kelab blogger ben ashaari, KBBA,

31 May 2013

Pengumuman Mengenai GA Ke-2


Sepanjang 3 minggu akan datang jaa mungkin akan slow blogging.... btw jaa harap sume rakan blogger tak merajuk ngan jaa okeh. jangan kata jaa dah sombong taknak blogwalking pula... jaa benornya sepanjang 4-21 Jun nanti jaa akan ada final exam utk PJJ USM

Makanya, jaa mungkin semakin kurang blogwalking kot. by the way, disepanjang 3 minggu exam tersebut jaa dah siapkan banyak entry untuk diset kan autopublished.... so, korang even jaa tak online korang rajin-rajin ler singgah ek... hikhik...

Pada 1 Jun 2013 (esok) pula jaa akan lancarkan Giveaway ke-2. Hadiahnya takde lah ohsemm sangat. hanya sekadar 2 helai T-shirt dan 8 keping Photo Magnet (boleh letak gambar muka sendiri). syarat tak susah pun. jaa akan sediakan entry copy paste untuk korang nanti utk GA itu... GA ini akan berlangsung selama 3 minggu.

Bila di minggu exam, blogging memang akan menjadi sedikit slow pada waktu tu... so harap korang faham... dan jika korang ada pertanyaan penting, korang inbox jer facebook peribadi jaa yer... jaa akan alwez online kalo kat facebook ni.. muahahha... akaun twitter pulak, jaa memang ado. cuma jaa tak aktif jer... hikhik...



p/s : jgn lupa join GIVEAWAY Ke-2 jaa nanti ya!!

Bergambar Berdua Sajo!



anakku, fikri, jaa kechik, jaakechik, anak jaakechik, family, keluarga jaakechik, keluarga, haziq fikri,

anakku, fikri, jaa kechik, jaakechik, anak jaakechik, family, keluarga jaakechik, keluarga, haziq fikri,

anakku, fikri, jaa kechik, jaakechik, anak jaakechik, family, keluarga jaakechik, keluarga, haziq fikri,


sesekali bergambar dua beranak.... muahaha... dah takder keje nak buat... layankan sajo yerrr.... sila jangan muntah yer korang..... pic ni di snap sebelum kitorang nak kuar menyopping... masa tu boring giler kot duk tunggu bapaknya yang lama duk bersiap! kalah aii yang pompuan neh.... 


30 May 2013

Resepi Tomyam Bawang @ Kampung Grill



Nak Resepi Tomyam Bawang tak? alah mudah jer... letak bawang banyak-banyak dalam kuah tomyam makanya, jadik la tomyam bawang! muahahaha... macam yang jaa makan kat Restoran Kampung Grill. jaa order Tomyam Campur, tapi yang sampai Tomyam Bawang. kenapa jaa cakap macam tu? sebab... dalam tomyam tu penuh giler ngan hirisan bawang! adehh... sedih giler kot!


kampung grill pasir pekan, makanan di kampung grill, restoran kampung grill, sedap di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat menarik di kelantan,


selalu nya tomyam kat sini best! tomyam dia pekat, pedas+masam, kicked dan byk lauk! (dah hampir 10 kali jaa dtg makan kat sini) korang boleh refer entry ini : Kampung Grill Pasir Pekan. Dalam entry tu jaa citer yang tomyam kat sini best, tapi tak sangka lak malam ni ''lari'' lak rasa dia... bila jaa tanya pada pelayan dia kenapa dah tak ''kicked'' mcm selalu? rupanya tukang masak yang biasa masak tomyam tu bercuti.... ni tukang masak ganti.... ermmm... patut pongggg lain! lauk kurang, rasa pun kelaut.... bawang jer banyak ado! dalam gambar tu sikit jer tu nampak kan, tp yg duk dlm mangkuk lagi banyak ada! huh!


kampung grill pasir pekan, makanan di kampung grill, restoran kampung grill, sedap di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat menarik di kelantan,


by the way, untuk menu lain seperti Ayam Paprik masih sedap di tekak jaa....


kampung grill pasir pekan, makanan di kampung grill, restoran kampung grill, sedap di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat menarik di kelantan,


Kerabu Sotong ni pun sedap juga.... kiranya utk malam tu, hanya failed di Tomyam jer lah... but Tomyam ini lebih ok rasanya berbanding ngan tomyam yang jaa makan di Restoran Parameswara Melaka hari tuu... tomyam kat kedai tu lagi lah kelautttt..... rasa tah hape-hape! jaa pulak kalo makan kat luar, tomyam wajib jaa akn order. sebab tu pebret jaa... hahaha..




p/s : nak tahu kat mana Tempat Makan Menarik di Kelantan??  <BACA SINI>

29 May 2013

Menu Baru KFC : Korean Burger



kfc, kepsi, makan kfc, resepi ayam gorang kfc, menu baru kfc, korean burger kfc, ayam baru kfc, kfc tesco, makanan,


1 Set Combo Korean Burger KFC ni RM11.00 kot regenya..lupa dah..
jaa pergi sini (kfc kbmall) lepas dibodek en.suami ni...
orang ajak dia makan Nasi Arab dia nak melencong kesini pulak
tak habis-habis ngn kepsi dia.....


kfc, kepsi, makan kfc, resepi ayam gorang kfc, menu baru kfc, korean burger kfc, ayam baru kfc, kfc tesco, makanan,


ini lah rupa Korean Burger iteww bila dalam iklan (jaa snap di Pamplet)
sangat menggoda nafsu perut my laki.... FYI, kepsi ni pebret my en.suami tau!


kfc, kepsi, makan kfc, resepi ayam gorang kfc, menu baru kfc, korean burger kfc, ayam baru kfc, kfc tesco, makanan,


ni lak seketul ayam goreng yang bersalut Sos Pedas Korea ngn bijan
rasa sos ni, manis-manis dan pedas-pedas sikit...not bad laa jugak!


kfc, kepsi, makan kfc, resepi ayam gorang kfc, menu baru kfc, korean burger kfc, ayam baru kfc, kfc tesco, makanan,


bila diselak kulit ayam tu..woott..wootttt..seksi giloshh ok!
sgt sesuai utk yang nak tambah lelemak di perut mu yg gebu iteww....hahaha....


kfc, kepsi, makan kfc, resepi ayam gorang kfc, menu baru kfc, korean burger kfc, ayam baru kfc, kfc tesco, makanan,


ni si fikri yang eksyen buat pelbagai gaya masa duk makan kepsi


kfc, kepsi, makan kfc, resepi ayam gorang kfc, menu baru kfc, korean burger kfc, ayam baru kfc, kfc tesco, makanan,


macam-macam memek muka dia buat utk hiburkan kami


kfc, kepsi, makan kfc, resepi ayam gorang kfc, menu baru kfc, korean burger kfc, ayam baru kfc, kfc tesco, makanan,


jaa yang sibuk duk makan ni pun, sempat gak la klik-klik button kamera untuk kandid gambar si fikri ni, sampai habis comot-comot kamera... hihi... macam comel pulak dia bila buat muka macam gini... aikkk puji anak sendiri nampak? agaga.. sekali sekala puji anak sendiri kira ok lah kan? erkkk? boleh gituuu?



p/s : korang dah try menu KFC yang baru ni??



28 May 2013

Trafik Blog : Purata 600UV (4-17 Mei 2013)



trafik blog, tips blogging, nuffnang, tips naikkan trafik, trafik mingguan, trafik bulanan, tips 600UV,

trafik blog, tips blogging, nuffnang, tips naikkan trafik, trafik mingguan, trafik bulanan, tips 600UV,


Kat atas tu trafik blog yang jaa sempat printscreen untuk selama 2 minggu (4-17 Mei). even pada lingkungan 2 minggu tersebut jaa sedikit sibuk dengan assignment, tapi alhamdulillah trafik di blog jaa semakin meningkat berbanding trafik pada April iaitu sebanyak 500UV (refer entry ini).

Untuk minggu ni pula dilihat ada lagi peningkatan nya even jaa hanya mampu update 1 entry sahaja setiap hari... btw, tunggu ya. jaa akan printscreen pada sabtu ini ok.. cuma untuk hari Sabtu dan Ahad jer trafik kurang sikit (4-5 mei & 11-12 mei). maybe ramai tak ber-internet pada hari weekends kot! (^_^)



P/S : terima kasih pada readers yang rajin singgah ke blog jaa!!


27 May 2013

Cek RM50 Dari Iklan Exabytes : Rezeki Blogging!



Alhamdulillah... cek yang ditunggu dari Exabytes dah pun sampai ke tangan jaa pada Sabtu lepas. bayaran yang diterima sebanyak RM50 membuatkan semangat jaa untuk aktif blogging semakin naik! saper tak suka dapat duit kan? dapat dari hasil berblog pula tu... bukan kena jual produk pun. just sewakan ruang iklan di blog sahaja.... hari pertama jaa letak iklan exabytes ini ialah pada 26 April 2013 (Refer Entry Ini) dan pada 25 Mei pula tarikh cek ini sampai... cepat sungguh!


cek exabytes, buat duit dengan exabytes, buat duit dengan blog, hasil blogging, rezeki blogging, cara nak apply iklan exabytes, IKLAN EXABYTES,



Apakah Exabytes? Exabytes adalah syarikat yang menjual WEB HOSTING. Web Hosting tu pula adalah tempat penyimpanan data/content sesebuah website. pada sesapa yang berminat nak beli Hosting dari Exabytes, jemput ler klik banner di bawah header jaa atau klik sini : http://www.exabytes.com.my. kepada blogger yang ada trafik 350UV keatas pula, jom ler buat permohonan untuk letak iklan Exabytes di blog anda juga.... kalo tak tahu cara nak apply anda boleh rujuk  rujuk entry jaa yg ini : Tips : Cara Nak Apply Iklan Exabytes.


p/s : blogging mmg boleh buat duit...! yg penting tinggikan trafik!!!!


26 May 2013

Musim Kenduri Kawin Tiba Lagi



Setiap kali musim cuti sekolah, setiap kali itu lah jugak banyak kenduri kawin yang akan berlangsung. sana-sini sibuk nak kawin. jaa ni pun untuk minggu ni dah ada sebanyak 8 undangan kenduri kawin.... ada yang jemput melalui kad, ada yang jemput melalui facebook dan ada yang jemput mulut (tanpa kad).




untuk itu, jaa dah sesiap beli hadiah untuk pengantin bila ke Kbmall beberapa hari lepas... tunggu nak balut dan pergi saja... semua jemputan tu pulak, bukan semua jaa boleh pergi. sebab jaa jenis yang keje syif memang keje tak menentu. kengkadang syif pagi, kengkadang syif petang. malah di hari minggu pun jaa keje jugak... jaa punya hari off secara random! 3 hari keje, off 1 hari... dan gitulah seterusnya!




nampak gayanya buat seminggu ni boleh gantung kuali lah kan? tak payah nak masak bagai... hahaha... tapi buat sesapa yang darah tinggi, kena beringat tau bila makan kenduri nih. jangan duk pulun makan daging lembu atau kambing banyak sangat, nanti kang tak pasal-pasal jadik len pulak... orang sonok berkenduri kita sibuk kena warded! huhu... mintak jauh ler perkara tu.. 




p/s : korang banyak ke dapat undangan kenduri kawin untuk musim ini?


25 May 2013

Mengamuk Angkara Jeans Gangnam Style



Fikri ni kan, minat benar dia ngan Gangnam Style... Sekarang ni gi mana-mana mesti terpekik kalau tengok orang jual baju atau seluar ada gambar PSY Gangnam Style. Hari tu masa jaa gi Pasar Malam Wakaf Che Yeh, ada orang jual T-shirt PSY (made in thai) pastu terus dia tak bergerak, asyik duk tunjuk nak kan baju tu.... tapi bila jaa tengok saiz yang besar gedabak terpaksa lah cancel... menjerit dia duk sebut nak ''tai.. tai.. tai.. ''

anakku, fikri, gangnam style, hobi fikri, lagu gangnam style, peminat gangnam style, pengaruh gangnam style, ragam anak kecil,

Pastu tu pulak, di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor dekat tempat jaa keje ni ada laa orang yang jual jeans ada gambar PSY Gangnam, terus jaa beli untuk fikri sebab murah (made in thai jugak). bila wat balik umah kemain lagi fikri suka.... seluar tu siap ada lampu dan muzik lagi kalo kita tekan punat nya. (jaa beli sebelum gi Melaka hari tuu)

anakku, fikri, gangnam style, hobi fikri, lagu gangnam style, peminat gangnam style, pengaruh gangnam style, ragam anak kecil,

Sekarang ni, pantang tengok seluar tu tergantung di mana-mana pasti dia nak suruh amik dan pakaikan untuk dia... even tengah duk jemur sekali pun dia nak jugak... adoiii.. letih sungguh layan si fikri nih... skang ni dia makin kemaruk... hingga jaa kadang-kadang kena main sorok-sorok lak seluar jeans gangnam tu dari dia... muahahaha....

anakku, fikri, gangnam style, hobi fikri, lagu gangnam style, peminat gangnam style, pengaruh gangnam style, ragam anak kecil,

tengok lahhh... kuat dia menangis... bila takdapat apa yang dia nak... jaa tak bagi pakai sebab dia baru jer lepas mandi (kata pengasuhnya). hrmm...kelakar sungguh la si fikri nih! jaa pulak, saje jer nak tepek pic ni dalam blog, bukan apa satu hari nanti bila fikri dah besar jaa nak tunjuk entry ni kat dia.... biar dia malu! hihi....


24 May 2013

Deqla Manjew Gila Komen??


Deqla Manjew Gila Komen?? Ye, dia memang gila komen! hahahaha... Jangan marah tau Deqla Manjew.... alolo... mesti panjang muncung mulut dia kalo baca ni kan.... muahhahaha.... jaa post entry ini bukan nak mengata, tapi jaa nak puji!


blog deqla manjew, deqla manjew, deqla gila komen, siapa deqla manjew, http://norumara.blogspot.com,

 link untuk ke blog Deqla : http://norumara.blogspot.com


jaa nak puji sebab apa yang Deqla buat ni memang tak penah dibuat orang kot! sekali dia blogwalking ke blog jaa semalam, dia drop 53 komen sekaligus. diulang 53 komen sekali singgah ok! 1 komen untuk setiap entry yang dia missed utk komen sebelum ni... waaahaha... memang keje betul-betul gilak! koh..koh..koh... ~tiru trademark Deqla!


blog deqla manjew, deqla manjew, deqla gila komen, siapa deqla manjew, http://norumara.blogspot.com,


inilah Deqla Manjew yang rajin komen iteww! nampak gaya jaa kena bagi awards atau hadiah spesel untuk Deqla nih... muahahahaha... Deqla nak hadiah apa? cepat cakap meh... jaa bagi hadiah handbag preloved nak? ke Deqla nak hadiah penampar masak lemak cili api? kah..kah..kah..... sebanyak 53 komen yang dia drop... ada 2 komen yg menarik hati jaa... meh baca mehhhh!!


blog deqla manjew, deqla manjew, deqla gila komen, siapa deqla manjew, http://norumara.blogspot.com,


jawapan balas dari jaa : kau memang gila komen! muahahahaha... bab drop komen bebanyak mcm gini, memang tobat jaa takleh nak challenge kot..... jaa paling banyak pun drop komen 1-3 komen jer untuk setiap blog yg disinggah.... agaga!


blog deqla manjew, deqla manjew, deqla gila komen, siapa deqla manjew, http://norumara.blogspot.com,


jawapan balas dari jaa : camana nama ko takde Deqla oii dah tetiap bulan, kau pulun habis-habisan drop komen. even lama tak singgah ke blog jaa (maybe time ko buzy) but ko akan singgah gak... samada cepat atau lambat!!!! kan? kan? ~jaa pun tacingggg tahu?


blog deqla manjew, deqla manjew, deqla gila komen, siapa deqla manjew, http://norumara.blogspot.com,


see? the 53 comments awaiting moderation yang semuanya datang dari Deqla Manjew.... hahahhahaa....So, kesimpulannya, kalo korang nak orang komen banyak-banyak di blog korang, tirulah macam Deqla ni. Thats why jaa tak heran, setiap entry di blog Deqla mendapat puluhan komen dari blogger lain.... hihihi...


so, sesapa yang belum mengenali Deqla Manjew ni, jaa mohon cepat-cepatlah terjah beliau. terjah, follow dan drop komen di entry dia ok.... tak rugi tau... ehem-ehem... Deqla aii tengah promote u ni, ada hadiah untuk jaa tak? agaga!! ini link untuk ke blog Deqla, jangan lupa klik ya : http://norumara.blogspot.com


Nota kaki : hari ini Deqla tgh bersedih sebab kucing kesayangannya (SIZUKA) dah mati.... kesian dia tau.. Deqla ni memang minat bela kucing. malah dia dan suaminya berkongsi minat dan hobi yg sama juga iaitu suka kucing dan suka tgk tengok wayang!! untuk Deqla, terima kasih tau singgah komen-komen di blog jaa... akhir kata, jaa doakan semoga Deqla cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.... amin!!


Jom Print Jadual Exam PJJ USM : Saya Sudahh!!



Assalamualaikum.... (^_^)


halllluuuuuu..... wassup wassup.... sihat kah korang hari ni? jaa sihat sesangat hari ni tau. btw hari ni jaa nak bagitahu korang yang bulan depan jaa ada exam dah.... wuhuhu... makna nya jaa akan makin slow blogging lah kot buat 2-3 minggu akan datang ni haa.... sibuk nak study katakan... agaga.... tapi masa tu jaa akan anjurkan 1 Giveaway simple untuk followers di blog jaa kot.... hihihi...


Cuti Tanpa Rekod (CTR) dah siap diisi dua hari lepas.... bestnya dpt cuti bergaji! dan minggu lepas jaa dah pun selamat print out jadual exam dan juga slip utk menduduki exam... pada pelajar pjj usm yang masih tak tahu kat mana nak amik jadual tu, ni haa jaa ada share kat bawah ni haaa..... jom cekidouuut!!

step 1 : klik ke pautan ini : http://registry.usm.my/examtt/jadual.asp


jadual exam pjj, DOWNLOAD BORANG brim, download jadual exam, exam pjj, print jadual pjj, info pjj usm, pjj usm, pengalaman belajar pjj usm,


step 2 : klik 'jadual individu' seperti yg jaa bulatkan tuuu....


jadual exam pjj, DOWNLOAD BORANG brim, download jadual exam, exam pjj, print jadual pjj, info pjj usm, pjj usm, pengalaman belajar pjj usm,


step 3 : klik 'jarak jauh'.


jadual exam pjj, DOWNLOAD BORANG brim, download jadual exam, exam pjj, print jadual pjj, info pjj usm, pjj usm, pengalaman belajar pjj usm,


step 3 : masukkan no. kad pengenalan


jadual exam pjj, DOWNLOAD BORANG brim, download jadual exam, exam pjj, print jadual pjj, info pjj usm, pjj usm, pengalaman belajar pjj usm,


step 4 : tadaaaaa....keluarlah jadual exam anda! boleh laa print!!!!



nota penting : jangan lupa print out slip exam jugak nanti yer.... (print di : campus online) kalau korang lupa bawak slip exam (masa dlm dewan), automatik korang akan direject tahuuuu?? so, jangan lupa yaaa.... print 2 keping lagi ok kot. 1 letak dalam wallet/purse, 1 lagi letak dalam pensel case, poket or etc...etc.... heeee!





p/s : selamat menduduki exam untuk semua!!!!!! wish me luck yep!!


23 May 2013

Terjumpa Apex dan Leuniey di Kampung Grill


salam dears!!


beberapa minggu lepas jaa ada wat entry yang jaa gi makan Pizza Free masa lepas ke USM kan? pastu pada masa yang sama en.suami jaa pulak ke stadium untuk tengok bola Kelantan lawan Felda. then, bila en.suami jaa dah selesai tengok bola dan jaa selesai makan pizza, kitorang pun pegi ke Wakaf Che Yeh (WCY) pulak.


apex, leuniey, leuniey bertudung, apek dan leuniey,


lepas kami balik dari WCY, kami singgah pulak minum di Kampung Grill Pasir Pekan. kat situ tak sangka pulak boleh terjumpa pasangan glamer Apex dan Leuniey ni. mereka duk makan kat kedai tu jugak... maybe letih main bola diorang pun dinner kat situ la pulak kot... so, kami yang jakun ni pun apalagi snap-snap ler gambar bersama.... hihi... jgn jeles yerppp, korang!!


leuniey natasha bertudung, leuniey pakai tudung, apex, leuniey, leuniey bertudung, apek dan leuniey,


dan hari ni, jaa terbaca pulak di Blog Kak Nik, yang Leuniey Natasha ni dah mula bertudung dah tau... ermm.. comel jer dia... nampak bertambah manis dan sopan.... katanya dia dah mula bertudung sejak 20 mei hari tuu.... tahniah Leuniey! semoga anda lebih istiqomah dalam menutup aurat.... jaa cilok ayat Kak Nik ni.. hihi...



p/s : ramai retiss dah mula bertudung...alhamdulillah!!


22 May 2013

Gangnam Style di Pagi Hari


salam sejahtera untuk semua pengunjung jaakechik corner!!


jom tengok reaksi si fikri yang over excited terhadap Video Gangnam Style... jaa pun tak tahu lah camana nak buat. suka sangat dia tengok dan dengar muzik lagu gangnam tuh.... dah ler penari dlm video tu seksi meksi, iskhh.. risau sungguh rasanya!


hobi fikri, fikri, anakku, gangnam style, lagu gangnam style, pengaruh gangnam style, peminat gangnam style, budak comot,

hobi fikri, fikri, anakku, gangnam style, lagu gangnam style, pengaruh gangnam style, peminat gangnam style, budak comot,

hobi fikri, fikri, anakku, gangnam style, lagu gangnam style, pengaruh gangnam style, peminat gangnam style, budak comot,

hobi fikri, fikri, anakku, gangnam style, lagu gangnam style, pengaruh gangnam style, peminat gangnam style, budak comot,


pepagi hari celik jer mata, terus dia melompat naik atas kerusi suh on PC dan cakap nak tengok, ''Tai... tai... tai... ''. bila kita bukak video tu, terus dia amik headphone letak kat telinga sendiri. padahal kita dah on kan speaker besar kat bawah dah.... (so, headphone tu takde bunyi laa...haha). eksyen sungguh dia!! sekali tengok lagak dia dah  macam orang besar pulakkkk......



p/s : semalam fikri demam...pagi ni nampak sihat pulak dia. alhamdulillah!

21 May 2013

Ajihs Nasi Lemak 80 Sen di Guchil Bayam



ajihs nasi lemak, ajihs nasi lemak 80 sen, makanan di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan, piya dan ajihs nasi lemak, kaitan piya dan ajihs,


ni kisah minggu lepas punya ni... weehehe! lama betul duk tangguh. baru hari ni sempat entrykan. punya lah sibuk tuan blog ni kan. buat apa lah agaknya dia untuk minggu ni? studyyy kah? ohh tidak!! jangan kata nak study, belek buku pun tak. hahahhahaa... teruk sungguh la. exam nanti aku nak jawab apa tak tahu larr... agaga! kalo dalam exam tu kuar soalan mengenai blog kan best! eh, boleh giteew?!


ajihs nasi lemak, ajihs nasi lemak 80 sen, makanan di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan, piya dan ajihs nasi lemak, kaitan piya dan ajihs,


ok, takmo cakap banyak meh jaa nak story mory kat korang kisah dinner kami malam itu. bila? erkk...sory lupa dah... haha.. masa kitorang keluar nak gi makan hari tu, kami benornya belum putuskan nak gi makan kat mana-mana. main redah jer pergi. dari wakaf bharu kami terus straight ke kubang kerian... pastu tak jugak jumpa kedai yang berkenan dihati...




lastly kitorang melencong dan meng-ushar hinggalah sampai ke Demit dan Guchil Bayam.... dan akhirnya kami tersinggah makan di Restoran Ajihs Nasi Lemak 80 Sen ni haaaa...... kenapa nasi lemak dia 80sen? eh, 80 sen, ada ke?? kenapa? korang tak percaya ke zaman sekarang ni masih ada lagi nasi lemak 80 sen?? haaaa... jom tengok gambar nasi lemak yg rege 80 sen kat bawah ni :

ajihs nasi lemak, ajihs nasi lemak 80 sen, makanan di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan, piya dan ajihs nasi lemak, kaitan piya dan ajihs,


tu laa rupa nasi lemak berharga 80 sen... muahahhaa.. patut ler 80 sen.... cinonet jer isinya... ikan bilis pun tak berapa nak ado. kalo dikira pun, maybe seekor jer kot anak bilis yang ada.... hek..hek..hek...  nasi lemak 80 sen memang hado, tapi gitu jer la portion nya. nak makan banyak kena order yang lain! hihi.. ekceli ni first time kami makan kat sini ni....


 ajihs nasi lemak, ajihs nasi lemak 80 sen, makanan di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan, piya dan ajihs nasi lemak, kaitan piya dan ajihs,


kedai ni femes di kelantan sekarang ni. sebab ada citer hebat disebalik restoran ni tau. sebelum ni ramai yang kata kedai ni, kedai PIYA (kapten bola sepak kelantan), ada gak yang kata kedai Ayah PIYA. tapi ramai yang berkata sume tu SALAH! citer sebenarnya ialah, kedai ni dah menaja Piya, kiranya macam Piya tu jadik Duta dia ler....


ajihs nasi lemak, ajihs nasi lemak 80 sen, makanan di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan, piya dan ajihs nasi lemak, kaitan piya dan ajihs,


kat dalam kedai nasi lemak ni, siap ada jual barangan The Reds Warrior yang ori lagi tau... kedai ni memang akan meriah bila ada perlawanan bola (masa jaa gi ni takde bola). kedai ni dgn, skrin besar nya yang kat tepi kedai, dengan gambar2 Piya yang tergantung besar-besaran di dinding kedai, membuat kan kedai ni makin femes di kalangan peminat bola! plus lagi kedai ni bukan stakat jual nasi lemak sajo, satay dan masakan panas pun ada! kat bawah ni gambar nasi lemak yg 'dah selamat' jaa makan hari tu... hehehehe.... (yg ni bukan rege 80 sen tau, maybe dlm RM4 kot!


ajihs nasi lemak, ajihs nasi lemak 80 sen, makanan di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan, piya dan ajihs nasi lemak, kaitan piya dan ajihs,


sedikit info : Piya mencetuskan fenomena yg hebat untuk kedai ni bila dia berjaya menjaringkan gol cantik untuk kelantan semasa perlawanan dengan Selangor tak lama dulu (2012). selepas bolanya 'GOL' (penalti) Piya telah berlari sambil menanggalkan jersi beliau sambil menayangkan singlet (bhgian dalam) yang terpaparnya slogan 'Ajihs Nasi Lemak 80 Sen'. maka, disebabkan tindakan Piya itu, dia telah diberikan kad kuning oleh pengadil. haha. hebat tak PIYA? berani sungguh dia! kat bawah ni video masa Piya wat gol sambil tayang iklan baju... jom tengok....




apapun entry jaa hari ni bukan nak citer mengenai kisah / rahsia kaitan antara Restoran ni dengan Piya, tapi jaa nak citer mengenai kisah pengalaman kami makan kat sini aje... haha.. tapi termelencong pulak... soryyy naaa... muahahahaha....but sharing is caring! ye daaaakkkk? sajer citer kot masih ada yg belum tahu kisah disebalik restoran ni, hihi.... (^_^)


 ajihs nasi lemak, ajihs nasi lemak 80 sen, makanan di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan, piya dan ajihs nasi lemak, kaitan piya dan ajihs,


untuk malam tu jaa order, 1 pinggan nasi lemak + ayam goreng, en.suami jaa order nasi tomyam + telor dadar dan untuk fikri pulak jaa order sepinggan satay. pastu Milo Ais 1, Milo O Ais 1 ngan Teh O Limau. total makanan kami malam tu RM21. agak murah juga bagi kami! harga standard macam kedai lain gak laa kan?


 ajihs nasi lemak, ajihs nasi lemak 80 sen, makanan di kelantan, tempat makan best di kelantan, tempat makan di kelantan, piya dan ajihs nasi lemak, kaitan piya dan ajihs,


so far tomyam dan satay dia agak sedap jugak di tekak jaa. tapi untuk nasi lemak tak berapa kot.  tapi entah ler mungkin disebabkan jaa yang tak biasa makan nasi lemak tetengah malam kot. hikhik. biasanya org kelate ni, nasi lemak sesuai utk brekfes jer tau. utk makan petang atau malam, mcm tak sesuai sikit larr... heee! btw, kedai ni mmg femes di kelate pada ketika ini!!



ni gambar Piya yang jaa cilok dari facebook :  Ajihs Nasi Lemak 80 Sen


20 May 2013

PJJ USM : 8 Perkara Yang Anda Patut Tahu






Salam dears! kali ni jaa rasa terpanggil untuk buat entry khas mengenai PJJ USM. ewahh... ayat tak menahan! bajet hot ler teww! muahaha! benornya gini, sejak dua menjak ni jaa makin dapat banyak pertanyaan mengenai PJJ USM, bukan setakat di email, tapi di facebook  pun byk! rata-rata nak mintak tips dan panduan mengenai PJJ. tak kurang jugak yang tanya pasal yuran, asrama dan macam2 lagi laa... so kali ni jaa nak citer ngan lebih details ok... hope dapat membantu sesapa yang masih blurr-blurr mengenai PJJ USM ni haaa....



info pjj usm, intensif pjj usm, kelas pjj, orientasi pjj, panduan pjj usm, pelajar pjj usm, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, tips pjj usm, yuran pjj usm,


PJJ USM : 8 Perkara Yang Anda Patut Tahu



1. Syarat Kemasukan

syarat kemasukan tersangatlah best! kenapa jaa cakap macam tu? sebab.... yang ada SPM pun boleh apply PJJ untuk program degree ni, tahu dak? tak percaya ke? anda harus lah percaya sebab jaa sendiri pun memang apply ngn SPM jer pong. jaa mana ada STPM/DIPLOMA. so sila percaya ok... apa pun apply jer dulu bila tawaran PJJ USM ni dibuka lain kali yer. dapat ke tidak, belakang kira. yang penting kita dah usaha. ye dakk? bila dah usaha, kita tawakkal! (sambil doa dalam hati... mintak-mintak dapat....) hehehehee! nak tahu bila tawaran tu keluar? anda kena la rajin check di :  https://pohon.usm.my


2. Tempoh Pengajian

tempoh pengajian bagi Program Pengajian Jarak Jauh (PPJJ)  di Universiti Sains Malaysia adalah selama 4 tahun sahaja. belajar PJJ di USM sangat menjimatkan masa. sebab, biasanya bagi program PJJ di Universiti lain normally selama 5 tahun kot. kiranya tempoh PJJ di USM ni macam ni,   1 semester = 1 tahun. maksudnya, jika korang nak extend ke hape ke, korang kena extend selama setahun lah. bukan 6 bulan. faham dok?


3. Yuran Pengajian

yuran pengajian PJJ USM paling murah, jika nak dibandingkan dengan harga di Universiti yang lain. bayangkan untuk kos yang jaa ambil (SAINS KEMASYARAKATAN), hanya RM1500++ sahaja setahun (bagi tahun pertama). yuran pula boleh dibayar secara ansuran 2 kali. cth mcm jaa dulu, memula jaa kena bayar RM900++ sebelum orientasi (julai 2012), lepas tu ansuran kedua adalah RM615.50 pada bulan april 2013. yuran bagi tahun kedua dan seterusnya adalah sama, iaitu RM1231 setahun. setiap ansuran RM615.50 (tarikh pembayaran akan ditentukan pihak usm). klik sini untuk lihat cara pembayaran yuran online.


4. Kursus Orientasi

Kursus orientasi WAJIB HADIR. biasanya kursus orientasi ini adalah selama lebih kurang 4-7 hari (kena stay di kampus induk). bagi yang sedang dalam pantang/sakit atau ada apa-apa masalah yang tak membolehkan korang hadir ke Kursus Orientasi ni, maybe korang boleh buat pengecualian kot. apa-apa pun korang mesti berhubung dengan pihak PPJJ USM. boleh call ke nombor ini : 04-6533888. aktiviti semasa orientasi ialah pendaftaran kursus, proses kad matrik, agihan buku/modul dan macam-macam lagi laaaa...... but jangan risau takde istilah ragging ataupun buli ok! entry jaa mengenai orientasi disini : Kursus Orientasi Julai 2012


 info pjj usm, intensif pjj usm, kelas pjj, orientasi pjj, panduan pjj usm, pelajar pjj usm, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, tips pjj usm, yuran pjj usm,  

nota : Pelajar PJJ pun boleh dapat  Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M).


5. Kursus Intensif

Kursus ini juga WAJIB HADIR (kena stay di kampus induk). biasanya kursus ni akan berlangsung selama lebih kurang 2-3 minggu. biasanya pada antara bulan Januari-Februari. semasa kursus intensif ini lah, semua pelajar PJJ USM akan berkumpul, masa ni meriah giler kot suasana dalam USM. boleh jammed jalan-jalan dalam perkarangan USM. hihi...korang boleh bayangkan tak berapa ramai manusia yang akan hadir? student dari 1st year hingga la ke tahun akhir....semua akan berkumpul! aktiviti masa Intensif ialah, kuliah dan exam! jom baca entry jaa mengenai : KURSUS INTENSIF Jan 2013.


6. Kelas / Sidang Video

Kelas belajar PJJ dipanggil sbg Sidang Video. tempat belajar adalah mengikut pusat wilayah masing-masing. macam jaa yang stay kat kelantan ni, pusat wilayah jaa adalah di Kota Bharu. iaitu di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (sebelah HUSM). kelas belajar tu pulak, kita takde nya boleh jumpa lecturer 'live' tau. kita just dihidangkan ngan Video jer. ala-ala 3G gitu haaa.... so, bukan lecturer tu mengajar kita kat depan macam biasa, tp dia ajar kita melalui video... sidang video tu lebih kurang 1 kali atau 2 kali dlm sebulan. anda boleh tengok contoh sidang video disini  : SIDANG VIDEO PJJ.


7. E-Portal

kalo korang taknak pergi kelas pun takpe benornya. sebab.... sume modul/bahan belajar akan di upload oleh lecturer dalam Eportal (website utk pelajar PJJ). jika korang tak pergi ke kelas sidang video tu pon, korang still lagi boleh repeat tengok video tu bebanyak kali kat Eportal tu haaa... so mudahkan? utk nota pula, kita kena download dan print out sendiri di Eportal. cuma korang kena rajin-rajin login akaun Eportal korang tu laa, kalo tak buka konfem korang takkan tahu apa update/info terbaru dari lecturer mengenai assignment atau apa-apa sahaja yg berkenaan.


8. Tempat Peperiksaan (EXAM)

tempat exam adalah di Pusat Wilayah masing-masing... kita tak perlu ke Kampus Induk di Penang pon. so, senanglah kan? camana rupa dewan exam tu, jaa pun tak tahu camana kedudukan atau persekitarannya lagi, sebab jaa ni pun next month (Jun 2013) baru ada final exam untuk first year ni haa... so korang, wish me luck ya! hihihi.. Exam jaa adalah selama 9 hari. bukan berturut-turut tapi bersenggang hari... insyaALLAH utk suasana dewan exam nanti, jaa akan update bila jaa dah ada experience ok!!


Update 1 : bagi yg kerja gomen, utk ke kursus orientasi anda kena amik Cuti Tahunan/Cuti Rehat (CR). manakala utk kursus intensif dan final exam anda boleh dapat Cuti Tanpa Rekod (CTR). bagi yg kerja swasta, tak tahu lah pulak jaa, cemana pasal cuti tu... apapun tertakluk pada jabatan anda. (^_^)

Update 2 : MUET kalo belum ada takpe. boleh je amik masa kita belajar PJJ. Exam muet dibuka 3 kali setahun. apply DISINI. tapi kena beli no.pin dulu di BSN yang berharga RM100.

Update 3 : Nak tahu bagaimana suasana dewan peperiksaan semasa Final Exam di Pusat Wilayah tak?? okey korang boleh KLIK SINI.

Update 4 : pelajar PJJ USM boleh apply biasiswa JPA atau pinjaman PTPTN atau pengeluaran wang KWSP untuk membayar yuran pengajian. anda boleh terus apply setelah mendapat surat tawaran belajar dari USM.

Update 5 : Pembelajaran adalah menggunakan Bahasa Melayu. pakaian untuk ke Kursus Orientasi, Kursus Intensif atau Final Exam adalah bebas....!! asalkan sopan....!!

Update 6 : Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) akan di agihkan semasa Kursus Intensif. tarikh dan tempat agihan akan di  war-warkan di E-Portal nanti.





Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :
DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...