kelab blogger ben ashaari, KBBA,

13 April 2014

Gathering With Keluarga Besar Kami


~ Assalamualaikum ~


Sembilan April lepas jaa tak kerja (off-day). makanya, jaa discuss ngan adik-beradik dalam Group Whatsapp My Family nak tanyakan adik-beradik jaa yang lain free ke tidak 9hb tu.... adik beradik jaa kan ramai so sesekali memang seronok kalau buat gathering reramai begini... selalunya kitorang akan berkumpul untuk makan malam di rumah parents jaa di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu dan kami akan gotong royong masak dan memasing pakat sponsor lauk sikit sorang...




Cadangan pada hari itu ialah, kitorang nak makan Ayam Percik Istimewa Air Tangan Ibu Kami. for sure segala apa yang mak kita masak takkan sedap dengan masakan orang lain kan? sepandai mana pun kita tetap tak leh nak celleng mereka... betui tak?


 


Lain orang... lain cara masaknya.. tak gitu? sama gak mak aku... bagi aku Ayam Percik mak aku adalah yang paling sedappp.... sup gear box dia pun sedap.... gulai ayam dia pun sedappp... segalanya sedappp lah.. hahaha... melambung aku memuji... wehihi... andai mak aku tahu dan baca apa yg aku tulis kat blog ni, for sure kembang semangkuk idung dia ni... kekeke...




Okeh meh zooommmm kasi dekat sikit. kasi korang melelehhh ailio.... sajer aku nak riakkan kat korang dengan gambar makanan ni... hahahaha.... family kitorang memang gini ar... sesekali gathering reramai mesti berlambak akan terkeluar menu masing-masing. ko nak makan Kengsom Rebung... aku nak makan Gulai Rebung.. hok tu nak makan Ayam Percik, hok ni nak makan Ikan Rebus Goreng... hahaha... macam-macam pesen tau.... banyak orang banyak ragam nya.... 




Makanya, nak sedapkan hati semua orang buat jugak Kengsom Rebung ni... aku bedal semua... asalkan ada rebung kat dalam tuh.... kami sefamily memang hantu rebung....!!! sedappp makan rebung ni tau... rapuhhhhh jer bila kita geget.... lawan pulak ngan Ikan Rebus Goreng dan Sambal Belacan... fuhhh meletopsss....




Kalau yang gambar first tadi ialah Ayam Percik yang di bakar... yang ini pulak Ayam Percik yang digoreng.... hok ni memang sedap.... malam tu 4 ekor ayam selamat dibuat percik... sedap ratah lepas makan nasi weiii... 2 pinggan sekejap je licin nasi... 




Ini antara lauk kami malam tu... oleh sebab ramai... kitorang buat dua hidangan... segala macam ada... ikan kering, ulam pun ada.... bila nak amik lauk, bersimpang siur abis tangan..... berebut-rebut nak amik lauk.... hahaha.... ramai gak adik beradik jaa yang berkumpul malam tu.. dan yang tak dapat datang pulak mak jaa tapaukan mereka lauk.....




Yang kanan tu lah mak aku.... aku sayang mak aku ni banyak-banyak.... salute ngan dia yang bekerja keras hingga ke hari ni mencari rezeki untuk kesenangan kami adik beradik yang ramai ni even dah di usia 60... dannnn bagi yang tak tahu, aku ada 16 orang adik beradik yer (1 dah meninggal dunia). kami adalah adik beradik seibu dan sebapa... no tiri-tiri. no angkat-angkat. haaa.... terkejut takkk? apa pekerjaan parents aku? peniaga buah dan sayur je pungg.... hebakkk kan diorang?


my family, keluarga besar, keluarga jaakechik, adik beradik jaakechik, anak ramai, ramai adik beradik, kelebihan adik beradik ramai,


Gini la kami yang ada keluarga besar ni.... nak jumpa tetiap hujung minggu memang payah nak aturkan... memasing sibuk dengan kerjaya dan bisnes memasing... thats why kami setakat hari ni belum pernah ada gambar keluarga yang lengkap (15 beradik, 8 ipar, 20 anak sedara). susah kami nak capture gambar keseluruhan family kami ni.. time hari raya pun tak berjaya gak.. memasing ada komitmen lain.... nak ke rumah mertua, tak boleh balik (yg duk KL) dan pelbagai laaa masalah yang tak boleh nak elak...  hrmm terkilan betul!!



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

19 comments:

  1. serenokkan dapat kumpul ramai2,untung adik beradik ramai..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seronok cik eyra.... meriahhh rumah ngn gelak tawa....

      Delete
  2. besynya dapat makan ramai-ramai mcm ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Ya Allah Jaa...
    seyes meleleh aiiihhhh..yg ayam percik grg tu x pernah mkn lg..nmpk mcm ayam grg tu berkuah..ke Ai silap tgk Jaa :)

    riuh rendah no kalo ms bkumpul ramai2 nih..penuh pinggan dgn lauk2 x tau nk makan yg mana satu..hahahaa best2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam percik goreng bukan beza apa pun.. beza antara goreng dan bakar jer... pastu salut ngn kuah percik... itu je cik aini... hehehe... tp bagi jaa yg goreng lebih sedap sbb kuah tu meresap ke dlm isi ayam sbb mak jaa renehkan ayam ngn kuah dgn api perlahan..

      Delete
  4. Ramainya adik beradik Ja.. Adik beradik akak 9 orang dengan 7 ipar dan hampir 30 cucu mak dan seorang cucu menantu.. Inipun dah kira ramai dah ni.. Bila semua balik, dah macam kenduri kecil..

    Seronok kan bila kumpul ramai-ramai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik2 beradik jaa 16 orang.. yg kawin baru 7 org... kalau semua dah kawin dan ada anak tak tahu la camana nanti... for sure sekali gathering kecohhhh....

      Delete
  5. syoknya asik beradik ramai
    jaa no berapa?

    meriah kan.
    su ada kawan yang punyai 14 adik beradik. mber su tu kembar.no 12 & 13.
    mmg seronok.sbb semua ahli keluarga dia su kenal.. sbb kawan baik kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaa anak yg ke-8... its meant jaa ada 8 org lagi adik.. hehe.. yg bongsu sekarang umur 13 tahun... ngee....

      Delete
  6. ramainya..tapi ramai ramai cmni rewang masak for gathering best kan..jeles

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pon belum interpreme semua... kalau tak... tak muat umah rasanya... heee...

      Delete
  7. suka tengok, meriah! fiza pun ramai adik2 , fiza sulong, haa berderet adik kat bawah.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo fiza anak sulong yekk....? Jaa pulak anak tengah... yg ke-8....

      Delete
  8. meriahnyaaa..seronok kalau ramai2 mcm ni..

    ReplyDelete
  9. meriah gitu.. sorang satu lauk request.. tgk2 penuh hidangan.. hehe..

    seronoknya jaa keluarga besar..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...