kelab blogger ben ashaari, KBBA,

04 March 2014

Review Hotel Sunway Lost World of Tambun



Hotel Sunway Lost World Of Tambun, Ipoh Perak
No.1 , Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 
31150 Ipoh, Perak, Malaysia
No. Telefon : 05-542 8888


Breakfast di Terrace Garden @ Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, perak, Review Hotel Lost World Tambun, tempat menarik di perak, Tiket Murah Lost World Tambun,


Hai selamat datang ke Hotel Lost World of Tambun.... hehehhe.... ada gaya jadik penyambut tetamu tak??? adaaaa kan??? hikhik... tapi sayanggg... gambar ni kelabu asap... huhu...


Breakfast di Terrace Garden @ Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, perak, Review Hotel Lost World Tambun, tempat menarik di perak, Tiket Murah Lost World Tambun,


Jaa check-in bilik ni pada pukul 1.30 petang... ikutkan rule sebenar... waktu check-in sepatutnya pukul 3pm... tapi dah kami sampai awal... kami try call receptionist tu tanya boleh ke check-in awal??? Dia kata boleh... coz bilik dah kosong dan sudah siap di kemas... takyah tambah duit pon...
 



Masa jaa check-in hotel ni just perlu tunjukkan file pdf dari Groupon yang jaa dah printed... dalam beberapa minit dah siap boleh masuk bilik dah... sekejappp jer!

Cuma, jaa datang ni waktu hari friday kan... so, jaa kena caj tambahan RM25.00 sewaktu check-in... deposit bilik pulak hanya RM5.00 (dikembalikan semasa check-out).


 Breakfast di Terrace Garden @ Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, perak, Review Hotel Lost World Tambun, tempat menarik di perak, Tiket Murah Lost World Tambun,


Masa beli voucher cuti-cuti ngan Groupon ni.. jaa dah maklum, kalo datang sini hari public holiday jaa akan kena caj sebanyak RM50.00. kalo check-in pada jumaat / sabtu kena caj RM25.00. dan kalau hari weekdays takde sebarang caj!

So kami memang dah tahu... so tak terkejut... sebab tu masa beli apa-apa voucher sekalipun kita kena baca molek-molek terma dan syarat dia... apa yang kita dapat... apa yang tak termasuk dalam pakej... bila blackout-dates dia... heee!


Breakfast di Terrace Garden @ Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, perak, Review Hotel Lost World Tambun, tempat menarik di perak, Tiket Murah Lost World Tambun,


Bilik kami ni Exotic Room... masa jaa tengah tunggu proses check-in bilik.. jaa ada tanya cik kak kat kaunter tu... jaa tanya "Berapa harga bilik secara walk-in pada hari ini??" dia cakap hari ini hari jumaat, harga bilik ialah RM290.00 untuk Exotic Room.. 

Cik akak tu cakap lagi... tu hanya harga bilik... belum termasuk themepark... oooo mak kau...!! mahal giler wehh... nasib baik aku beli secara online ngan Groupon... boleh dapat harga yang lebih murahhh.... RM235.00 je. siap termasuk tiket themepark untuk 2 orang lagi okey!!


 Breakfast di Terrace Garden @ Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, perak, Review Hotel Lost World Tambun, tempat menarik di perak, Tiket Murah Lost World Tambun,


Cik akak tu explain lagi... untuk esok lagi mahal.... RM310.00 (tanpa tiket themepark jugak). aku tanya dia kenapa esok lebih mahal.. dia cakap coz esok hari weekend... esok is sabtu-day!! opss ye tak ye jugak yekk...!!

Ohoiiiii.... sesungguhnya harga itu dibawah kemampuan kami laki bini.. RM310.00 campur lagi ngan 2 keping tiket themepark yang berharga RM48.00 setiap satu, makanya jumlah sebenar ialah RM406.00...

Fuhhh.... fengsannnn!!!


Breakfast di Terrace Garden @ Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, perak, Review Hotel Lost World Tambun, tempat menarik di perak, Tiket Murah Lost World Tambun,


Bilik ni agak luas gak untuk kami 3 beranak ni... kelengkapan completed. ada kettle, ada wardrobe simple, ada tv, locker keselamatan. bilik lak bersih memang tip top laa.... Nora bagi 4 bintang!!




Bilik air pon bersih dan luas... siap hair dryer sekali... nih jaa nak citer pasal kami yang sangattt ler jakunnnn... memula masuk toilet cakap... "aikk, takde water heater ke hotel nih...??"

Bukak air di sink sejuk... di paip biasa pun sejuk... dalam bilik mandi (air hujan) pun sejukkkk! eh ko dah kenapa?? apa barang hotel mahal takde water heater?? chaitt!!

Lepas beberapa minit aku duk bereksperimen ngan paip... barulah aku jumpa "air panas". ada rupanya dia. aku jer yang kuno! hahahahhaa....

Kita kena pulas tombol paip ke arah kiri barulah keluar air panas. kalau pulas ke arah kanan akan keluar air sejuk... nak panas sangat pulas banyakkk lagi ke kiri... nak yang kurang panas pulas sikit jer... hahahaha... 

Kampung sungguh aku!




Ada berus gigi jugak.... memang best!! tuala pon banyak dia bagi... 4 helai okey... memang terlebih sudaa... 2 untuk guna di hotel... 2 untuk dibawa ke themepark... so, korang takyah bawak towel sendiri pun takpe!




Hok paling best ni haa... bilik air dia... phewwittt so seksi wa cakap luu... boleh ngintai pasangan korang mandi... nak sedappp lagi ko boleh mandi together gether ngan dia... nak bergomol dalam tu pon boleh... veryyyyy luasss.... hahahahaa.....




Kat tepi tingkap tu pulak ada mini tilam... boleh arr melepak sambil ngintai kot luar... tapi pemandangan luar bilik aku memang tak syokk arr... nampak kawasan perumahan jer... muahaha...

Tapi... aku tak bukak pun tingkap tu... kasi tutup rapat-rapat ngan langsir... baru syok nak berdondang sayang kat situ... kan???? kah.. kah... kah...




Dah siap masuk bilik.. solat dan rehat sebentar..

nota : bilik hotel ni tak sediakan sejadah, seterika dan iron board ye. korang kena request. call jer nanti diorang hantar. petunjuk arah kiblat je ada.

Pastu kami pon terus turun semula ke bawah... ready nak masuk ke themepark pulak... yeehaawww... tak sabar nak main air wehh...

Pukul 2.15pm dah masa tuh.. rugi masa... pukul 6 petang themepark tutup dah... so kena manfaatkan masa 4 jam yang ada sepenuhnya di dalam tuh... apapun sebelum keluar bilik, kita selfie dulu sekeping!!




Sampai kat depan lift, aku nampak ada 1 cermin besar... so jom kita selfie lagi 3 beranak... aku sepanjang duk di Tambun ni sekali pun tak penah suh orang lain amik gambar kitorang tau... segalanya tangkap sendiri secara gilir-gilir... apa-ada-hal selfie jer la kan.... tak payah nyusahkan orang heee!!!

Pakej cuti-cuti tambun yang aku beli ni.. dah termasuk juga pakej brekfes untuk dua orang tau... tempat brekfes dekat jer ngan themepark... sesapa yg terlepas cerita Tambun ni, korang boleh klik jer link yg aku senaraikan kat bawah nih... semoga boleh dijadikan sedikit panduan untuk sesapa nak kesini nanti... InsyaALLAH....!!


nota : kalau beli pakej cuti-cuti ngan groupon jangan lupa call pihak hotel untuk booking tarikh check-in bilik ya. tak boleh terjah gitu jer. paling kurang seminggu sebelum pergi kena booked dah. call direct jer hotel tu... cakap korang nak booking bilik melalui voucher groupon. nanti diorang akan mintak ngan korang nombor kod voucher and kod security (refer file PDF yg groupon email kat kita tuh). bila dah siap settled... pihak hotel akan beri kat korang number kod booking. bila tiba masa nak check-in nanti korang beri jer salinan voucher yang dah siap di print tu bersama nombor booking order tadi.. okeyy!! paham ke nih??





Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

13 comments:

  1. so far ok la nampak kemas bilik nyer

    ReplyDelete
  2. tq for the info..Sb mmg tgh carik2 entry yang cam ni

    ReplyDelete
  3. hehe. selamat bercuti.. btw groupon mmg sgt berbaloi. enjoy your trip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Groupon mmg best... kita boleh jimat berganda!!

      Delete
  4. mmg murah kan beli online. kalau beli walk in mmg larik bajet le jawabnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli walk-in mmg tak laa... mahai betoi... tak mampu kami nak stay kalau ikut rege walk-in. Hukhuk.

      Delete
  5. yg belum ke lost world sila lah. pasti puas hati.anak2 pun seronok. cuti sekolah mmg sentiasa penuh

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...