kelab blogger ben ashaari, KBBA,

17 February 2014

Asignment JUS 101 - Rancangan Perniagaan (Presentation)





JUS 101 iaitu Teras Keusahawanan merupakan subjek yang WAJIB diambil oleh semua student tahun dua PJJ USM (subjek universiti - boleh drop ke tahun ketiga).

Untuk JUS ni, tak pernah pun ada kuliah sidang video sebelum minggu intensif.. kami hanya ada kuliah sekali sahaja bersama lecturer di sepanjang belajar subjek ni iaitu semasa kursus intensif. itu pon dua hari sebelum Exam Peperiksaan Berterusan (PB).




Tapi dalam takde kuliah pun... subjek ni ada dua tugasan perlu di buat weiii... dua-dua agak mencabar jugak... even nampak senang... tapi bila buat, fuhhh berpeluh ketiak beb!




Tugasan 1 :  Kitorang kena interview seorang usahawan. then kena rekod video rakaman tu... then kena buat gak la laporan hard copy... then burn dalam CD sebagai soft copy sebelum hantar kepada lecturer. yang ini assignment untuk 2 orang shj setiap kumpulan.

Tugasan 2 : Tugasan ini by group (5-6 orang). kena buat satu Rancangan Perniagaan, konon kita nak buat bisnes dengan menggunakan modal antara 150-250K. kena buat paper work dalam bentuk powerpoint, then kitorang kena present slide tadi, rakam presentation tersebut, kemudian burn dalam CD (soft copy). Kena buat 1 laporan juga untuk esaimen kedua ini dalam bentuk hard copy (print dan pos). uuuu rumit wooo!


 


Tugasan 1 dah lama jaa siapkan... tugasan 2 ni pulak dateline pada 15 februari lepas... alhamdulillah sebelum kursus intensif kami dah siapkan segalanya... slide, video present slide (guna projektor di ofis Ahmadi), burn CD dan jugak buat report assignment... alhamdulillah syukur segalanya settled... moga-moga dapat result yang baik for tugasan ni bagi membantu markah keseluruhan kami. 20% assignment. 20% exam intensif. 60% final exam.


 


Jaa memang bersyukur dapat rakan group esaimen yang bertanggungjawab. sesama buat. sesama perah idea dan keringat... even memasing duk berjauhan, sibuk dengan komitmen keje dan life memasing... tang buat esaimen sume buleh on jer... sejak di tahun 1 lagi mereka ni la group esaimen jaa.. 1 jabatan, cuma cawangan berlainan.. even gred tak sama, mereka tak sombong... suma sepakat!!! terima kasih buat Ahmadi, Puan Zumirah, Puan Normazainy dan Suriana... love uolls deep deeppp!!!!


p/s : ada 3 lagi esaimen sebelum final exam... uuuu...fengsan!!!




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


5 comments:

  1. errr x phm ar psl tugasan ni.. x sekoloh doh jaa.. hihi...

    ReplyDelete
  2. next year cikna kena buat la eh? aduhhh tak sukanya bab2 ni..

    ReplyDelete
  3. adehh..ening nur rasa..cemana nak study ni..huhuh

    ReplyDelete
  4. salam, sy pun tgh nak buat assignment nie, cik ada contoh tak?

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...