kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 February 2014

Dinner di Restoran Pak Hussain Tomyam Penang



tempat makan di pulau pinang, tomyam sedap di pulau penang, restoran, food, pak hussin tomyam, restoran pak hussin,


Sesampainya kami sekeluarga ke Penang... kitorang di invite oleh adik en.suami untuk dinner di Restoran Pak Hussain Tomyam... ini kali ke-3 jaa makan kat sini... ketiga-tiga kali juga adik ipar jaa yang belanja... uuu... baik betul lahh...




Ini ler adik ipar jaa... dia cikgu di SRK Sri Permai dekat Bayan Baru... laki dia lak keje penjara... dulu laki dia keje di Penjara Pokok Sena, Kedah. sekarang dah tukar ke Penjara Pulau Penang. 

Adik ipar jaa ni tua 3 tahun dari jaa nih.. tapi atas dasar aku ni kakak ipar, dia panggil aku Kak Jaa. memula kawin dulu, aku agak segan bila dia panggil macam tuh, tapi bila dah lelama.. aku dah biasa dah... aku panggil dia Siti je.. kekadang panggil Cik Do. hehehe... 

Laki dia lak sambung PJJ di USM. dia sambung PJJ setelah berjaya di hasut oleh aku. kah kah kah. Now dia di tahun 1. amik kos yang sama gak ngan aku. Sains Kemasyarakatan. cuma major dia Sains Politik. aku lak Antropologi-Sosiologi. Apa itu antro-sosio??? hah ko tanya Goole... coz aku sendiri pun tak tahu... kah kah kah...





Kami 3 beranak ni kiranya tetamu undangan istimewa ler ni... lama dah dia cakap nak belanja kami makan kat sini... 3 kali aku mai Penang, 3 kali gak dia belanja aku makan kat restoran ni..

Sedap ke? bagi tekak kami semua ianya agak sedap.. rege pon berpatutan... dia buat style pakej. pakej A, B, C dan D. boleh pilih menu yang dia dah sediakan...




Ewaahhh makan besar kami malam tu... sampai Penang dah magrib... sesampai jer di rumah Siti, terus call adik ipar jaa yang sorang lagi tu (pengantin baru), mai berkumpul kat sini... kiranya malam tu kitorang gathering 3 pasangan adik beradik ler... ala-ala jejak kasih gituu... hew hew hew....




Ohye, bercerita pasal pengantin baru ni kan (Hazwan & Ayu)... ada satu dugaan menimpa mereka skang ni. dugaan keguguran. kesian mereka tau... pagi kelmarin biras jaa si Ayu buat D&C (cuci rahim). hari ini dia dah on the way balik dari Penang ke Kelantan since dia dapat MC seminggu... balik rehat dan relaks di rumah..

Ekceli dia sebenarnya bunting pelamin tau... sebulan kawin dah "lekat". tapi sayang kegembiraan tu hanya sementara.. selepas 5 minggu dia alami pendarahan... lepas di beri ubat untuk kuatkan rahim, tetap kandungan dia tak dapat bertahan... apapun mohon bersabar dan tabahkan hati buat ayu... semoga lepas ni "melekat" lagi... InsyaAllah...




Okey meh kita sambung citer pasal makan-makan lagi... untuk dinner malam tu adik ipar jaa amik pakej B rasanya kot... ada 5 jenis lauk dan sepinggan buahan-buahan...




menu utama for sure kitorang pilih Ikan Siakap Tiga Rasa... memana pergi menu ni jer pemes kan... hehehe... kalau Siakap Masak Stim aku kurengggg!!! tak lalu dek tekak coz isi dia lembik dan kaler dia putehhh!




Sayur Campur... bunga kobis, carrot dan kacang peas.. 
the kacang peas is my pebreto kami laki bini...




Tomyam Seafood... kuah dia agak pekat, pedas dan masam... fuhhh memang kena ngan tekak aku yang giler kentang tomyam... sruppp sruppp duk hirup kuah hingga licin semangkuk... kah kah kah...




Yang ini Kerabu Sotong... hok ni pun sedappp.... yang hitam hitam itu is Cendawan Telinga Kera.. rasa dia liat-liat macam telinga orang gitu... hahaha.... ikut kamus dewan tak tahu lak aku apa nama sebenar dia... tapi aku di kelantan ni panggil "Kulat Telinga Kera" jer... heee!!




Yang ini Ayam Mango... kegemaran my en.suami... rege menu ni aku tak tahu berapa... dah orang belanja kan.. kalau di tanya pun dah sah-sah dia tak kan bagitahu... totally makanan kat sini sedappp.. korang yang rasa nak merendet ke Penang harus lah terjah ini kedai yer... korang set GPS konfem jumpa punya... hehehe....


p/s : jaa sedang merangka entry Penang-Tambun-Cameron. pelan-pelan kayuh oii.. banyak bebenor gambar ni.. pening nak memilih....




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


16 comments:

  1. berat dugaan pengantin baru tu... takpe lah redha...

    gambar makanan tu kalau tengok jap gi mesti terliur...skang ni baru pas sarapan...hhee

    ReplyDelete
  2. sedihnya keguguran :(
    akak liz terliur ni tgk ikan siakap tu!

    ReplyDelete
  3. tengok foto tomyam..kecur air liur..nampak btul2 sedap

    ReplyDelete
  4. kesian.. lom rezeki lagilah tu.. amboii untung eh mkn besaq..!

    ReplyDelete
  5. dekat jer ngan rumah korn.. tomyam die mmg sedap giler ah

    ReplyDelete
  6. xpernah try mkn kat sni..nmpak cam sedap jerr..

    ReplyDelete
  7. mesti sedap kan sampai 3 kali jaa pegi? heheh..

    jaa.. cikna mcm nk amek minor antro.. susah ke tak eh? kak ta kata ok lg dr sains politik..

    ReplyDelete
  8. in shaa Allah sama sama kita doakan
    syokkan kumpul ramai ramai

    ReplyDelete
  9. haishh..teringin lak nak pegi try..!tgk jaa pegi byk kali dah..mesti sedap..!

    ReplyDelete
  10. Memang sedap makan kat sana tu. Saya pun baru create satu post dedicated utk kedai pak hussin tomyam tu...

    http://pondokajip.blogspot.my/2015/09/pak-hussin-tomyam-tomyam-paling-best-di.html?m=0

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...