kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 March 2014

Berkongsi Pengalaman Tentang Dunia PJJ


~ Assalamualaikum my lovely readers ~


Sungguh tak sangka... perkongsian pengalaman tentang dunia PJJ USM di blog telah membuatkan aku dihujani banyakkkk email from readers. ramai juga yang berminat nak sambung belajar rupanya yer...

Ramai duk email tanya memacam soklan... macam aku ni "Orang USM" pulak... hikhik... apapun.. setakat yang aku tahu.. insyaAllah aku akan jawabkan... kalau tak mampu, aku syorkan korang call pihak USM terus...

Seriusly, aku tidak dibayar walau sesen pun oleh USM okey. aku just sharing experience sepanjang belajar PJJ ni. kongsi pengalaman dan cerita sendiri... dan tak sangka ramai yang nak tahu pasal PJJ nih...

Bagi aku... perkongsian sesuatu ilmu itu bukan bermakna kita perlu menjadi seorang guru.. bahkan melalui laman sosial seperti facebook, whatsapp dan blog pon juga boleh...

Jauhi cerita yang duk caci maki orang... berilah sesuatu yg bermanfaat untuk orang lain... selagi ianya-nya memberi panduan kepada orang lain insyaAllah kita akan dapat saham yang berterusan di hari "esok".

Ye takk??







Kat atas tu antara inbox FB dari readers yang aku terima di bulan Mac ini... ada banyakkk lagi... cukup 3 ni ler dulu aku share yer...perbualan kami tu kekadang panjangggg tapi aku printscreen intro je la ekk.. (^_^)

Aku tolong beri semangat untuk korang mengenai program pengajian jarak jauh... dan bila ada readers yang baca... kemudian berminat apply PJJ USM dan sambung belajar lagi aku tumpang hepy sama...

Thats why aku suka berkongsi kisah pjj di blog!

Sesungguhnya tak mudah... sambung belajar di saat kita dah berkeluarga ni... ada saja halangan dan dugaannya... otak berkarat, baby kecik, kekangan masa dengan karier dan keluarga lagi... itu memang cabaran besar untuk student PJJ...

Apapun belajar lahh... jangan tangguhkan lagi... sampai bila kita mahu di berada di takuk yang sama... betul tak?? tingkatkan pelajaran.. dapatkan degree untuk peluang kerja, pangkat dan gaji yang lebih besar...

InsyaAllah....




ini pulak dari email.... 2-3 kali seminggu mesti ada...


PERMOHONAN PJJ USM SIDANG 2014/2015


Pada yang sempat apply Permohonan Program Pengajian Jarak Jauh (PPPJJ) Sidang 2014/2015 TAHNIAH jaa ucapkan. semoga ada rezeki untuk korang diterima masuk as student PJJ USM.

Result permohonan insyaALLAH akan keluar lebih kurang sekitar jun-julai. kalau jaa dulu, result dia akan send melalui SMS, lepas tu boleh check secara online jugak. tak lama kemudian barulah surat tawaran di pos ke rumah.

Nasihat aku... bila dah dapat tawaran tu nanti... pepandai ler korang daftar loan PTPTN secara online. USM takkan bantu kita untuk loan PTPTN. segalanya kena buat sendiri.

Pergi jer kat mana-mana Pejabat PTPTN terdekat dan korang boleh tanya staff diorang apa prosedur mereka. (Kena daftar online + daftar akaun SSPN-i).
 
Result keluar : sekitar jun julai 2014
Tarikh Orientasi : sekitar julai atau ogos 2014
Tarikh Kursus Intensif : Jan - feb 2015
Final exam : Jun - julai 2015 (di pusat wilayah masing-masing)

Itu ler ringkasan sedikit sebanyak tentang proses belajar korang untuk tahun pertama. kalau ada sebarang pertanyaan boleh ler email ke jaakechik@yahoo.com. setakat apa yang aku tahu, insyaAllah aku tolong jawabkan...

Jangan malu jangan segan. ayat tak skema pun takpe. aku boleh faham selagi ianya bahasa melayu. hehehhe... hah, pada yang tak sempat nak apply tuuu tunggu intake sidang 2015/2016 lah pulak yek.. insyaAllah aku akan war-war kan di blog jika ada....



cara daftar muet, daftar muet online, tarikh permohonan muet

PERMOHONAN EXAM MUET 2014



Pada yang belum amik MUET tu boleh ler get ready untuk apply MUET pada bulan mei nanti. tarikh pendaftaran akan dibuka bermula 5 Mei 2014 - 25 Julai 2014.

For more info anda boleh klik ke pautan ini Kalendar Muet 2014. jaa pun nak apply juga nanti coz jaa belum ada MUET lagi. jom apply sesama nak??

Caranya... bila permohonan Muet tu di buka nanti... korang kena beli No.Pin Muet di BSN (RM100). pastu korang kena daftar Muet (persendirian) secara online di Panduan Pendaftaran Calon Muet.

Baca elok-elok arahannya kat situ. insyaAllah mudah je paham. baideway jaa ucapkan Good Luck untuk semua yer... selamat maju jaya dan selamat sambung belajar lagi!!





Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

18 comments:

  1. bagus jaa, bantu membantu kepada mereka yang memerlukan, thumbs up!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar harapan jaa agar entry mengenai PJJ yg ada di blog ni boleh di jadikan panduan untuk bakal student PJJ nanti. InsyaAllah.

      Delete
  2. info yg sangat berguna ni untuk dorang..tahniahh

    ReplyDelete
  3. memang sgt membantu Jaa.. thanks sebab tak lokek ilmu..

    baru je apply MUET tu.. tp bkn utk cikna, tolong apply untuk adik.. cikna dah lama amek.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Samala email MJ pun ramai yg tanya pasal PJJ, walhal dah habis dekat setahun dah ha ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuu laa MJ... tak sangka kan ramai yg berminat ngan PJJ ni benornya....

      Best la MJ dah graduate. Jaa ada 2 tahun lahi. Huhu... btw tahniah!!

      Delete
  5. tak de lagi perancangn untuk buat pjj. mana tahu akan datang,, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. PJJ peringkat master ler pulak muja.... hihihi.... Muja guru... best laaa.....

      Delete
  6. dua tahun lagi ye. good luck
    ilmu yg byk mmbantu org di luar sana

    all the best jaa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dua tahun lagi sue...
      terima kasih doakan jaa!

      Delete
  7. Terima kasih info yang diberi amat dihargai. Saya pelajar baru 2014/2015 akan daftar bulan Ogos ini coz pengurusan daripada negeri Melaka. Boleh email saya norliashelly@gmail.com

    ReplyDelete
  8. Terima kasih pada Ja kerana banyak info yg diberi. Amat dihargai. Saya pelajar baru 2014/2015 daripada Melaka. Saya mencari kawan utk mendaftar pada ogos tahun ini. Alamat emel saya norliashelly@gmail.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...