kelab blogger ben ashaari, KBBA,

25 January 2014

Kayuhan Ceria @ USM - 24 Januari 2014





Petang Jumaat kelmarin jaa takde kelas... so manfaatkan  dengan aktiviti yang sangattttttt melelahkan urat saraf, kaki, badan dan segala organ-organ aku...

Kayuhan Ceria  @ USM ---->  seronok tapi penat!

Aktiviti Kayuhan Ceria ni di ketuai oleh pelajar tahun akhir PJJ di USM... kitorang saling tak kenal pon.. tapi disebabkan kitorang sume ada group khas di FB (Group PJJ USM). makanya senang untuk kami berhubung...




Berkurun tak kayuh basikal..... kali ni aku buang tebiat pulak rajin nak join aktiviti riadah petang macam ni... biasanya kalo takde kelas aku lebih suka terperuk lam hostel jer..

Kali ni tergerak hati, nak cuba try test power "Gatehh Basikal"




Sebelum kami start program ni, ketua (Mokhtar Ahmad) beri briefing kat kitorang dulu... camana cara nak brek, camana nak adjust speed gear, bila nak kena tukar and etc etc..

Yang dalam gambar tu dia duk buat demo. katanya jangan guna brek depan time kita sedang kayuh laju... nanti kang "ter-wikang" dan jatuh... hehehe...


 


Waktu ni aku dah macam nak tergelak dah... ape kes nak kena ajar sesatu from A to Z nih.. dah macam kekanak ribena baru nak belajar naik beskal pulak... kekeke...

Rupanya setelah 5 minit perjalanan baru aku tahu.... apa fungsi penerangan yang diberi oleh dia tadi... amat berguna rupanya.. especially time nak ukah panjat dan menuruni bukit...


 


5 minit pertama aku dah pancit. laluan dalam perkarangan USM ni tersangatttt lah banyak bukitnya... jap naikkk... japp turun... pastuuu naik bukit... kemudian bukit lagi.. tinggi dan tinggi lagi...

Last-last aku surrender.... kena benti kayuh dan "gelek basikal" sambil jalan kaki... hahaha... penat wehhh... terasa separuh nyawaku pergi... huhu...




Penat tak terkata. sesak nafas. rasa nak pitam pun ada...

Bab turun bukit, itu detik yang aku paling suka... melajuuuuuu jer turun... terasa sejukkkk... me-release-kan tension sekejap... rasa hilang stress-stress yang ada...

Dapat minum air sejuk di mesin water cooler USM ni terus rasa COOL!! waktu tu, aku macam terasa syukur sangat dapat minum air... tetiba terasa betapa nikmatnya minum air sejuk.. hehehe...

Gelas takdak, apa pun takdak.. sume pulun minum macam tu jer... sungguh tak sopan oiii... tapi apa nak buat... dahaga di tahap melampau weh.. kering tekak!!

Gulpp..gulpp..gulppp... sedappppp... ~feeling minum laici!


kamera gopro, gopro, kayuh basikal, program kayuh basikal, pjj usm, kursus intensif pjj 2014,


Okey... meh kita tengok gambar dari Kamera Gopro pulak.... tuhhhh yang kat atas tu lahhh kamera Gopro... kecik tapi power! kamera ni biasanya orang yang suka traveling suka guna (backpackers)... 


kamera gopro, gopro, kayuh basikal, program kayuh basikal, pjj usm, kursus intensif pjj 2014,


Panas + Dahaga + Excited + Penat = Sakit Seluruh Badan (^_^)


kamera gopro, gopro, kayuh basikal, program kayuh basikal, pjj usm, kursus intensif pjj 2014,


Comeykan amik gambar guna Gopro nih... sume orang boley nampak... tak terkecuali... tak perlu tukar gilir photographer... cumaaa.... batang dia tu arrr menyibukkkk nak interprem... tak boleh nak elak doh hok tuh!

Pejam sebelah mata je laa... hehehe...




Lebih kurang 1 jam kayuhan... kami akhirnya berjaya pusing 1 USM.... penat jugak tau even hanya sejam.. jalan di USM tu bukannya alwez landai, membukitttt manjanggg... ~lap peluh!




Syabas pada En.Mokhtar yang anjurkan program sihat ni... boleh eratkan silaturrahim antara pelajar USM... dan saat jaa karang entry ni pun... program kayuhan ceria ni diadakan sekali lagi (petang ini)...

Ramai yang berminat nak join setelah tengok gambar-gambar yang di upload dalam Group PJJ USM... kiranya yang semalam tu Siri 1, hari ini Siri 2.. selamat berjuang buat semua!!

"Gatehhh jange tak Gatehh...."




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


4 comments:

  1. kalau jaa 5 mint pertama dah pancit nur mesti 2 minit ptama dah pancit..hehehe

    tapi best kan berbasikal gini...

    ReplyDelete
  2. seronoknyee..x ksh la penat pun janji seronok ... kan jaa..!

    ReplyDelete
  3. patutla petang2 nampak ada yg berbasikal.. xtau pulak mmg ada disediakan kat usm.. huhu.. bestnya kalo dpt join..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...