kelab blogger ben ashaari, KBBA,

03 March 2014

Waterpark Lost World of Tambun Part 2



Waterpark Lost World of Tambun, Harga Tiket ke Lost World Tambun, Tiket Murah Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, cuti-cuti,


Cerita Waterpark Lost World of Tambun Part 1 dah siap dipublished tadi!! Now jom ke part 2.. gambar memang beratusssss aku snap.. makanya aku kena slow-slow rangka entry tambun nih..

Okey moh sambung cerita.... setelah 2 jam round Animal Petting Zoo, Tiger Valler dan lelain tempat.. kitorang dah mula masuk mandi manda dalam waterpark ni pulak...




Kami 3 beranak dah tak sabar nak basahkan badan coz cuaca masa tu panas berdentingggg wehhh... rasa perit kulit muka...




Memula kami terjah sini dulu... main ombakkkk... kami tak sewa tube pon. coz fikri takmo duduk dalam tuh... dulu masa kat Waterpark A Famosa pon dia nangis-nangis takmo duduk.. so kali ni kami tak sewa tube... main air koboi gitu jer...




Dari jauhhhh jaa perhati dua beranak tu main air... seronok weii... dulu masa gi ke Waterpark A Famosa Melaka, kurang seronok... coz fikri takutkan air pancut... kat sini dia ok jer... maybe sebab dah besar sikit kot... dah minat ngan air pancut di waterpark...


 

 


Area ni untuk kanak-kanak ribena... kat sini kurang dalam laa... so sangat sesuai untuk fikri... tapi masa kitorang datang ni tak ramai sangat orang coz kami datang ni hari weekdays bukan hari cuti sekolah.... so amat lenggang! boleh main segalanya sepuas hati!! ini yang specialnya bila cuti-cuti time bukan school holidayyyyy!!!


 



Mama ngan Abah fikri pon tumpang happy sekaki... posing baikkkk punya felingggg bak retisss... muahahaa.... syok bergambar hingga tak sedar, beg plastik yang aku bawak tu dah tenggelam sikit dalam air... hehe... nasib baik plastik tu tak bocor, kalu tak jahanam Note 3 aku kat dalam tuu.... alhamdulillah Allah jaga phone aku... syukur... hehehe...


 


Aku tak main air sangat pon.. aku tukang snap gambor.. kang dedua main air kang hilang pulak barangan aku... aku malas nak sewa locker simpanan barang tuh... sebab mahal... RM10.00.. huhh.. tak koser aku nak bayar...

Lagipun sikit jer barang aku... phone aku, phone my laki.. tu jaa... yang lelain baju dan selipar je laa... cincin, jam segala aku tinggal kat hotel... handbag pun tiket kat hotel.. mai sini bawak RM50 jer... selit celah henpon...




Oleh kerana malas nak suruh orang lain snapkan gambor kami laki bini... meh kita berselfie.... hehehehe... masa ni fikri duk ralit main air... so apalagi kita goyang gediks ler dulu... heee!





Puas main air kat situ kitorang main air kat lorong tube ni pulak...





Datang ke waterpark kali ni, aku rasa betul-betul berbaloi... sebabnya aku boleh nampak keterujaan fikri kali ni.. suka bebenor dia.. ajak naik pon takmo.. nak berendam manjanggg.. bila fikri happy kami makpak ni pun turut rasa happy...




Okey jom kita main air kat tempat lain pulakkk..




Kami benornya nak naik slide ni... tapi tak boleh... coz slide ni kena naik beregu (berdua) takleh naik sorang-sorang.. alamak...!! kau dah kenapa takleh naik sorang diri?? dulu masa aku gi kat Waterpark di A Famosa Resort Melaka okjer boleh naik sorang-sorang... 

Nak naik berdua ngan my laki kan, fikri takde orang jaga lak... hrmmm me-le-passss. aku baru duk pasang angan-angan nak me-release-kan tension ngn naik slide ni... kalau boleh naik, dah sah-sah aku boleh jerit kuat-kuat masa gelongsor turun!! hrmmm pasrah!! mampu tengok je laaa.... kem-pu-nan.




Itu ler antara kelemahan waterpark di tambun ni. namun di sebalik kelemahan dia, ada pulak terselit kelebihan dia... kat sini nak main slide tak perlu sewa tube... amik tube dan panjat tangga ke arah slide.. terus boleh gelongsor turun.. kiranya sesapa yang malas nak sewa tube pon takde masalah ler...

Paham ke penerangan aku ni? Gini.... tube untuk main air di kawasan lain tu kena sewa... dan untuk tube slide ni tak perlu sewa... paham dok? kiranya tube yang sewa tu just untuk main-main air biasa jer area situ jer.. yang gelongsong tetinggi ni kena guna tube khas yang free nih...

So, sesapa yang nak slide ni jangan risau.. ko tak payah sewa tube pun tetap boleh naik... okeyy!! tak macam kat A Famosa.. tube kena sewa baru boleh naik gelongsor... heee! kalo tak paham apa yang aku nak terangkan, sila baca 2-3 kali yekk...

nota : bagi aku tak payah sewa tube pun takpe!


Waterpark Lost World of Tambun, Harga Tiket ke Lost World Tambun, Tiket Murah Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, cuti-cuti,


Okey stop membebel meh kita teruskan dengan main air again... yang dalam gambar tu kan, aku sedang sabar menanti air yang kat atas kepala aku tu penuh di isi (dalam tempayan).


Waterpark Lost World of Tambun, Harga Tiket ke Lost World Tambun, Tiket Murah Lost World Tambun, Hotel Lost World Tambun, cuti-cuti,


3-4 minit menanti.... vroooooommmm mencurah-curah jatuh kat atas kepala aku hoiii.... pening jap rasa... hehehe...




Pufffff... seronok weii... korang yang terasa nak kesini jom laaa ekkk... sedapp la jugak kalau datang ngan anak-anak or pasangan memasing.. lupakan masalah kerja dan lelain hal.. datang sini kita enjoyyyyy!!!!



Jemput tengok video kalau nak tengok lebih real... bagaimana air ni mencurahhhh jatuh dari atas kepala kita.... seronokkkk weii... dah macam kanak-kanak ribena lak kami waktu tuh... heee!!




Overall bestttt....




Hampir 4 jam duk dalam themepark tu... hampir keseluruhan themepark kami terjah... seronok gak la datang sini bagi aku... al maklum laa kat kelate mana ada themepark besar macam gini... so, agak seronok gak laa... heee.... dah siap-siap tukar ke pakaian asal, kami pun kembali ke Hotel (bertentangan ngan themepark).


Bersambunggggg.....




    Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

    12 comments:

    1. Dah lama tak terjah sini, hari ni baru dapat terjah blog awk :)

      Mohon singgah dan follow blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

      ReplyDelete
    2. ala ala sunway lagoon.
      air pancut tu mcm gambang kan.
      ni yg buat x sabar ni nk ada ank sndiri.
      cik abe kawe bukenya nok gi tepat lagu ni .alasannya tunggu la ada ank sndiri baru best.. sabor je la.. tp mmg pon bawa anak sndiri bru terasa happeningnya kan..

      tgk fmly kecik ja berenjoy pon dh trrasa mcm nk pi skrg juga.. hahaa

      ReplyDelete
      Replies
      1. InsyaAllah sikit masa lagi ada ler tu turn sue untuk timang anak sendiri.... jaa doakan okey...

        Seronok gak sesekali ke waterpark gini... suka suki with family sendiri...

        Delete

    DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

    DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...