kelab blogger ben ashaari, KBBA,

04 February 2014

Sambung Cuti / Ponteng Kuliah





Kalau nak ikutkan hal yang sebenar, jaa sepatutnya kena ada di USM Pulau Pinang dah sekarang ni. pagi ni ada kuliah JKA214 (10-11am). tapi jaa ponteng!

Ponteng sebab kelas 1 jam jer... esok pulak ada kuliah JMG101 dua jam (10-12am).... pon ponteng jugak... hehehehe.... seronok wehh sambung cuti sdn bhd..

Lusa pon ponteng lagi untuk kuliah JKA216 (2-3pm).

Tiga hari jer la jaa ponteng nya... coz tulat tu dah ada exam. so cannot ponteng maaaa... kalo just kuliah, ada kemungkinan aku sambunggggg lagi cuti... wehihi...

Boleh ke ponteng kuliah?? 

Kalo tanya aku, for sure aku cakap boleh...!! lecturer tak amik attendance pon... beratusss student dlm setiap kuliah. bukan lect perasan pon setakat aku yg kecik ni takde. kan?? :P

Cumanya, kalo time tu lect bagi tips ke hape... haa ko tanggung ler kerugian tu sdn bhd jugak. takde makna nya lect nak repeat bagitahu again and again.. (^_^)





Lusa (6hb), pepagi hari lagi jaa nak bertolak ke USM dah. jaa pergi ngan member yg sama jaa balik kelantan hari tu jugak. 4 orang sebuah kereta. tong tong bayar minyak + tol.

Kul 8 pagi kami bertolak dari Rantau Panjang (rumah driver), maybe dalam kul 1 or 2 petang sampai la kami di USM tu kot, moga-moga tiada aral yg melintang!

Hrmm....sekarang ni toksah pikir pasal USM. sekarang jaa nak citer jaa seronok dapat peluang jadi housewife sepenuh masa selama 5 hari nih (30jan-4feb). 

Jaa tak hantar fikri ke rumah pengasuh pon. hari-hari jaga sendiri. keje ofis pon tak perlu pikir coz masih dalam Cuti Tanpa Rekod (CTR) aka cuti belajar.


 


Tamak kan aku? mesti pengasuh fikri pon rinduuu kat dia. FYI, fikri ni beruntung coz dapat mak pengasuh yang baik hati. dia jaga fikri macam anak sendiri. jaa boleh nampak betapa ikhlasnya dia jaga fikri. curah kasih sayang kat fikri.

Fikri pon sayangggg betoi kat pengasuh dia tau... tapi tu laa... jaa kena tamak sikit minggu ni. nak jaga fikri sengsorang coz lusa jaa nak ke Penang dah.. takleh nak dah nak jaga fikri... hehehe... Jaa luangkan "MASA EMAS" ni with my family sepuas mungkin!


 


Tapi pagi tadi jaa ada singgah jugak di rumah pengasuh fikri... biar fikri bermanja ngan mak pengasuh dia sekejap. kesian gak, fikri asyikkkkk duk sebut nama mak pengasuh dia... rindu agaknya...

Jaa ingat nak suruh dia stay situ 4-5 jam... tapi masa jaa nak balik rumah, dia ikut balik jugak... hrmmm... anak bertuah sungguh...

Exam di Minggu Intensif ni, jaa ada 3 paper jer lagi JKA213, JKA216 dan JMG101. korang semua.... jangan lupa doakan kejayaan aku ehh...

Jaa duk umah ni pon, ada gak belek-belek buku... kunun bekalan for exam... tapi kejappp je belek dan dan tu jugak terlentok... asyikkk ler mengantuk hoii...

Pergi penang 6hb... pastu 8hb balik kelate pulak... coz 9-10 feb jadual FREE. No Exam. No Kuliah. hoho... besttttnya lahai.... cuti lagikk!!


:: Babai frens....wish me luck ya!!

Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :


14 comments:

  1. lect xambik attndent ekk. nina dulu hari2 kena sign attendent. dia passs kat semua student. hukhuk

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak. sheila follow sini daripada giveaway shida. hehee. comelnya anak. semoga berjaya untuk paper seterusnya (",)

    ReplyDelete
  3. jijah pon kalau ada masa cuti mmg luangkan masa emas tu bersama hakimi..

    ReplyDelete
  4. selamat menjawab paper ya kak jaa :D

    ReplyDelete
  5. untung fikri dpt pengasuh yang baik... susah nak cari pengasuh yang baik la ni...

    ReplyDelete
  6. amboii ponteng aje.. mesti berat rasa hati nk tinggalkan fikri kan..

    ReplyDelete
  7. ponteng yg berbaloi2kan jaa.. :)

    ReplyDelete
  8. rajin jaa ulang alik penang-kb banyak2 kali.. demi keluarga tercinta kan..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...