kelab blogger ben ashaari, KBBA,

09 February 2014

First Time Naik Bas Ekpress Sendirian





Semalam selepas exam untuk subjek JKA 213, jaa dah kemas bembarang dan sume pakaian for balik kampung jumpa my anak, my laki di kelantan... 

Jaa balik kali ni sorang diri jer... roommate tak balik... yang lelain pun tak balik... jaa balik sengsorang jer naik Bas Ekpress Shamisa Holiday...


 


Harga tiket bas shamisha dari Penang ke Kota Bharu RM41.00. bas double decker. jaa duk di tingkat bawah. jaa pilih single seat.

Kali terakhir jaa naik bas ekpress ni ialah masa ke Orientasi PJJ USM pada jula 2012. hrmm punya lah lama tak naik bas hoii.... hari tu jaa naik ngan member... skang sensorang je tau...

Dalam hati punya laa nervous, tapi terpaksa cekalkan hati jugak. demi my family... kalau tak fikirkan anak dan suami, takde maknanya aku nak ulang alik PEN-KBR selalu..




Ini laa bas yang jaa naik semalam... pukul 9pm bertolak dari Sungai Nibong... lebih kurang jam 4.30am jaa sampai di Kota Bharu... alhamdulillah selamat sampai akhirnya...

Terima kasih Ya Allah kerana selamatkan perjalanan ku semalam... tengkiu gak pada driver bas shamisha coz pandu ngan berhemah...

Jaa ada 2 paper lagi exam 12 dan 13 feb ni. insyaALLAH pagi 12hb nanti jaa bertolak ke Penang sekali lagi... ini yg last ler ni jaa ke Penang. pastu habis dah kursus intensif for 2014...

Then, bulan Jun-Julai Final Exam pulakkk!! (^_^)




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


9 comments:

  1. adoi lama betoi tak naik bas ni jalan jauh

    ReplyDelete
  2. terkenang zaman belajar kat skudai... mmg travel sendiri jer hu3

    ReplyDelete
  3. samalah kita jaa..ritu nur ke penang naik bas sesorg tu buat pertama kali gak..ehehe

    ReplyDelete
  4. betul jaa,kalau jalan jauh mmg elok amik seat bawah kalau bas double deck. sbb selesa.. hihi

    ReplyDelete
  5. kalo deqla pun mcm x berani nak naik bas sorg2.. perjalanan jauh plak tu..tp kalo terdesak demi insan tersyg mmg sanggup kot!

    ReplyDelete
  6. memang lama perjalanan kak jaa tu. dah selamat sampai kan :D hehe

    ReplyDelete
  7. Salam...Lama x dtg singgah sini...

    Sy lama dh x nek bus sendiri sejak dh khwin ni...

    ReplyDelete
  8. sekali sekala naik bas best jugak tp kena berteman la.. sensorang segan.. hihi..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...