kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 April 2014

Buat Jeruk Pauh / Mangga Muda Sendiri Di Rumah

Salam dears

Sekarang ni di kampung jaa banyak betul buah mangga muda ni berbuah... agaknya dah sampai musim utk mangga muda berbuah kot. Di tepi-tepi jalan boleh tengok buah mangga ni merimbun... di kelantan mangga muda ni kitorang panggil sebagai "buah pauh" atau lebih tepat lagi, kitorang panggil "pauh ringan".

cara jeruk buah mangga, jeruk buah homemade, Kedai Jeruk Madu Pak Ali, jeruk pauh, buat sendiri jeruk pauh/mangga, mangga muda, cara nak buat,

Sekarang ni bila masuk ke pasar pun... boleh tengok lambakan buah pauh (mangga muda) di longgok dengan banyakkkkk dengan harga RM1 sahaja. Bila tiba musim-nya berbuah... terus harga dia jatuh merudummm... padahal kalau di luar musim, 7-8 biji RM2.00 okey...

cara jeruk buah mangga, jeruk buah homemade, Kedai Jeruk Madu Pak Ali, jeruk pauh, buat sendiri jeruk pauh/mangga, mangga muda, cara nak buat,

Oleh kerana lambakkan buah mangga muda semakin menjadi-jadi. Jaa pun terasa gatal nak jerukkan mangga ni. Buat jeruk sendiri lebih selamat dan lebih sedap bukan? Sesapa yang tak tahu camana nak buat jeruk mangga ni... meh sini aku ajar....

Memula sekali cuci bersih-bersih buah mangga muda ni. Kalau boleh pilih mangga yg betul-betul muda yang tumpurungnya belum tua @ keras. Hiriskan seperti dalam gambar diatas dan rendamkan dlm air garam. 20 biji mangga tu aku letak 4 sudu besar garam kasar.

cara jeruk buah mangga, jeruk buah homemade, Kedai Jeruk Madu Pak Ali, jeruk pauh, buat sendiri jeruk pauh/mangga, mangga muda, cara nak buat,

Biarkan semalaman sehingga kulit mangga tersebut bertukar kaler menjadi kekuningan. Pastu korang masakkan 3 cawan air bersama 1 cawan gula dan secubit garam. Ini anggaran utk 20 biji mangga ya. Kemudian sejukkan (maaf lupa snap gambar utk step tersebut).

cara jeruk buah mangga, jeruk buah homemade, Kedai Jeruk Madu Pak Ali, jeruk pauh, buat sendiri jeruk pauh/mangga, mangga muda, cara nak buat,

Alihkan mangga muda yang bertukar kaler tadi ke dalam bekas kedap udara. Sebelum tu... jangan lupa basuh dulu yer mangga tu... sejatkan hingga air kering... dan isi dalam botol...

cara jeruk buah mangga, jeruk buah homemade, Kedai Jeruk Madu Pak Ali, jeruk pauh, buat sendiri jeruk pauh/mangga, mangga muda, cara nak buat,

Selepas tu boleh masukkan air gula yang korang masak tadi. Curah sehingga penuh menutupi mangga tersebut. Sebelum curah air gula tu pastikan air gula tu dah sejuk ya. Jangan curah air gula yang masih panas. Sebab nanti jeruk mangga korang tak rangup!! Dah paham? Okey selamat mencuba ye kawan-kawan.

Simpan jeruk mangga yg berisi air gula tu selama 2-3 hari..  pastu dah boleh makann dah... setakat sebotol kecik tu kan tiga kali makan dah licinnn hokey... hari ni jaa nak repeat buat lagi.... krup krap krup krap makan sambil ngadap citer... mabelessss!!!

Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

26 comments:

  1. Nice. Vee tak pernah pun buat jeruk. Hihi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Yeay berjaya buat korang terliur... kekeke...

      Delete
  3. Ya Allah jaa saje tau.
    pernah buat skali je jeruk mangga ni.masa dduk jB dulu.

    ReplyDelete
  4. jaaa, byk stok ke? kalau nak beli, boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sgt2 sue... jaa buat sikit jer... utk mkn di rumah... soryy dear...

      Delete
  5. sedap ni..pokok pauh kat tepi rumah pun banyak berbuah..nanti nak buat jeruk jugak la..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat menjeruk pauh.... kekeke...

      Delete
  6. ya Allah, tergoda saya tengok jeruk mangga ni. Lagi suka kalau cicah dengan kuah rojak. Nyum nyum <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumbuk cili api 2 biji pastu buh dlm jeruk ni pon sodappp....

      Delete
  7. Replies
    1. Sila melelehkan ailio anda... ekeke...

      Delete
  8. minggu lepas baru jer buat..tapi buat 3 biji mangga jer..jadi ler lepas ngidam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. 3 biji pon ok ler.. janji ada.. hee!

      Delete
  9. sedapnyaaa.. mama cikna ada buat gak aritu.. kejap je abis.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab mengabis kan mmg cepat chicna.. bab nak buat tu yg malas... hehehe....

      Delete
  10. Sedapnya Jaa...
    Dah lama tak amkan jeruk pelam..
    Selalu 'rajin' letak garam gula pastu masuk peti ais je..heheee

    ReplyDelete
  11. Boleh x guna cara ni utk modify jeruk yg beli dr thailand... sakit dada...

    ReplyDelete
  12. sekarang musim jeruk pelam agaknya..kat mana-mana semua citer jeruk pelam..terlir dibuatnya..huhu

    kenali saya

    ReplyDelete
  13. Sy ada jual pelam telur wasap(0175112005) atau call terus(0183636563) area kedah sg.petani

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...