kelab blogger ben ashaari, KBBA,

23 January 2014

Assignment Tambahan Untuk Tambah Markah





Yang ini merupakan kuliah pertama jaa semasa di Kursus Intensif di tahun 2014 ini. kelas JKA216. masa ni  lecturer (Prof Dr Fatan Hamamah) bagitahu yang kitorang punya assignment FAILED!

90% dari kami semua buat assignment yang tidak menepati kehendak soalan... 90% tu dah sah-sah aku lah salah sorang dari mereka tu kan? hadoiii pening arrr!

Susah payah aku google point buat rupanya banyak yg salah...iskh!

Makanya, lecturer suruh kitorang buat 1 lagi assignment untuk "bantu" kitorang semua dapat markah lebih. kami kena buat 1 tugasan berkenaan "Tokoh-Tokoh Paradigma Sosial" by group.




20 orang 1 group... dan kena pilih orang yang duk dekat2 ngn meja kita jer.. kumpulan kami dapat tajuk "Max Weber". next kuliah kena buat presentation.. adoii agak susah wehh!

Dah la group yg baru ni langsung tak kenal mengenali. ketua group terus collect no.phone dan create group whatsapp. kat situ la kami berbincang dan set tarikh dan masa bila nak jumpa (disscussion).

Lecturer janji ngan kami dia akan beri markah untuk assignment yg lepas 5% (sepatutnya 20% tapi di sebabkan kitorang failed dia bagi markah kesian).

 Assignment yg baru ini dia akan kasi 15% (jika buat molek).




Sistem Pemarkahan PJJ USM ialah macam gini : Exam intensif (20%) + Tugasan (20%) + Final Exam 60%. makanya malam esoknya, kami sepakat turun berbincang di Kafetaria Desasiswa Aman Damai..

Sume orang turun padang. takde yg terkecuali!

Masa ni sume pakat khusyuk dengar Ketua bagi arahan. sesambil tu kitorang boleh gak memberi pandagan... dah kata berbincang kan.. so sesama buat!




Dari 20 orang dipecahkan kepada 5 kumpulan. setiap kumpulan ada bahagian tajuk masing-masing... perjumpaan habis kul 10pm. pastu naik ke bilik terus pulun google point penting..
Dan seperti biasa google sentiasa membantu... ahaks! kitorang just cari point je pun. bahagian editing (combine) orang lain buat. so sedikit senang lerrr.... google je pon! hiks!

Seronok buat assignment by group ni kalo semua bekerjasama... syabas kepada team kami.... memang sumenya sporting! pagi esok  kena buat presentation masa kuliah pulak... doakan kami berjaya yer.. 15% wehh markahnya. banyak tuhh!


:: ini ler untungnya dapat lecturer yg bagus.... dia akan "BANTU" student!!


9 comments:

  1. teringin nak jadi student balik. tapi tak suka la nk wat esignment

    ReplyDelete
  2. huhu berkerut2 dahi stress kalau esemen fail

    ReplyDelete
  3. ramai jugak ya kak jaa :D good luck !

    ReplyDelete
  4. bila berkerjasama..mmg kerja jadi mudah. :)

    ReplyDelete

  5. Jom Follow Blog Saya! Ada macam-macam..hihihi
    http://theshoppers-paradise.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. kalo deqla dah pening nih nak buat asignment bagai..huhuhu...

    ReplyDelete
  7. bestnya dapat lecturer cenggini.. siap bantu lagi.. best best..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...