kelab blogger ben ashaari, KBBA,

19 April 2014

Bila Anak Terkena Chicken Pox (Naik Bertih)



Apa itu Chicken Pox? Chicken pox ni ialah penyakit cacar air. di Kelantan kami semua panggil Chicken Pox ni sebagai "naik bertih". untuk pengetahuan anda juga, Chicken Pox dan Demam Campak adalah sesuatu yang berbeza!

Nampak sama tapi bukan dia. chicken pox atau cacar air ni biji-biji merah yang berisi air. manakala campak pula bintik-bintik merah seperti ruam. mengikut kata orang tua, campak dan bertih ini akan kena sekali seorang. sejauh mana kebenaran itu, wallahualam.

Jaa sendiri pernah terkena chicken pox ni masa form 4. masa tu seluruh tubuh naik biji-biji berisi air ni. pedih, gatal, panas semua terasa. makin di garu makin sedap... cuma yg tak sedapnya, chicken pox yg digaru akan meninggalkan kesan parut yg buruk pada kulit kita (berlubang dan bewarna hitam).


chicken pox, chicken pox tak sama dengan campak, anak kena chicken pox, demam, masalah, fikri sakit, cacar air, ubat chicken pox, naik bertih,


Berbalik pada kisah fikri pulak. dia mula kena pada hari sabtu lepas (12 april 2014). selepas jaa amik fikri di rumah pengasuh, terus jaa mandikan fikri, tukar pampers.. masa nak pakai pampers tu la jaa perasan ada 2 biji kesan merah2 yg berisi air. tapi jaa tak syak pula itu chicken pox. ingatkan ruam. 

Pagi esok pulak, jaa tak kerja (offday), maka seharian fikri duk dengan jaa. masa tu lah jaa perasan yang biji-biji berisi air tu semakin banyak di badan fikri. masa tu lah jaa syak fikri ni terkena chicken pox. bahagian belakang badan dah banyakkkk... tapi di kepala dan muka belum ada lagi....

Dah makin lewat malam pulak, jaa tengok dah ada 2-3 biji di bahagian muka... pastu jaa cuba raba kepala fikri.. tengok dah ada banyak gak kat situ... masa tu dah pukul 11 malam okey... dan dan tu jugak kitorang keluar cari kedai gunting rambut.

Jaa risau kalau tak botakkan, chicken pox tu akan lambat sembuh sebab terselindung dek rambut fikri yg semakin panjang tu... makanya botak licin lah dia... hehehe....


chicken pox, chicken pox tak sama dengan campak, anak kena chicken pox, demam, masalah, fikri sakit, cacar air, ubat chicken pox, naik bertih,


Bila fikri kena Chicken Pox tu terus jaa call mak jaa dan Mil jaa, tanya apa petua untuk ubati chicken pox. diorang cakap takleh bagi ubat sebarangan. chicken pox atau demam campak ni kena biarkan ia naik keseluruhan badan dulu (top to toe). 

Kata mereka, kalau chicken pox tu keluar tak habis, ia akan berulang lagi. makanya jaa ikut gak la pesanan mereka.cakap orang tua kadang2 kena dengar gak kan... pesan mereka lagi, kalau anak kena chicken pox jangan beri anak terkena hujan. jangan makan benda2 gatal (telor, udang, sotong, etc etc). 

Fikri masa tu tak sesudah cakap "Adik jatal punjong... jayu ma" hihihi... kesian tau tengok dia... tergaru-garu sokmo.. nak dilarang dia bukannya paham... aku lak naik risau kot berparut... makanya aku gi klinik beli ubat sapu untuk bertih tu... tepek time malam masa dia nak tido.. alhamdulillah rasa okey sikit kot.

Ubat demam pun aku amik gak, coz hari pertama fikri kena chicken pox tu dia demam.. agak kuat gak panas badan dia... nak tak nak, terpaksa suap gak even orang tua ku larang beri ubat... hehehe...


chicken pox, chicken pox tak sama dengan campak, anak kena chicken pox, demam, masalah, fikri sakit, cacar air, ubat chicken pox, naik bertih,


Pada hari ke-5 aku mandikan fikri dgn air kelapa... kasi dia minum gak... isi kelapa pun aku suruh dia makan... buah anggur hitam tu pulak aku beli sebab nak sejukkan badan dia... lagipun orang kata anggur hitam ni penawar chicken pox... badan pun takkan mudah berparut... so aku beli gak... bagi fikri makan...

Gambar anak batu tu pulak ialah "Batu Kiwi". pemberian ayah aku tu. dia kata molek untuk chicken pox. dia suruh aku gosok/tenyeh di lesung batu dengan sedikit air... asah hingga batu tu lebur dan menjadi macam bedak sejuk... pastu tepek kat badan fikri... so aku akan cuba gak....

Pendek kata banyak cara gak aku cuba... harapnya ada lah  mana-mana yang berkesan... kita berikhtiar sambil kita minta pada Allah Taala supaya Dia perkenankan... Jika betul Engkau jadikan "benda ini" untuk mengubati "penyakit ini" maka Kau sembuhkanlah... Amin...

Setakat hari ini (19 april) chicken pox di badan fikri ni dah mula jadi hitam-hitam sudah... agaknya dah mula mengecut kot... harapnya sehari dua lagi sembuh laa tuu... harap tak berparut... jaa mohon korang doakan fikri moga cepat pulih dari chicken pox yer.... (^_^)



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

11 comments:

  1. salam singgah. inshaAllah kepada Allah kita bermohon, bertawakal. cuma kena sabar menunggu untuk campak ni hilang kan. sementera nak menunggu tu la yg parah sikit sebab anak2 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Tu lah. Berat hati tgk kulit anak jadi mcm tu. Huhu.

      Delete
  2. botak pun hensem.. hehe.. sian fikri.. harap cepat sembuh la.. dan tak melarat demam nya..

    ReplyDelete
  3. ooo.patut la fikri botak .dh terjawab.
    smga fikri cpt sembuh ye syg

    ReplyDelete
  4. moga fikri cepat sembuh,...aamiin

    ReplyDelete
  5. Anak saya pun sedang alami gejala ni. Sedang cari petua untuk kurangkan gatal. Terima kasih atas panduan2 kat sini. Sungguh bermanfaat.

    Natrah Mohamed
    www.natrahmohamed.com

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...