kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 January 2014

Kereta Meragam + Dewan Exam = Dugaan Berganda


Assalamualaikum


Petang tadi kul 4pm jaa ada exam (JUS101). kul 3.10 jaa dah mula turun dari hostel dah. hajatnya nak gi awal sikit coz nak singgah makan di Desasiwa Bakti Permai.

Jaa suka lunch kat situ coz banyak pilihan makanan. so takde ler muak duk makan menu yg sama tetiap hari macam kat kafe asrama jaa ni. lauk pauk terhad. pastu bila dah petang sikit HABIS!!

Sedihhh wooo...


~abaikan spek mata aku yg bengkok nam-belas itewww~


Then, berbalik pada cerita awal tadi... masa Ana start kete dia... langsung tak hidup wehh... uuuu kenalin resah gak waktu tu... ye la dah la nak gi makan, pastu ada exam lagik... gila tak risau??

Pastu, jaa dah cakap "Sah bateri kong nih". masa tu dah pukul 3.20pm. then terus kitorang tumpang naik kete orang lain gi ke dewan DKSK.

Masa tu benti jap pikir hal kete, hal perut yg lapar... now kena gi exam dulu...

Kat dewan exam ni pon, ada benda tak best gak berlaku...

Kemain kitorang sampai awal. 3.35pm dan duk di kerusi paling belakang (nak meniru). last2 pengawas peperiksaan cakap : "Sesiapa yang tak dapat kertas soalan sila ke dewan exam sebelah. kertas soalan sudah habis"

Adoiii laa menyusahkan betul laaa.. kita kemain awal sampai last2 kena tukar dewan pulak. kertas soalan boleh habis. eh, macam pelik pulak... takkan tak bwk lebih sikit kot. bukan kami je tak dapat hampir 20-30 orang kena pindah ke dewan sebelah..

Melambatkan masa.... memeluhkan ketiak aku... menghilangkan fokus aku... menambahkan nervous akuuuuu je... heeeeeeeee sabauuuu je lahhh.... 

Then 1jam 15 minit berlalu... waktu exam pon tamat... (5.15pm).




Habis exam, kitorang pun decided untuk naik bas USM untuk balik ke hostel... tungguuuu punya tungguuu... kemain lama bas nak muncul heh... gerammmm pulak rasanya... panas wooo duk kat bus stop nih!

Tapiiiii sempat lagi selfie tuuu... sebagai bukti aku naik bas! hehehe...




Hampir setengah jam kot baru ada bas USM nih... bas ni FOC je untuk student pjj.... dan kebanyakkan pengguna bas ni ialah student yg duk kat RST (Restu, Tekun, Saujana).

Sebab RST jauhhh di seberang jalan nun... atas bukit dan takleh nak bawak masuk kereta pulak tu... so kalo nak kemana-mana memang student RST mengharapkan shuttle bus ni lahh..

Jaa pulak ni first time naik bas ni utk intensif tahun ini.. ~berapa kali "ni" daaa??




Muka ke-hepy-an bila berjaya "berebut seat". (^_^) bus ni pojaaannn ramai ni. berebut-rebut orang nak naik. yg tak berjaya dapat seat, sila lah berdiri. hewhewhew.

Sesampai je di hostel terus cari jalan camana nak settle-kan problem kete ni.. akhirnya usaha punya usaha ada gak yang sudi tolong (Pakcik kafe). dia tolong panggilkan pomen mekanik untuk kami.




15 minit menunggu.... tingggg dia sampai... itu haa yang chinesse tuh... dia datang siap bawak seketoi bateri keta lagi... hehehe.... fuhhh nasib ler ada penyelamat! terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kami di waktu ini..

Then kautim punya kautim... dari harga RM180 kitorang boleh dapat rege RM170 (brand panasonic). kira okay ler kan rege dia... biasanya 160-180 gak rege bateri tu kat tempat lain kan?




5 minit je pon amik masa tukar bateri tuh... pastu molek-molek jer kereta tu hidupp... alahai.. pandai ko yer bateri? nak habis hayat pun tak agak-agak... time camni gak ler ko nak menyelit...  

Kesian member ofis jaa si ANA tuuu...

Melayangggg RM170.... gara-gara bateri! COBAAANNNN!!!



11 comments:

  1. mujur d permudahkan juga laluan wpon d duga... Alhmdlh, smua da settle kan...

    ReplyDelete
  2. banyak betul dugaan ye.. apa2pun nasib baik sempat masuk dewan exam kn. =)

    ReplyDelete
  3. hri ni pun Cik Anis di duga dgn ujianNYA...huuuuu~ jom ke blog cik anis pulak www.anisfadliyana.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. amboiii siap ada bukti naik bas yer..heee.. xpelah melayang pun.. janji bateri tu x wat hal lagi.. agaknya dia tau la tu time2 gaji kan..hahahah..

    ReplyDelete
  5. as-salam. dugaan kan
    nway good luck dear

    ReplyDelete
  6. Lawa shawl jaa.. :)

    selamatlah sempat masuk dewan..kalau tak lagi haru...

    kete tu, sebelum ni xde tanda2 ke bateri nak kong??

    ReplyDelete
  7. lain kali hantarservice kak jaa oii :D

    ReplyDelete
  8. macam2 dugaan ye.. mesti exam tu jaa dapat fourflet.. hihi..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...