulu baru boleh letak dalam ndoii tu... adeh... pengalaman sungguh jadi mak pak time kita masih muda ni.. huhu...


 


kelmarin dengan rasminya, jaa dah siap simpan segala buai karen a.k.a ndoii ni ke dalam kotak since hampir 3 bulan lebih fikri takmo duduk dalam tu lagi... selamat lah ko kat dalam kotak tu yer ndoii... terima kasih atas jasamu selama ini kat anak-anakku, si fikri. InsyaALLAH ada 'anak baru' nanti akan ku guna ko balik yek... hikhikhik...



p/s : en.suami jaa pesan kat jaa. katanya : jaa jgn jual ndoii ni kat blog udah ler...hehe...

27 March 2013

Yeayyy... Boleh Naik Pelamin...


Alahai tajuk, kemain riang. macam ayat kanak-kanak ribena pulak.. ngeee! beberapa hari lepas jaa gi makan gulai kat sebelah umah mertua di Gunong. anak sepupu en.suami yang kawin. betul ke tak anak sepupu dia ni ekk? tah jaa lupa pulak camana pertalian darah antara diorang tu..heee!




Kebetulan masa jaa sampai tu, pengantin duk layan tetamu aje, so panjang ler langkah jaa duk ajak en.suami bergoyang gedixx kat pelamin orang. al-maklum laa, zaman kami kawin dedulu mana pasang pelamin. mak jaa tak kasi. katanya tak elok. so kami just ber'pelamin' dalam bilik jer laa... ~sedihnya... sob.. sob... :(



Makanya hari tu, alang-alang pengantin takmo duduk, biar kami jer la jadi pengantin olok-olok sekejap... hihihi... kejap pun jadilah... asalkan merasa.... yer dak?? eh, korang nak tengok gambar kawin kami tak...?? jaa dulu kawin awal tau, sebab gatai... haha... umur 19 tahun 10 bulan dah kawin! hikhik.. nak tengok? meh scroll ke bawah meh....

v



v



v



v



v



v


v


v


v



v



scroll lagi okey...


v



v



v



v



v



v



v



v


cakkkk....tadaaa...




kenangan lama dah ni.. 18/08/2008.. 4 tahun lebih dah usia perkahwinan kami... omeiii dak muka zaman muda remaja kami?? pejam celik2x... termenung kejap... haishh... cepatnya masa berlalu... rasa baru jer semalam bertukar-tukar nombor telefon... ecewahhh.... ter-imbas kenangan bercinta pulakkk.... hohoho... hihihi... huhuhu... ok babai....



p/s : mengenai isu kawin awal, apa pendapat korang?

26 March 2013

Restoran Kahfi lagi...



Restoran Kahfi again and again
entah yang ke berapa puluh ratus kali ler ni agaknya
aii datang makan sini ni ekkk???? ~tak terkira doo!


order laicikang ngn jus kiwi..


2 tomyam putih, kerabu sotong, ayam kunyit ngn telor!
ermmm....sedap...sedap...sedap...
area wakaf bharu ni payah sikit nak jumpa kedai yang sedap-sedap
kat sini jer laa pilihan tekak kami, kalo takmo drive jejauh....hihihihi..
alwez aii order tomyam kan? hahaha.. my febreto tu! 


sayur febret : kacang peas



goreng kunyit udang/sotong dgn kcg peas



ni ler sayur kegemaran kami laki bini... hihi... biarpun ada yang cakap kacang peas ni tak sedap sebab ada bau 'maung' tapi kami suka..... kacang peas ni lagi sedap dari kacang buncis tahu? goreng kunyit bersama udang ke sotong ker.... hrmmm alamatnya makan bertambah-tambah laaaa kami.... (◕‿◕)


p/s : buh dalam megi pun sedappp!

25 March 2013

Majlis Perasmian Rumah Komuniti (CCH) Tumpat (3)




nampak tak pulut kuning kat atas meja depan tuu?
jaa kena bawak mende alah tu la
masa iring Dato KP sampai ke sini
berat betul. haishh nasib baik ler jaa ni jenis
tulang besi urat dawai...hihi...




Dato KP diminta untuk tandatangan plak
sebagai simbolik perasmian Rumah Komuniti Tumpat ini




mereka juga perlu tanam pokok
sempena Hari Tanam Pokok Sedunia
nampak tak jaa kat belakang tuuu? berkebaya hitam tuuu...
tukang pegang gloves ngn tisu jer pong....hahahaha.....




Hari Tanam Pokok Sedunia,
jabatan korang ada buat tak?




selesai semua majlis perasmian
ramai-ramai pakat makan pulak...
jaa masa ni, tukang tambah-tambah lauk jer...ahaks!




tuu haa rakan ofis jaa lagi...si mamamia...
tahu tak? keesokkannya, dia siap masuk metro lagi tau
sebab asyik duk sebelah iring Dato KP




see?? mamamia dalam metro tuuu...
femes sebentar dia...hihi... riuh dalam facebook
orang duk pakat tagged dan upload pic tuuu....ngeee!




masa ni Dato dah nak balik dah
oklah..babai... next time kita jumpa lagi ya...hihihi...

Majlis Perasmian Rumah Komuniti (CCH) Tumpat (2)


Kedatangan Ketua Pengarah AADK ke Rumah Komuniti Tumpat di sambut dengan meriah sekali. konvoi motor oleh sekumpulan belia, paluan rebana ubi dengan pelbagai persembahan hebat yang telah diaturkan oleh AADK Tumpat. YBHG. Puan Sri Dato' Zuraidah bt Mohamed hadir kesini untuk merasmikan Rumah Komuniti Tumpat pada 27 feb 2013.



Dato KP disambut dengan konvoi motor para belia


rombongan VIP dan VVIP  ke Rumah Komuniti Tumpat


disambut dengan paluan rebana ubi yang femes di Negeri Kelantan


tarian tradisional thai oleh gadis-gadis comel


adik Natasya turut mendendangkan 4 buah lagu..
suara dia....fuhh...memang superbb...


sesi bermonolog


Dato KP (berbaju purple) diiringi Pengarah AADK Kelantan (berkot)
dan dipayungi oleh rakan ofis jaa (mamamia) hehe...


yang duk pegang bunga manggar tu pun rakan ofis jaa jugak
Wan Nuralfishairil (kanan) dan Wan Rokimie (kiri)
jaa ada jugak kat belakang tu, duk pegang pulut kuning
tapi takde dalam gambar... ngee..ngee...ngeee....


antara VIP yang hadir
ada yang korang kenal tak? hehehhehee.....




p/s : nak tahu, apakah fungsi Rumah Komuniti ini? tunggu entry seterusnya ya...


Perasmian Rumah Komuniti (CCH) Tumpat : part 1



sesi hiaskan Rumah Komuniti (AADK)


pasang khemah dalam hujan renyai-renyai...


susun kerusi untuk hadirin yang bakal hadir


orang kuat di belakang dapur....hihi...


suasana di luar pintu masuk CCH Tumpat

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...