kelab blogger ben ashaari, KBBA,

25 April 2014

Jadual Peperiksaan Akhir PJJ USM (Tahun Dua)



~ Assalamualaikum wbt ~


Pejam celik... pejam celik... alhamdulillah dah hampir tamat tahun kedua Pengajian Jarak Jauh (PJJ-USM) jaa dalam bidang Sains Kemasyarakatan ini. setelah bertungkus lumus berperang dengan segala assignment yang dibekalkan oleh pensyarah, akhirnya segalanya berakhir pada awal April baru-baru ini.

Assignment terakhir untuk tahun dua telah selamat di pos pada 11 April lepas. alhamdulillah selesai sudah satu babak. namun hati jaa kembali berdebar untuk menghadapi Final Exam PJJ USM untuk tahun dua pulak. Jadual Peperiksaan Akhir PJJ USM telah pun keluar. jadual exam jaa adalah seperti di bawah :


belajar secara jarak jauh, cara mohon pjj usm, final exam pjj, jadual exam pjj, PENGAJIAN JARAK JAUH, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014,



Untuk tahun dua ni jaa amik 8 subjek semuanya. tapi ada satu subjek tu dia takde ujian akhir, iaitu JUS 101 (Teras keusahawanan) dimana markah untuk subjek tersebut hanya bergantung kepada 2 Assignment dan exam semasa kursus intensif (Peperiksaan Berterusan - PB). nak tengok bagaimana contoh assignment JUS 101 korang boleh refer ENTRY INI.

JUS 101 takde final exam. makanya untuk final exam di tahun ini, jaa hanya berperang untuk 7 paper sahaja. FYI, jaa amik Kos Sains Kemasyarakatan Sebagai Major dan Kos Geografi Sebagai Minor. so, subjek yang jaa belajar sepanjang tahun dua adalah seperti berikut :


JKA 212 - Isu-Isu Antropologi Dan Sosiologi
JKA 213 - Ketidaksamaan Sosial
JKA 214 - Manusia Dan Persekitaran
JKA 216 - Paradigma Dan Teori Sosial
JMG 101 - Pengantar Geografi
JMG 211 - Geografi Manusia
JUS 101 - Teras Keusahawanan
JUE 200 - Bahasa Inggeris



Sebanyak 8 subjek yang jaa ambil. dan jumlah unit pula ialah sebanyak 28 unit. sepanjang 6 hari exam berlangsung nanti jaa Mendapat Kelulusan Cuti Tanpa Rekod (CTR) dari jabatan jaa. kiranya jaa tak perlu kelam kabut nak apply cuti tahunan ke hape. even kita gi exam pun gaji tetap berjalan.. terima kasih pada gomen coz support staff yang sambung belajar..


belajar secara jarak jauh, cara mohon pjj usm, final exam pjj, jadual exam pjj, PENGAJIAN JARAK JAUH, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014,


Mudah ke belajar PJJ? Kalau ikutkan hati, perasaan dan otak yang mula berkarat hijau ni, memang tak mudahhh!! tapi bila kita dah melangkah masuk dalam dunia PJJ ni.. automatik kita akan berusaha untuk terus maju dan majuuuu... betul tak? time kerja kita kerja, time di rumah kita utamakan keluarga, time belajar kita belajar. yang penting pandai bahagikan masa. (weeekk...berlagak pandai bajet masa letteww!)

Bagaimana Cara Nak Mohon PJJ USM? Apply di https://pohon@usm.my/ppjj. permohonan baru akan dibuka hanya sekali setahun. makanya korang kena alert dan selalu terjah website itu. kebiasaannya, permohonan baru PJJ USM dibuka pada penghujung tahun sehingga ke awal tahun iaitu sekitar (Dis-Mac). takde tarikh spesifik.


belajar secara jarak jauh, cara mohon pjj usm, final exam pjj, jadual exam pjj, PENGAJIAN JARAK JAUH, pengalaman belajar pjj usm, pjj usm, pjj usm 2014,


Sesapa yang berminat untuk Belajar Secara Jarak Jauh ngan USM aku harap korang gi baca entry-entry lama aku untuk mengetahui lebih lanjut tentang PJJ USM ini, tentang kursus orientasi / kursus intensif, bagaimana suasana bilik kuliah, bagaimana cara pembelajaran PJJ USM di pusat wilayah, tentang asrama student, tentang yuran PJJ USM segala bagai tu... korang boleh baca semuanya KAT SINI. semoga perkongsian aku tentang PJJ USM dapat membantu sesapa yang berminat untuk sambung belajar lagi.. 


"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusan Norhariza Abdullah dalam menjawab setiap soalan di dalam exam beliau nanti. semoga dia diberi ketenangan. semoga dia mampu menjawab setiap soalan exam itu dengan baik, tepat dan cemerlang... Amin ya rabbal alamin..."



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

19 comments:

  1. Replies
    1. Orang lain sibuk study.. jaa sibuk blogging.. ekeke...

      Delete
  2. Assalamualaikum kak Jaa, semoga dipermudahkan segala urusan kamu. bestnya PJJ ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... terima kasih shiela atas doa mu...

      Delete
  3. selamat study jaa.. all the best! :)

    ReplyDelete
  4. Salam. Kak sy nk tny. Hantar asignment pakai email ke pos..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.... assignment kebanyakkannya hantar melalui pos dear.... jarangggg email.. kecuali atas arahan lecturer...

      Delete
  5. study memolek...dan good luck ya....

    ReplyDelete
  6. Salam. Kak jaa sy bru dapat msg dri pjj usm. Sy dpt tawaran. Keputusan dah keluar harini. Tq kak sb byk bg dorogan kat blog akk ni. Alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... tahniah atiqa yer.. welcome to the club... dan selamat ber-PJJ yer... see u soon di kursus intensif next januari 2015...

      Delete
  7. As'salam Jaa,

    Found your blog when i started doing research for degree in economics in usm. Banyak info yg Jaa beri, Just nak tahu, proses pembelajaran dan exam di usm menggunakan bahasa melayu or bahasa inggeris? Currently i'm doing business study in ined uitm. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Terima kasih singgah masuk ke blog saya. (^_^)

      Proses pembelajaran PJJ di USM menggunakan bahasa Melayu. kecuali bagi kos sains (fizik, kimia, biologi) dan juga bagi subjek Inggeris.


      Regards,
      Jaakechik.

      Delete
    2. Thank you for the info Jaa ;). Lagi satu pertanyaan, adakah degree di usm di terima jika kita ingin menyambung master di luar negara? Ada sesetengah degree pjj yang tidak diiktiraf oleh institusi luar contohnya Open University dan Wawasan University. I did email the queries to the administration but yet to receive any reply from them. Maaf jika terlalu banyak bertanya. :)

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...