kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 November 2013

Klinik Ikhtiar dan Sangkapura Seafood



Pada khamis lepas (28 sept) kami laki bini ke klinik lagi....

Kami ke Klinik Ikhtiar di Wakaf Che Yeh. kali ni bawak fikri jumpa doktor lak. hari tu gi amik ubat jer di Klinik Kamaludin di Pengkalan Kubor.


klinik di kota bharu, klinik ikhtiar, klinik ikhtiar wakaf che yeh, no telefon klinik ikhtiar,


Pergi ni pun sebab stok ubat dah nak habis. alang-alang dah nak habis gi jumpa doktor terus for antibiotic. demam fikri kali ni susah nak kebah.

Jenis kuman degil agaknya. hahah!

Walau klinik ni jauh, kami tetap gigih pergi even hujan lebat. en.suami pulak kepala dah tintong. half way, terus mintak tukar driver.  dia ngantuk. cannot drive anymore.


 


Tengah tunggu turn di klinik pun dia sempat terlelap.

My en.suami dah mula ada simptom nak berjangkit demam ngan kitorang agaknya. yelaa, dia kan gi keje ngan motor jer, jadiknya lebih terdedah ngan hujannnn alwezzz...

Si bini syokk drive kete gi keje. huhu. dah kete ada satu. apa nak buat... kang ada rezeki lebih kita beli la Cik Alza Putih idaman kita tu yer bang..

Tunggu En.PM naikkan gaji pokok ke 2K duluuuuuu... kah3..


klinik di kota bharu, klinik ikhtiar, klinik ikhtiar wakaf che yeh, no telefon klinik ikhtiar,


Then lepas jumpa doktor, hasilnya dapat ler 3 jenis ubat. Total RM22.00. sesapa yang area kelantan nak ke klinik ni, ni dia no.telefon klinik ikhtiar ni, 09-7470377.

Fikri kalo demam or sakit memang kat sini ar tempat kami tuju. serasi dengan fikri. doktor ni berbudi bahasa, pandai layan mood patient. 

Friendly and Humble! murah pun ye gak! (^_^)




Jaa beli jugak kool fever untuk tepek di belakang badan fikri. nak tepek kat dahi tak boleh. dia asyik nak buang. so jalan penyelesaian jaa tepek kat belakang! kih3.

 


Korang pun tengkiu tau coz doakan kesihatan kami anak beranak. jasa mu ku kenang sampai bila-bila! cewaahhhh.... bersopan gituuu.... hiks!

Moga-moga fikri cepat sembuh hendaknya.. Amin! selagi tak sembuh, selalu tu duk merengekkk manjangg.. dan selagi tu lah kami tak tenang.


restoran sangkapura, sangkapura seafood,


On the way balik klinik, kitorang singgah di Restoran Sangkapura for our dinner. ni second time kitorang ke sini. masa 1st time dulu kurang best.

Servis lembabbb..

3 tahun tak datang. kali ni kami singgah lagi...heee!

Second time datang ni dah okey. puas hati. lajuuu je makanan sampai. walaupun ramai pelanggan time tu. 3 tukang masak dia ada (jaa sendiri tanya). agaknya owner dah bertukar kot.

Sebab kedai pun 100% berubah.


 restoran sangkapura, sangkapura seafood,

Rasa makanan kat kedai ni pun not bad laa... harga pun murah RM24.00 sajoo untuk lauk malam tu. ayam masak pedas, belut masak apa tah, tomyam seafood pastu telor!


 restoran sangkapura, sangkapura seafood,


Ni budak yang demam tu. malam tu makan jugak dia nasi dalam 5-6 mulut. pastu takmo dah... dia takde selera. tapi bab melasakk mampu jer dia...

Jatuhkan sudu, jatuhkan bekas tisu, sepahkan tisu.... iskh malu mak!

Fuhhhh.... sabauuu je laa...


29 November 2013

Hang-Out With 3 Dara Pinggitan



Misi mencari baju baru for majlis wedding adik ipar pada 14 Disember 2013. kaler tema is hijau tua aka hijau pekat untuk majlis menyambut menantu nanti.

Hadooiii susah oiii nak mencari design baju yang secocok ngn kaler tema tuh. ada yang cantik..... terlebih mahal pulokkk... ada yang comel, saiz besauuu. 

Ada yang berkenan... jenis hijau lain puloppp...

Hemmm... geram sungguh!

Puas posing KBMALL, puas menapak Butik PEACE. 2 di kota bharu. 1 di KBMALL. tak jugak jumpa baju yang sesuai ngan kehendak hati dan kehendak poket! :)


 


Setelah puas pusing, akhirnya jumpa gak baju anak-anak sedara en.suami. baju en.suami pun dapat gak, kaler betul-betul sedondon ngn fikri.

My en.suami nakkan kemeja. tapi non hado kaler hijau terangggg. kalo ado pun kaler hijau yang bercampur-campur ngan kaler lain. 

Dia nak kaler hijau banyok. jenis plain pun takpe. tapi takde.

So pasrah sajoo..

Dalam ramai-ramai tu, jaa sorang jer belum beli lagi. takde yang berkenan di hati. kena kena gi cari di Kubang Kerian pulak 1 Dis ni...

Yang deme lain sume ado dah. tapi tak berapa nak hijau tua jugak. ada hijau lumut. ada hijau apple. dah lari banyak dari tema asal yang hijau tua.

Tang baju tu kita tayang nanti majlis wedding tu la ek.. tak seperais pulok kalo tayang awal. anak-anak sedara en.suami sume nya beli baju jenis peplum. 

Hoverrr betoi. bab dressing sume takmo kalah. sume nak vogue!

Alamatnya kalah ler pengantin nanti.




Lepas shopping di KBMall kitorang ke Wakaf Che Yeh lak. misi kali ni nak cari peplum for budak pompuan cilik yang tengah tuh. payah nak jumpa saiz dia.

Puas keliling tak jumpa jugak peplum hijau tua untuk saiz dia. kesudahannya, kaler dia memang lariiiiiiii dari tema asal. so terpaksa pasrah jugak... hikhik...

Kesian ko samirah!

 


After shopping, agak-agak kaki dah lenguh kami singgah makan lagi. kali ni pakat makan Maggi Celop! ermmm... sedakkk oii... maggi dia lak maggi siam... best3x...



Ni rupa maggi celop. mana la tahu kot ada yang tak kenal. mee atau maggi celup memang makanan femes di kelate. kat mana-mana pergi pun memang senang nak jumpa.

Lebih kurang macam mee sup jugakkk...

 


Gambar jaa takde dalam gambar ni. sebab takde yang sudi amikkan gambar daku. nak camwhore sendiri cam memalu lak depan bebudak... muahaha... 

Makanya redo je la gambar ku takde.... hrmm... sedihh.. 

Dah ler baju jaa belum jumpa lagi.

Mmmm sedih kuasa dua!


CPUV ke-14 : Southville Discovery



BE/CPUV nuffnang, cara nak dapat BE/CPUV, cpuv nuffnang, earning iklan cpuv, cash out nuffnang, cek nuffnang, buat duit dengan nuffnang,

Rezeki CPUV dari Nuffnang kali ni datangnya dari iklan Mah Sing Southville Discovery. Terima kasih kerana sudi beriklan kat blog jaakechik.com nih.

Buat advertiser atau peniaga online yang nak beriklan di blog jaakechik, u'alls boleh refer pages ini ''Sewa Iklan'' untuk makluman harga pengiklanan mengikut saiz banner.

BE/CPUV nuffnang, cara nak dapat BE/CPUV, cpuv nuffnang, earning iklan cpuv, cash out nuffnang, cek nuffnang, buat duit dengan nuffnang,

Pagi 29hb November ni, jaa dah sesiap tekan cash out Nuffnang buat kali ke-3. amountnya sikit saje. lepas ler wat 2 kali bayar yuran tahunan domain dotcom ni. 

Nampak macam senang nak buat duit melalui blog. tapi susahh.... kena sabar banyak-banyak.. cash out pertama setelah setahun dua bulan pasang Nuffnang (RM50.46).

Cash out kedua, setelah 5 bulan (RM55.61). cash out ketiga ni pulak setelah 2 bulan duk kumpul earning. dapat la sebanyak (RM67.36). jadi la dari takde.

Hope coming soon dapat cash out tetiap bulan pulak!

Verangannnn...... lalala....  (^_^) (^_^)


28 November 2013

Demam Berjemaah




Muka orang demam selesema. tak ceria macam selalu lagi dah... tak larat nak senyum... musim demam selesema skang ni kan.. jap hujan jap panas... 


Ni muka sehari sebelum demam. masih ceria even no spek. no lens. no lipstick. nampak pucat je kannn? tapi masih cantekkk sebab guna kamera 365! 


Bila tak sedap badan, tekak asyik duk mintak nak makan sup mannjanggg... baru lah selera sikit... sup gear box, telor dadar dan sambal. licin pulunn... keh3..


Jaa kena demam selesema teruk masa hari isnin hari tu. demam berjemaah ngan fikri. pastu apa lagi terus lelaju gi amik ubat kat Klinik Kamaluddin di Pengkalan Kubor.

Masa tu jaa keje. tak tahu pulak demam tu semakin teruk.


Nih hasil ubat yang jaa dapat. ubat batuk selesema dan ubat demam... ubat batuk cap kaki tiga yang jaa beli kat Seven E dulu tak berapa ngamm ngan jaa tau.

 Lepas makan terus gatal-gatal 1 badan. alergik ke hape tak tahu.. agaknya tak sesuai ngan jaa kot.. lepas sekali makan terus buang... tak sanggup duk tahan gatal ooo...


Untuk fikri pun jaa amik sekali jugak. ubat demam ngn ubat batuk. tang nama M.Aiman tu abaikan. adik manis yg kat kaunter ubat tu tersalah tulis nama.

Nama sebenar Fikri, Muhammad Haziq Fikri. ermm... nasib baik salah tulis nama jer. jangan tersalah ubat sudaaaa...

 

Esoknya, demam fikri makin tinggi. temperature naik ke 39C. uiii seram nengok nombor tu oiii... dia nangis non-stop.. siap air hingus meleleh bagai.. lastly bagi jaa sumbat ubat bontot pulak...


Fikri time demam gini arr dia. nangessss manjangggg... serba tak kena.. jap nak itu, jap nak ini. manja nya memang terlebih sudaaa... ngan abah dia langsung taknak. nak mama jer.

Semalam jaa buat nasi air. lajuuuu dia makan selepas panas demam dah kurang.. 2 kali gak la tambah. kiranya habis la dalam 2 senduk besar setelah seharian tak makan nasi.

Hari ni demam jaa dah okey. cuma ada lagi la selesema sikit-sikit.

 

Hari ni jaa dah start keje. setelah dua hari bercuti. Fikri pun pagi tadi nampak dah okey masa hantar kat rumah pengasuh dia. sejuk je dia. hope dah tak demam lagi dah... 

Jaa ngan fikri dah 2 kali batuk+demam+selesema musim ni, tapi my en.suami tak pulak berjangkit. biasanya dia arr selalu demam kalo fikri demam. dua beranak tu mudah berjangkit.

Kuat antibodi dia agaknya...


24 November 2013

CPUV ke-13 : International Autoparts



celotehku, cpuv nuffnang, BE/CPUV nuffnang, cara nak dapat BE/CPUV, Ciri-ciri blog untuk dapat iklan CPUV Nuffnang,



Rezeki CPUV datang lagi. kali ni dari Iklan International Autoparts. Menempel lah kamu kat blog daku ni lelama sikit yer... 

Nak jugak daku merasa earnings yang bertingkek-tingkek macam orang lain.... hahahaha... update blog malas, earnings nak banyok! 

Wakkk Luuu.....

Semalam dah kata mood blogging kelauuutttt kan, so update 2-3 baris sudahhh lah hari ni.... dari non hadooo... wehihi... (^_^)


23 November 2013

BORINGGG...





Salam dears... Jaa minggu ni mood kelaauuttt! 

Malas nau nak menebeng, nak menaip kat blog nih. even gambar banyok, mood nak mengarang tu tak berapa nak ado...

Plus lagi minggu ni minggu fokusssss for assignment. muehehe. alasan! bab nak mengelat sokmo ada alasan. kunun wat assignment. kah3.

Kau hadoo?

Kerja, kerja, kerja. boring oiii.... dah la skang ni musim hujan. alwez sejukkk! alangkah bestnya kalau dapat pi holidayyyyy.... hahahaha... 

Entry 2 dalam 1 ni. hope my en.suami baca nanti.. kekeke...

Takde apa nak membebel lagi dah. nanti mood dah mari, jaa update kembali yer. berderet ler muncul nanti tu.... tunggguuuuuu sajo lorrr....


p/s : meh layan nescafe panas dulu se-round....!!


20 November 2013

WW: Aku Suka Baca....









Member sekolah lama jaa inbox di FB ni
MOOD : Segan dan Termaluuuuu sendiri......!!


17 November 2013

Kuih Lompat Tikam



kuih lompat tikam, gambar kuih lompat tikam, lompat tikam, resepi kuih lompat tikam,

Kuih Lompat Tikam ni memang tersangat familiar di Kelate. jaa suka benar makan. kena yang terlebih lemak dan manisss memang dua bungkus pun boleh habiss... sruppp-srupppp seminit jer licin. kih3.

kuih lompat tikam, gambar kuih lompat tikam, lompat tikam, resepi kuih lompat tikam,

Harga Kuih Lompat Tikam ni murah jer bergantung pada sikit ngan banyak isi dia. biasanya rege dia RM1 atau RM1.50. yang jaa beli ni RM1.50 kot. lupa lak nak tanya rege coz beli banyak kuih hari tu.


Jaa pun sesaje menggatal post Gambar Kuih Lompat Tikam ni dalam WeChat. tapi tak sangka lak ada yg tak kenal kuih ni. maybe belah luar non hadooo kot. kat tempat korang adooooo ke? psstttt... psssttt.... Cik Nur, kalo nak try kuih ni meh arr kelate. nanti jaa belanja.... kekeke...


Sedikit selingan, nak add WeChat Jaakechik tak? moh ler scan My QR Code sekarang. (^_^). jaa tak aktif sangat. tapi kalo nak tanya something dan nak jaa jawab lebih cepat secara personal. jom le add. boleh sesembang. boleh bergossiiiipppp.... muahahaa...


16 November 2013

Tengok Cerita Hantu Durian





Ini salah satu adegan dalam Cerita Upin Ipin Penggembaraan Bermula. ni kiranya cerita upin ipin yang selalu fikri ni alwez tengok... part ni adalah masa Hantu Durian gi kejar kekawan Upin Ipin.




Dan ini gaya fikri bila tengok part hantu durian ni. mencicit lari duk di kerusi lain. buka PC kat tempat lain, tapi duk di kerusi PC lain....




Mata lak langsung tak berkelip. muka nampak cool tapi dalam hati ada taman. memula dulu lagi teruk, siap nangis-nangis lagi mai mengadu kat jaa yg dia takut. tapi tu dulu la, sekarang dah pandai cover line daa...




Nak tengok tapi takut. takut jejauh je laaa.. muahaha... kat umah jaa kan buka CC (kecilan) makanya banyak ler PC. boleh pilih memana yang berkenan kalo kosong, tapi tu lah, dia suka booked tempat dia sendiri. sampai customer lak kena beralah...


15 November 2013

Cek Ke-2 Nuffnang : RM55.61





Ini cek kedua yang jaa dapat dari Nuffnang. alhamdulillah. sikit-sikit lelama membukit. InsyaAllah. betul ke blog boleh buat duit? ya, blog memang boleh buat duit. nah, ini buktinya.

Salah satu caranya adalah melalui pemasangan Iklan Nuffnang pada blog! itu haa... iklan yang duk menempel di atas, tepi dan bawah blog jaa ni ler... cer cari? jumpa??

Ada banyak lagi cara untuk jana duit sampingan melalui aktiviti blogging. nak tahu camana lagi cara jaa dapatkan duit melalui blog, boleh rujuk entry ini : Blog Sebagai Pendapatan Sampingan.

Kelmarin jaa ada post berkenaan ini hal cek nuffnang ni di facebook. ada someone yang bertanya tips. hukhuk. ekceli, jaa pun still newbie dalam dunia blog ni. masih banyak yg tak  tahu.

Jaa tak pandai sangat nak explain lelebih. pengalaman jaa sikit je. baru setahun lebih aktif berblog. tapi apa yang penting, MANTAINKAN TRAFIK DULU ! trafik masyuk, insyaAllah duit pun bakal masyuk!

Nak ilmu lebih korang kena gi baca entry-entry lama dari blogger otai seperti Redmummy, Blog Bro Hasrul Hassan, tips blogging Ben Ashaari dan godek gak pasal teknik Asas SEO.

Buat blog hari ini bukan boleh terus dapat duit ye. jangan korang mengharap macam tu pulak. benda ni makan masa. lamaaaaaaaaa, baru boleh merasa ''manisnya'' blogging!


p/s : Pada yang nak beri pandangan atau cadangan, dipersilakan!

11 November 2013

Mee Udang Relax Cafe di Kutan



Jaa ke kelas Sidang Video (SV) di kubang kerian hari tu bersama en.suami. selalunya jaa pergi ngan Ana, tapi disebabkan kelas cuma 1 jam my laki pun ikut sama gak. siap bawak fikri lagik.

Sesambil tunggu jaa habis kelas selama sejam, my en.suami gi me-round dulu dalam Mydin Mall Kubang Kerian tuh. kendian kena mai amik jaa pulak kul 9pm.


harga mee udang, maggi ketam, mee bandung sedap, mee udang, mee udang di kelantan, mee udang kota bharu, mee udang kutan, mee udang sedap di kota bharu, mee udang yang sedap,


Selepas balik dari kelas Sidang Video (SV) tu pulak kami laki bini sempat gi ngetest Mee Udang di Kutan. kedai yang kami singgah ni namanya Relax Cafe.


 harga mee udang, maggi ketam, mee bandung sedap, mee udang, mee udang di kelantan, mee udang kota bharu, mee udang kutan, mee udang sedap di kota bharu, mee udang yang sedap,


Ekceli kedai ni femes ngan Maggi Ketam tapi dah masa kami tanya tu rege Meggi Ketam tu sepinggan RM28 hingget (ketam dia buh sekor je pon) makanya, kitorang makan Mee  Udang jer laa.. RM10 je sepinggan. kih3.


harga mee udang, maggi ketam, mee bandung sedap, mee udang, mee udang di kelantan, mee udang kota bharu, mee udang kutan, mee udang sedap di kota bharu, mee udang yang sedap,


Tak kuasa nak membazir duit. kah3. nak makan pun harus berkira dicatu bila di penghujung gaji ni, pempaham je laa kan. kami bukan ada kilang cop duit sendiri (^_^).


harga mee udang, maggi ketam, mee bandung sedap, mee udang, mee udang di kelantan, mee udang kota bharu, mee udang kutan, mee udang sedap di kota bharu, mee udang yang sedap,


muka orang tak sabar menunggu Mee Udang


harga mee udang, maggi ketam, mee bandung sedap, mee udang, mee udang di kelantan, mee udang kota bharu, mee udang kutan, mee udang sedap di kota bharu, mee udang yang sedap,


tetiba my laki bertukar jadi putih bila terkena flash. heeee!




Untuk air kami order milo ngan laici. buah laici tu pebret si fikri. sekarang ni gi lah memana pun mesti kena order air laici nih. stakat 2-3 bijik tu 2 minit jer licinnnnn....




Hah tu dia Mee Udang dah pun sampai ke meja kami. Harga Mee Udang ni RM6.50 untuk yang jenis biasa. ada udang, sotong, telor dan hayam. kiranya itu sikit, ini sikit ler. udang hok ni udang biasa.


harga mee udang, maggi ketam, mee bandung sedap, mee udang, mee udang di kelantan, mee udang kota bharu, mee udang kutan, mee udang sedap di kota bharu, mee udang yang sedap,


Yang ini pulak Mee Udang Galah. rege dia RM10 sepinggan. ada udang sajo-sajooo... ada 4 ketui. 2 kecik, 2 besar sikit. besar sikit jer la. tak banyak pun. ngeee!

Sengaja kitorang order makanan yang berlainan sebab nak tahu apa bezanya. pastuh kami makan bertukar pinggan dan bertukar lauk. kau makan aku punya, aku makan kau punya. hihihi.





Si fikri ni pulak ni first time jaa bagi dia makan megi dekat kedai yg berperencah. selalunya kalo makan kat rumah jaa tak letak perencah pun untuk dia, letak kicap jer.

Oleh kerana mee ni tak berapa pedas sangat jaa bagi gak dia rasa sedikit. tak letak kuah pun. letak mee sajo-sajooo... pahtu bagi dia makan telor..

Lagipun kitorang dah makan kat rumah sebelum keluar malam tu. tu yang tak order nasi tu. ikut kan hati jaa nak balik terus, tapi en.suami yang beria ajak ngedate!


harga mee udang, maggi ketam, mee bandung sedap, mee udang, mee udang di kelantan, mee udang kota bharu, mee udang kutan, mee udang sedap di kota bharu, mee udang yang sedap,


Okey moh kita zooom kasi dekatttt sikit Mee Udang Kutan ni. saje nak kasi korang terliur. Kedai ni femes di kota bharu tau. bila search dalam google ramai duk kata sedap.. sedapp... sedappp...

Cakap-cakap orang pun tak kurang hebatnya, sebut je mee ketam atau mee udang kutan sume nak kasi thumbs up! so jaa pun nak kasi thumb up jugak laaa... ermm 4/5 bintang... bolehhhh????


harga mee udang, maggi ketam, mee bandung sedap, mee udang, mee udang di kelantan, mee udang kota bharu, mee udang kutan, mee udang sedap di kota bharu, mee udang yang sedap,


Total yg kami makan malam tu RM20.80 sahaja. sekian citer kami kali ni, next time bersua lagi yekkk.... hehe.. jaa ni asyik citer hal makanan jer kan? ada yang boring kahhh???

Assignment menimbun tapi haku masihhhhh relax meng-update blog. apa nak jadi tak tahu lar... harharhar... bulan ni 2 assignment perlu di submit. next month lak ada 1.

Hari ni pon jejari ligat duk menaip kat microsoft word. rasa berpinar dah ni duk perah otak karang esaimen beribu words.... uhh pengsannnn....

Makanya, penawarnya adalah blogging pastu tidooooooo!!!



DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...