kelab blogger ben ashaari, KBBA,

03 March 2014

Petting Zoo / Tiger Valley / Animal Show @ Lost World Tambun





Sebelum terjun tiruk dalam Waterpark Lost World Of Tambun... kami masuk ke Petting Zoo dulu... sini kiranya ala-ala mini zoo ler... ala-ala animal safari gitu... 




Tak banyak sangat pun binatang yang ada.. tapi kira okey la untuk hiburkan fikri... bagi dia tengok binatang.... sekarang ni dia dah pandai sebut beberapa binatang kot inggeris dah... so, teruja la dia duk sebut masa tengok binatang kat situ...




Tuuu ada segerombolan kura-kura.. ada besar... ada yang kecik... comel jer sume.... ralit fikri duk tengok.. kita cakap kura-kura... dia cakap "Tulo-tulo" hehehe... cute pulak bila aku dengar!!!




Ruby and friends




Raccon ni comel tapi muka dia macam garang sikit




Ralit fikri tengok binatang yang ada kat sini




Posing ber-background-kan si burung merak...




Iguana.... kaler merah.... besarrr saiz dia ni...




Hok ni pakat ralit duk dengat renjer tu duk explain pasal spesis ular... memang good renjer tuh... satu-satu dia explain.. mudah paham... and sangat friendly... good job bro!




Masa tu dia duk terangkan pasal King Cobra... kenapa nama King Cobra... apa makanan dia dan lelain lagi ler pasal ular... ralit gak aku dengar....




Tuhh fikri duk tengok spesis kura-kura yang pelik.. kata renjer tuh... kura-kura ni hanya ada di Hutan Amazon... spesis yang semakin pupus...




Okeyy.. ni gambar yang dekat punya...




Cer korang tengok apa yang fikri and my laki duk tunjuk tuuuu.... uuuu takut aku wehhh.... ular anakonda duk atas kepala... korang boleh bayangkan tak??? aku menjerit kuat gak masa pandang kat atas tu.. hehehe...

Memula aku pelik... kat dalam cermin tu (kiri dan kanan) dia cakap situ ular anakonda... so aku tanya le renjer yang jaga ular tu.. "kata ada ular...? mana ular nya???"

Terus dia suh aku pandang atas... 

Huh.... histeria jap aku masa tuhh... punya ler terkejut.. betul-betul dia duk landing baik punya kat atas bumbung wehh.. betul-betul kat atas kepala aku pulak tu... seriauuu eden!!!




Meh aku zoom gambar kasi dekat sikit.... seronok pulak dia tido.... lembik semacam jer kulit dia... geli giler aku tengok.. rasa berdiri abis bulu roma.... grrrr!!!!




Macam-macam jenis ular yang dia tunjuk kat kami... ada snap banyak gak gambar ular ni.. tapi cukup arr dulu.. kan ada yang geli pulok... hehehe... settled Petting Zoo... jom kita melangkah ke Tiger Valley pulakk... 

Kebetulan masa tu pukul 3 petang memang kat Tiger Valley ada Animal Show so, kami memang takkan lepaskan peluang untuk tengok Tiger Feeding Show!! Jom layannnn gambar-gambar kami kat sana!!





Aummmm.... cik rimau sedang elok posing berdua kat situ... ala-ala tengah dating gituu... hehehe... rimau ni saiz dia agak besar tau.... Jarak dia ngan penonton pun memang jauh giler... tu dah berapa kali aku zoomm tuhhh.... supaya nampak lebih clear sikit!

Aku suka tengok Animals Show.. sebab masa tu dia akan keluarkan binatang yang cerdik dan persembahkan bagi penonton tengok... seronok tengok gelagat binatang yang terlatih tuuu.. CERDIK!!!




Sementara tunggu animal show... aku siap duduk bersila lagi ngan fikri.. lenguh wehh berjalan... even kawasan Petting Zoo dan Tiger Valley tu kat dalam-dalam tu jugak.. tapi tetap penat coz waktu tuh panas berdenting...!! pukul 3 pm... mana nak tahan!! aku kan puteri lilin!!




So beli aiskrim seketui dan air mineral kecik sebotol... Harga??? super duperrr mahal cik kiah oii... askrim kecik Mat Kool tu RM2.50. (harga biasa RM1.50 je pongg). air mineral tu pulak RM3.50 sebotol (padahal harga biasa singget jer).

Mahal ke tak mahal... redoo je laa... tempat themepark gini.... biasa la kan...nak tak nak kena beli gak bila dah dahaga tahap dewa... heee!!





Masa ni dia tunjukkan burung tu terbang melalui gelung rotan yang pengunjung pegang tu... memang cerdik sangat... tapi Animal Show kat sini kurang hebat berbanding di A Famosa Resort.. kat sana lebih hebakkk animals show diorang.. banyak show dan banyak binatang yang dia keluarkan...





Ko layan jer lah fikri yang sempat aku rakam tu.... pada yang tak tahu nak bawak keluarga dan anak-anak bercuti tu, boleh la pilih Lost World Of Tambun ni.... aku pun kalau ada rezeki lebih len kali akan repeat lagi kesini... InsyaAllah...


Bersambunggggg.............



    Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

    6 comments:

    1. alamak jenuh jalan.. jangan yang adik buat lena sudah jenuh nak dukung.. dah la dlm stroller tak nak duduk.. pengsan ada 2 hangbag besar.. hehhehe

      ReplyDelete
      Replies
      1. Nak pusing semua themepark ni agak lenguh jugak kalo ada anak kecik.....

        Delete
    2. Kalau utk show a famosa melaka sy dh pernah pegi. boleh rasa la kemeriahannya tu.

      bab ular tas pala mak aii..mmg grrrr..

      ReplyDelete
      Replies
      1. A famosa punya animal show mmg best sue... jaa pon dah penah pergi...

        Delete

    DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

    DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...