kelab blogger ben ashaari, KBBA,

26 January 2014

Jenjalan Penang With Rakan Blogger





25 Januari 2014 - Cik Nur, Cik Aini datang ke Penang... diorang datang sini mai nak culik Chic Na gi Kulim. So, apalagi Jaa ngan Shu pun turut join sekaki jumpa diorang...

Memula masa duk wassap, cakap nak jumpa jer. last-last bertukar ke plan B. jaa ponteng kuliah dan ikut diorang merendet sesama jugak..

Ada yang coba menghasut aku woii... aku yang iman nipis ni pon apa lagi terus mencair bila digoda.... wehihihi... eh, ye ke ada yang hasut? ke diri sendiri gediks nak ikut? :p




Kami tak ke mana-mana pon. just jenjalan ke Chowrasta. teman Cik Nur beli keychain... pastu memasing ter-beli shawl yang murahhhh.. 2 = RM10... huuu murah wehh, cecomel lak tuuu...

Selepas gi ke Chowrasta, kitorang gi makan lak... kitorang gi makan kat Nasi Kandar Kapitan. Chic Na mengidam nak makan kat situ katanya...


 


Makanya, silalah beratur wahai murid-murid...




Okey sebelum tu jaa nak citer, jaa benornya first time jumpa Cik Nur ngn Cik Aini nih... kitorang sume ni hanya kenal melalui blog jer... termasuk gak Cik Na dan Shu.

Dari kanan : Jaa, Cik Ai, Shu, Chicna dan Cik Nur.

Jom klik nama-nama diatas untuk terjah ke BLOG mereka....





Tapi Chicna ni (tgh) jaa dah banyak kali jumpa dan Shu pulak (kanan) ni kali kedua jaa jumpa dia.. pertama kali jumpa ialah masa januari tahun lepas (Refer entry INI).


 



Tapi bila tengok lam gambar ni macam kamcing je kan?? sweet pulak gambar yang Cik Ai dok tonyoh tenyeh kepala jaa tuu... nampak je macam tenyeh tapi takkkk pon. itu sentuhan manja dari Ai... :)

Siapa sangka first time jumpa terus boleh mesra kan??? hewhewhew..


 


Tak sangka pulak dari langsung tak mengenali, terus boleh naik kereta sekali, jenjalan dan makan-makan together-gether... seronok... dah macam member dari zaman sekolah pulak rapatnya...




Dari sebelum hidangan sampai sampai ler saat makanan habis dimakan, sumenya sibuk duk bergambar... blogger katakan, haruslah snap gambar banyak-banyak kann??

Nanti boleh tayang dalam blog (^_^)




Jaa makan Cheese Nan Tandoori, Cik Ai makan Nasi Biryani Ayam. Cik Nur ngan Shu pilih menu Nasi Kandar lauk Ayam Madu. then Cikna pilih lauk Ayam Goreng...




Seronok sembang ngan diorang semua... hampir 3 jam keluar bersama terasa sangat pantas... jaa pulak masa tu nampak mmg hepy, tapi dalam hati.... jaa tengah susah hati coz terbawak kunci bilik... makanya roomate jaa tak boleh masuk bilik.

Roomate jaa tak ikut kami, coz jaa tak jangka pulak nak keluar masa tu. (tak rancang pon) makanya takleh nak kuar lelama sangat la. jaa risau kawan bilik meroyan nanti... muahahaa...
 
Masa diorang datang USM tu jaa dalam dewan nak tunggu next kuliah, tapi nak join ngan diorang punya pasal jaa sanggup ponteng kelas...!!

Jaa duk hepy-hepy goyang gedixx ngan geng blogger, roommate jaa pulak duk susah hati di asrama nun... adoii laa... kesian dia... terpaksa la dia melepak kat loby hostel hampir 2jam..

Nasib baik kat lobi ada sofa kerusi set + ada tv!!


 


Baideway, tengkiu pada Cik Ai yang datang dari Kulim dan Cik Nur yang datang dari Taiping yang sesusah mai sini ziarah kami bertiga di Penang ni... love u more bebehhhhh...!!

Next Januari datang ler lagi yekkkkk, kekeke!!



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


10 comments:

  1. Baca entry ni terus teringat notalgia kat penang. 3 tahun saya di sana belajar kat USM dulu. Teringt desasiwa harapan.

    ReplyDelete
  2. Jaa..!

    Senyum seseorg tau baca entry ni..! rindu la nak jumpa lagi... Jaa betul2 kechik la..!hehehe

    apapun thanks jugak kat jaa...pandai tol berkomplot dengan anney kedai mkn tu yea..!hehehe

    insyaAllah..panjang umur kita jumpa lagi tau..!

    ReplyDelete
  3. seronoknya...jumpa kawan alam maya hihihi...macam rapat jer walau pun first time jumpa..

    ReplyDelete
  4. amboiiii byknye gmbr depa.. jeles i tau..hee..

    psstt.. terkejut x deqla tetiba mai sini time opis..? ya Allah x sangka sgt.. terklik kat blog sorg blogger tu, tgk2 blog dia domain. ehh buleh bukak ker blog domain skng nih? apa lagi cpt2 try blog jaa.. haha.. mmg buleh bukak dah! tak blocked dah rupanya..hahaha.. hrp2 smpai bebila la.. hrp sgt mcm tu..dpt la komen2 entri jaa mcm slalu.. :)

    ReplyDelete
  5. bila Nur cakap Jaa dh up entry..trs dtg sini wpun tenet ala2 siput babi tau.hahahaha

    **thanks to Jaa,perasan x...kita semua mesra alam kan.hahahahaha
    best jumpa korang semua :)

    ReplyDelete
  6. ya Allah rindunya kenangan itu.. suka tengok pict first.. elok je susunan ketinggian tu.. hehe..

    thanks for the memories.. :)

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnyaaa.. korang bercanda sama² ek..best..besttt..

    ReplyDelete
  8. kapitan ? dekat ngan umah amal tuuu :D jalan kaki pun boleh :D

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...