kelab blogger ben ashaari, KBBA,

16 January 2014

Permohonan PJJ USM Sidang 2014/2015 Kini Dibuka


cara mohon pjj usm, cara nak mohon pjj usm, pengajian jarak jauh 2014, permohonan baru pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014, pohon pjj usm 2014, Program Pengajian Jarak di USM, tawaran pjj usm 2014,


Permohonan Baru Pengajian Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Sains Malaysia bagi sidang 2014/2015 kini telah dibuka untuk sesiapa yang berminat untuk sambung belajar di peringkat ijazah (degree). 

Hahh... buat sesapa yang berminat tu tunggu apa lagi cepat ler daftar. jaa memang sokong sesapa yang nak sambung belajar lagi ni. belajar PJJ ni senang... kita boleh manage cara belajar sendiri... besttt wooo!!

Belajar molek-molek.... grab pointer secantek mungkin... pastu ada rezeki boleh apply keje yang lebih baik... boleh upgrade taraf hidup... naik pangkat... naik gaji... sape tau kan??? jom apply sekarang!!

__________________________________________________________________

UPDATE 13/01/2015 :
Permohonan PJJ USM Sidang 2014/2015 Telah Tamat.

__________________________________________________________________



 cara mohon pjj usm, cara nak mohon pjj usm, pengajian jarak jauh 2014, permohonan baru pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014, pohon pjj usm 2014, Program Pengajian Jarak di USM, tawaran pjj usm 2014,

Kelebihan Program PJJ di USM

                 *   Tempoh pengajian yang singkat - 4 tahun sahaja!!
                 *   Yuran pengajian PJJ paling murah - serendah RM1231 setahun.
                 *   Yuran boleh dibayar secara ansuran (2 kali bayar)
                 *   Syarat minima SPM shj. (takde Diploma / STPM pun boleh apply) 
                 *   Tak wajib datang kelas ponn.... ~Huureyy..Huureyy...!!

Kursus Yang Ditawarkan

Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
~ Antropologi-Sosiologi / Ekonomi / Sains Politik ~
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
~ Kewangan / Organisasi / Pemasaran ~

Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) 
~ Biologi / Fizik / Kimia / Matematik ~

 Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) 
~ Geografi / Kesusasteraan / Sejarah ~

_________________________________________________________________



PENDAFTARAN
1. Pemohon perlu mendaftar melalui laman web https://pohon.usm.my/ yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
2. Pendaftaran permohonan ke Universiti Sains Malaysia adalah melalui pembelian nombor PIN USM - PPJJ [RM60] di mana-mana cawangan BSN.
3. Nombor PIN USM - PPJJ juga boleh dibeli melalui kaunter BSN atau mesin ATM/Internet Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja).
4.
Pemohon dikehendaki memasukkan maklumat berikut :-
           a. No. Kad Pengenalan / Mykad (12 digit sahaja)
           b. Kata Laluan (ciptaan sendiri 5-15 aksara)
           c. Nama Ibu
           d. Alamat emel yang aktif dan betul
           e. No.Pin USM - PPJJ
5. Nombor Rujukan akan dipaparkan dan juga diemelkan setelah proses pendaftaran berjaya. Sila gunakan Nombor Rujukan yang diberikan semasa berurusan dengan USM.

 Tarikh Tutup Permohonan : 16 Mac 2014

PERMOHONAN
 1. Anda perlu Login menggunakan Nombor Rujukan yang telah diberi dan Kata Laluan yang anda tetapkan semasa pendaftaran. Gunakan kemudahan Lupa Kata Laluan/No Rujukan jika anda terlupa kata laluan atau no rujukan. Sebarang Pertanyaan sila  hubungi nombor 1 300 888 876.
 2. Pemohon mesti mengisi semua maklumat yang dikehendaki. Maklumat bertanda * mesti diisi untuk membolehkan pemohon pergi ke langkah seterusnya.
 3. Setelah selesai mengisi maklumat, pemohon perlu klik ”SETERUSNYA>>” untuk ke langkah seterusnya.
 4. Sila Sahkan maklumat / keterangan / data pada permohonan yang diberikan adalah benar dengan klik pada butang [SETUJU] atau [TIDAK SETUJU]. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Setelah butang [SETUJU] di klik sistem akan mengesahkan status penerimaan permohonan anda.
 5. Sila cetak dua (2) salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Satu (1) salinan adalah untuk simpanan pemohon dan satu (1) salinan perlu dihantarkan bersama-sama :-  

1. Salinan Borang Permohonan
2. Salinan Kad Pengenalan/MyKad calon
3. Salinan Sijil STPM/Setaraf (Jika Berkaitan)
4. Salinan SPM/Setaraf
5. Salinan Transkrip penuh Akademik (Semester 1 hingga akhir)
6. Salinan Diploma/Sijil (Jika Ada)
7. Salinan Sijil MUET (Jika Ada)
8. Salinan Surat Pengesahan Tamat Pengajian
9. Salinan Keputusan Bahasa Melayu/Matematik Julai (Jika Ada)
10. Salinan Cetakan Akreditasi MQA (http://www.mqa.gov.my)

                                                      
 
_________________________________________________________________


Update : result permohonan dah keluar bermula 13 mei 2014... anda akan diberitahu melalui SMS atau boleh cek online di website usm.. tahniah pada yg berjaya!!


Sedikit makluman buat anda : Program Pengajian Jarak di USM, mewajibkan setiap pelajar menghadiri Kursus Intensif di kampus induk pulau pinang pada setiap setahun sekali selama lebih kurang 2-4 minggu.

Nota : Pekerja gomen boleh apply Cuti Tanpa Rekod (CTR)

Program Pengajian Jarak Jauh di USM menggunakan sistem belajar secara "Sidang Video" di mana proses P&P hanya berlangsung melalui tayangan video (bukan face to face antara student dan lecturer). sila refer gambar dibawah  :


cara mohon pjj usm, cara nak mohon pjj usm, pengajian jarak jauh 2014, permohonan baru pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014, pohon pjj usm 2014, Program Pengajian Jarak di USM, tawaran pjj usm 2014,

                             *      8 Perkara Anda Mesti Tahu Tentang PJJ USM
                             *      Baucer Buku 1 Malaysia Untuk Pelajar PJJ (RM250)
                             *      Tips Ke Kursus Intensif / Orientasi PJJ USM
                             *      Sidang Video PJJ USM di Pusat Wilayah (Kelas Belajar) 
                             *      Asrama Pelajar PJJ USM (Desasiswa Aman Damai)
                             *      Yuran PJJ USM Boleh Bayar Ansuran
                             *      Dewan Peperiksaan Akhir di Pusat Wilayah Kota Bharu


Selamat mendaftarkan diri buat pelajar-pelajar baru PJJ USM. tempoh dibuka selama 2 bulan lebih. sempat lagi kalau korang nak buat perbincangan ngan family dirumah...

Apapun bagi yang betul-betul berminat nak sambung belajar tuuu... apply je dulu yer... dapat ke tak dapat belakang punya cerita... yang penting kita dah usahaaaa..... kannn??


__________________________________________________________________

UPDATE 13/01/2015 :
Permohonan PJJ USM Sidang 2014/2015 Telah Tamat.

__________________________________________________________________



 
  

Ini gambar kenangan masa jaa Kursus Orientasi PJJ USM pada julai 2012 lalu... betapa hepy nya muka daku bila dapat bergelar student U tika itewww... muehehee....

Sekarang jaa dah masuk tahun 2 ber-PJJ di USM dalam Kos Sains Kemasyarakatan. anda nak tahu cerita dan pengalaman saya belajar PJJ di USM??

Sila terjah entry-entry lama saya disini ----->  KISAH PJJ USM


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :

97 comments:

  1. Replies
    1. nak tahu pasal kandungan modul Sarjana Muda Pengurusan. Kat website rasmi USM xde attaced... huhuhuu

      Delete
  2. Replies
    1. semoga entry ni dapat membantu bakal student PJJ USM... amin..

      Delete
  3. Assalamualaikum kak...sye bdk lpasan STP thun lps (psendirian)..Agk2 akk smpt ke sye nk mhon tuk PJJ. Mgkin rsult STP kluar bln 3..Hrap2 tarikh akhir tuk m'mohon di postpone..:-(((((....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... kalau tak sempat tak mengapa... next year masih ada... nanti saya akan war-warkan lagi jika permohonan baru keluar nanti...

      Delete
  4. Cn follow sini 1731

    http://cekgunorazimah.blogspot.com/2014/01/exclusive-giveaway-by-mieya-atiera.html

    ReplyDelete
  5. excited bebenor muka tu jaa.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalah kekanak masuk tingkatan 1.... kekeke...

      Delete
  6. gudluck jaa...semoga dekan ye tahun ni :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. jom join PJJ USM cik nur...

      Delete
    2. as salam kak.sy berminat nk myambung pjj nie.nk tanya akak..antara syarat2nye apa?betulkah perlu ada pengalaman kerja selama 3tahun untuk myambung pjj kt usm ni?jika pengalaman kerja xsmpai 3tahun or xade pengalaman kerja boleh x apply?mintak akk jelaskan secara detail syarat2nye.tq

      Delete
    3. wslm. kalau ikutkan syarat sebenar, memang dia tulis 5 tahun pengalaman kerja. tapi masa saya apply dulu, saya keja x sampai 5 tahun pun lagi. tulis 3 tahun je.

      Delete
    4. Syarat pengalaman kerja terkini hanya 3 taun je selain kepujian BM & 4 subjek lain cam Math/Sains dll (Social Science). Utk Pure Science degree kena kepujian BM+Math/Add Math+Fizik/Kimia/Bio/Sains dll. Sebenar bukan sahaja part time/PJJ USM, malah nk buat full time pon kalau ada pengalaman kerja menerusi saluran alternatif.

      Delete
  8. gud luck jaa...teruskan usaha...
    blajar sampai habis tau!

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Kursus orientasi akan berlangsung sekitar julai atau ogos tahun ini...

      Delete
  10. saya dah apply..tapi dok baca bila keputusan keluar? cr jugak kot2 dia tulis tarikh kelaur result,xder pon..hummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dh apply gak....klu kuar keputusan 2 rojer2 ea..hehe

      Delete
    2. klu dpt result rojer2 la eaa..tq

      Delete
    3. result permohonan akan keluar sekitar mei atau jun nanti... pihak USM akn beritahu melalui SMS atau boleh cek secara oinline di website mereka..

      Delete
    4. Cek result disini : http://www.jaakechik.com/2014/05/semakan-keputusan-pjj-usm-sidang.html

      Delete
  11. salam, nak tanya PJJ USM ada tak program master dalam sains tulen.. sy dah check tpi yg ada cuma part time, help me plss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... untuk program master saya tak tahu laa.. mohon maaf yer.. takdapat nak membantu..

      Delete
  12. nak tanye la...cam ne nak apply cuti tanpa rekod untuk hadir kursus intensif tu?? sbb ofis sye nak bukti pekeliling yg mnjelaskn boleh apply cuti tanpa rekod untk kursus tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat surat rasmi ke HQ mengatakan anda dapat tawaran sambung belajar PJJ, kemudian lampirkan surat tawaran DARI USM... nanti pihak HQ akan beri surat balas tentang kelulusan utk dpt CTR tu...

      p/s : tapi lain jabatan/agensi maybe lain prosedurnya...

      Delete
    2. refer entry ni untuk cara nak apply Cuti Tanpa Rekod (CTR) : http://www.jaakechik.com/2014/05/pjj-usm-panduan-cuti-tanpa-rekod-untuk.html

      Delete
  13. salam kak... saya google terjumpa entry nii... amal baru nk apply :( dah tutup :(
    huwaaa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm...

      takpe dear... next year masih ada... heeee!!!

      Delete
  14. As salam nk tnya muet wajib ker nk ada.. coz sy ade diploma tp muet plk yg xde.. n klw blh next year klw ade buka inform eh.. sy bminat nk study jrk jauh nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. muet boleh ambil ketika sedang belajar pjj... takde masalah.. okey next intake saya akan war-warkan di blog nanti....

      Delete
  15. Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenai prgram PJJ ni...Saya dah mohon & macam mana saya nak tahu permohonan saya tu berjaya atau tidak ....dan lagi satu,sekiranya permohonan saya tu berjaya dari segi pembayaran yuran penggajian tu macam mana yer.Mengikut pemahaman saya ari tu Pn ada cakap pembayaran boleh di buat 2 kali kan ....oook untuk pembayaran pertama tu pihak USM dah tetap kan kena bayar berapa atau terpulang pada student nak bayar berapa banyak janji pada pembayaran kedua tu mesti "full payment"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... permohonan berjaya atau tidak anda boleh cek di website yang anda memohon pjj itu nanti... just key-in no.ic... result kebiasaannya akan keluar sekitar penghujung mei atau awal jun... usm akan pos surat ke rumah anda juga nanti jika permohonan berjaya..

      Mengenai yuran pula... memang boleh di bayar secara ansuran (2 kali). Utk tahun pertama perlu bayar ansuran sebanyak RM900++. Ansuran kedua adalah sebanyak RM615.50. Setiap ansuran pihak usm yg akan tetapkan berapa jumlahnya.

      Ansuran pertama bagi tahun 1 dikenakan sebanyak RM900++ adalah disebabkan kos yuran orientasi. Manakala utk ansuran pertama dan kedua bagi tahun 2 dan 3 adalah sebanyak sebanyak RM615.50 shj (kadar sama) ini adalah utk kos sains kemasyarkatan ye. Utk kos lain saya tak pasti berapa jumlahnya.

      harao berpuas hati dengan penerangan saya.


      Thanks and Regards, jaakechik.

      Delete
  16. bila agak nya keputusan pjj 2014/2015 nak kluar???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keputusan permohonan pjj usm telah keluar pada 12 mei lalu... anda boleh cek sekarang di website usm....

      Delete
  17. salam..camne nak tau lebih lanjut tentang 4kos yg kite nk pilih nt..sbb skang ngah keje..relevan x dgn bidang tugas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tentang itu saya tak tahu ler nak terangkan mcm mana. Takde pulak pautan atau info lengkap dari usm untuk saya kongsi dengan anda. Mohon maaf ya.

      Delete
  18. Alamak xsempat nk apply dh ttup 16 mac..bile oermohonan baru akk dbuke ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. penghujung tahun ni pula akan di buka.

      InsyaAllah.

      Delete
  19. Ruginye rs ttlambat apply huhu..thn dpn bln 3 jugak ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannya permohonan pjj usm dibuka sekitar hujung dan awal tahun (Dis 2014 - Mac 2015).

      Delete
  20. knp call 1300888876 ni xpernah ada yg jawap?? nak tanya apa2 pn susah la klu camni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. No. hotline biasanya mmg macam tu.

      Apapun cuba call nombor ini : 046533888

      Minta operator sambungkan ke bahagian PPPJJ.

      Delete
    2. sy da 2kali mohon xdapat...grrr..

      Delete
    3. cuba apply untuk next year lak... usaha yg berterusan insyaAllah akan berjaya...

      Delete
  21. Yuhuu..salam...
    Thankssss....semua post Jaa pasal PJJ saya dah baca...dan alhamdulillah dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian) ~ Antropologi-Sosiologi.. 2014/2015 huhuhu!!!
    Rerajin hapdet yer....eksaited jadi student kertu ni... hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, tahniah coz mendapat tawaran PJJ USM... kos kita sama...!!! terima kasih juga kerana membaca blog saya...

      smoga sedikit pgetahuan dan pgalaman yg sy ada dpt mbantu org ramai... amin.. insyaALLAH saya akan cuba update sebnyak mungkin info terbaru... (^_^) stay tune...!!

      Thanks and Regards, jaakechik.

      Delete
  22. Assalamualaikum sis...

    Saya telah memdapat tawaran PJJ USM dan akan melapor diri pada bln ogos ini tapi masalahnya kursus yang ditawarkan rasa tidak sesuai dengan saya. klu saya nak tukar kursus mcm mana boleh ker? harap sis dapat membantu. Tq ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... tahniah coz dpt tawaran PJJ. mengenai tukar kos, memang di bolehkan. tapi saya tak pasti pula bagaimana prosedurnya. apapun cuba call pihak USM utk maklumat lanjut. call nombor ini : 046533888

      Thanks and Regards,
      Jaakechik

      Delete
  23. kak jaa, prgram pjj ni bila ade lgi? thn 2015 bulan berapa ?
    lgi satu klu keje xsmpi 3 thn bole apply x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hujung tahun ini pula dik... antara dis 2014-mac 2015... insyaAllah boleh.. sbb k.jaa sendiri pun masa apply dulu pglaman keje kurang dari 3 tahun gak...

      Delete
  24. salam..jaa..klu xtdo kat hostel masa program orientasi tu boleh x? mana tau diorg check pulak nnti kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. tak duk hostel pun xpe. dia tak penah buat spot check pun kat bilik tu. apapun daftar gak la bilik tu, sbg tanda kita wujud. amik kunci je. biar le tak tido pun.

      Delete
  25. salam..saya baru daftar pjj usm 2014/2015.. insurans tu wajib ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. insurans apa ya? saya tak paham ni...?

      Delete
  26. Salam kak jaa. Sy nk tny ms krsus tu b'lgsg,mmg stiap hr ke aktvt djlnkn n means mmg kte kna stay kt kmpus induk la eh?1lg,ape syrt utk kte apply kos sains kmsyrktan bg sains politik?pls help....

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. kdg2 setiap hari ada kelas. kdg2 ada juga hari yg takde kelas (jadual tak menentu). untuk syarat permohonan pjj usm, u boleh refer di website mereka disini :

      https://pohon.usm.my/ppjj

      Delete
    2. Salam sy sngt brminat...tlg infm sy cara nak apply 0132032441 zul...sy ada diploma brminat nk smbung degree

      Delete
    3. wslm. tawaran pjj usm akan keluar sekitar disember 2014 atau januari 2015 ini. kena selalu check di : https://pohon.usm.my/ppjj

      Boleh baca disana nanti, bagaimana cara untuk apply.

      Delete
  27. SalAm tmpg tnye klau apply ngan kptsan spm...die nk pglmn kje 3 thun dlm bdg brkaitan...tp kta apply kos yg xsme ngan bdg kje kta..bleh k?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh jer apply bidang yg tak sama ngn kerja. saya pun keje bidang lain, study bidang lain, amik syarat ada Degree jer. huhu.

      USM memang tetapkan syarat 3 tahun pengalaman kerja. tapi masa saya apply dulu tak cukup 3 tahun pun pengalaman kerja.

      apapun cuba mohon dahulu.

      Delete
  28. Salam..bminat jugak nk samb degree sains kmsyrakatan ni..agak2 akak mudah tak nk score pointer dekan...heee..target nk dekan ni..n skang yg sama batch akak berapa org dpt pointer 3.0 ke atas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. ramai juga student pjj usm yg dapat pointer tinggi 3 atas... dan ramai juga yg dapat anugerah dekan. but saya memang tak mampu la nak grab anugerah dekan tu... sy tak berapa rajin sgt study.... hihi...

      Delete
  29. salam ... bila agk nya intake kedua 2014/2015 kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. takde intake kedua. pjj usm hanya dibuka setahun sekali sahaja. maybe pada januari 2015 nanti.

      Delete
  30. salam sis...nak tya bila ye USM PJJ nak keluar iklan utk intake 2015?

    ReplyDelete
  31. salam akak . saya baru habis stpm tahun 2014 ni . sekarang umur sya 19tahun . tahun depan saya nak daftar PJJ USM . tapi boleh ke umur 20? sebab saya sayang nak tinggalkan kerja saya sekarang ni . apa syarat nye kak ? .. mengharapkan bantuan dari akak ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. bagi akak, apply je duluuuu... dpt x dpt blkg crita... nanti bila tawaran dah dibuka apply aje.. belum cuba belum tahu, sama ada dpt ke tidak...

      syarat2 apply PJJ USM adik boleh baca kat sini :

      https://pohon.usm.my/ppjj/


      Thanks and Regards,
      Jaakechik.

      Delete
  32. salam sis kenapa sekarang ni untuk 2015 memang 5tahun ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. ada penambahan unit / subjek.

      Delete
  33. pening gk pala td dok cr link pjj usm tk jmp.pastu jmp blog ni.dh siap daftar online dh.hihih...tq,tocey,terima kasih..hihihi

    ReplyDelete
  34. maaf bertanya,jika kita mengikuti pjj usm adakah kita senang untuk mendapat kerja terutamanya dengan gov ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi soalan, x agak brader, nak gomen kabel mesti kuat, belajar sekolah henry gurney pon bole jadi polis kalo ad kabel kehkeh

      Delete
    2. Just USAHA dahulu (apply dan belajar) kemudian banyakkan BERDOA... itu yg terbaik...

      Delete
  35. Sy nak tanya masalah sy skang isnin hingga jumaat tiada masa lapang sbb saya bekerja menjaga ank orang...sabtu ahad je saya x kerja...boleh ke buat pjj...sbb syarat pjj sekurg2nye bekerja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasihat saya, saudara/i apply jeeeeee dulu. dapat ke tak dapat letak tepi. yang penting TRY....!!!

      Delete
  36. salam.untuk apply pjj tak perlu ada nom upu ye

    ReplyDelete
  37. Assalam..tumpang tanyer.. USM ada tawarkan program pjj master x?

    ReplyDelete
  38. Assalam, saya niaga sendiri, umur awal 20 an. Sy lepasan stp, tak dapat sambung belajar, kerana perlu tolg family . Sebagai peniaga sendiri, boleh ke sy nk buat pjj kos sejarah? Sy memang minat nak study, bila masalah family, terpaksa tangguh family. Terimakasih.

    ReplyDelete
  39. Salam sis, Thanks for ur info. sangat membantu untuk saya lebih mengetahui mengenai pengajian PJJ ini. tqvm

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...