kelab blogger ben ashaari, KBBA,

02 January 2014

Novel Warkah Buat Isteri - Abil Fikri Ahmad


Assalamualaikum Semua


Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Pernah baca "Blog Warkah Buat Isteri"? pada yg alert, mungkin mereka penah baca dan mengikuti cerita di blog tu. paling tidak pon, akan baca cerita mereka di sokkabar. kan??

Jaa nak citer ni, sesapa yang berminat nak ikuti dan baca kisah "Abang Abil dan Arwah Kak Gee" ni korang boleh dapatkan novel edisi khas yang dikeluarkan oleh syarikat Bluetune.

Bertuah DIM (Duda Idaman Malaya) sekarang. bertambah murah rezeki beliau sejak menjadi pakar motivasi dgn memberi talk kepada orang ramai...

Agaknya ini hikmah atau ganjaran ALLAH SWT untuk DIM yang selama ini gigih menjaga isteri tercintanya yang sakit (lumpuh) selama lebih kurang 2 tahun. rela benti keje tuuu... 

Kau mampu??

Salute ngan Abil. jaa sendiri ni pon, belum tentu boleh jadi "cekal" macam dia apabila berhadapan ngan orang yang sakit lumpuh ni. (banyak cabarannya...huhu..)

Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Okeyy... inilah dia "Novel Warkah Buat Isteri". kalo sebelum ni, kita ikut perkembangan hanya melalui blog. kita boleh baca dalam bentuk novel pulak. boleh simpan bagi anak cucu baca esok-esok. hehehe.

Jaa dah beli dahhhh... siap dapat autograf ori DIM lagi... tapi kan, sikit jer nak komplen... awatnya DIM punya autograf hodohhhhh? why? why? Ohh my gucci!

Tak kelasss langsung! haahaahaa.. soryy ya DIM... saje jaa nak menyakat... hahaha... hihihi... hohoho... pinjam trademark T-Rex boleh?

 Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Novel ni siap bergambar lagi ya. walaupun hitam putih kira ok la kan... sweet je tengok mereka berdua ni.. kekal romantik forever even isteri sakit! memang betul kata orang. 1 dalam sejuta. bertuahnya K.Gee!

Laki aku macam ni ke seksok kalo aku sakit? 

Gulppp... telan air liur kejapp... (termenung sengsorang!)

Citer dalam novel ni sama je ngan kandungan dalam blog.. tapi.. ada sikit info dan cerita tambahan... banyak rahsia lain yg DIM selit dalam tu... gaya penulisan pun sama mcm dlm blog..

Cuma...blog dia jarangggggg nak ada perenggan! (kan DIM?) hakhak.. kena sakat lagi.. tapi bila aku baca satu ayat pun tak penah missed...muahahahaa...

 Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Sedikit Sinopsis : 

Arwah isteri beliau terkena serangan asma pada jun 2011 yang menyebabkan arwah K.Gee mengalami kerosakan pada saraf otak, seterusnya lumpuh. Arwah K.Gee meninggal pada 02 April 2013. 

Sepanjang 2 tahun isteri dia sakit. DIM benti keje. banyak dugaan dan cabaran dia tempuhi sepanjang jaga K.Gee. maklum laa bila orang lumpuh ni, tak leh nak gerak kan.

Segala pergerakan terbatas. tak boleh bercakap. pastu kena pakai pampers. takleh nak makan. just minum susu ikut tiub melalui hidung-kerongkong. 

Pastu K.Gee lak kekadang suka menjerit, 3-4 hari tak tido... dan memacam laa dugaan yang berlaku sepanjang 2 tahun tu....

Kalau korang nak tahu lebih lanjut. kena ar gi baca entry-entry lama di Blog Warkah Buat Isteri atau beli jer Novel dia yang baru keluar ni...

Jaa dulu pun masa mula-mula jumpa blog dia, berjurai air mata. tak tertahan. kuar mencurah-curah, SUMPAH! dalam masa 4 jam jaa khatam abis entry dia. punya laa gigih kan! jaa penah blogkan kat SINI.

Novel Warkah Buat Isteri, blog warkah buat isteri,

Sesapa yang berminat nak dapatkan Novel Warkah Buat Isteri ni, anda boleh dapatkan nya secara PM ke facebook Dana Sinar Fauziah atau baca di DISINI cara-cara nak beli.

Harga sangat berpatutan. hanya RM25 untuk semenanjung dan RM28.00 untuk Sabah & Sarawak. harga dah included postage dah. lebih murah dari beli novel cintan cintun lain.. kekeke...



P/S : DIM cakap.. setiap kali makan.. kita kena suap ke mulut suami sebanyak 3 kali.. katanya InsyaAllah, kita dan pasangan akan sama-sama dalam susah dan senang...


6 comments:

  1. Untung la sape dapat suami cmtu....

    ReplyDelete
  2. pernah baca kisah ni kat paper & tengok kat tv.. memang sangat sweet..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih laa tolong share Warkah tu..kan canggeh otograf tu!! hahahaha

    ReplyDelete
  4. ouhh yeke,,baru tau tadi...tenkiu atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  5. Nat dapat melawat & bertemu dengan arwah sebulan sebelom pemergiannya ..
    Al Fatihah

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...