kelab blogger ben ashaari, KBBA,

29 April 2014

Jenjalan Ke Taman Tengku Anis Kota Bharu



ALAMAKKKK!!

Tak sangka pulak entry yang jaa post mengenai Pertandingan Bina Badan ramai yang geli nak tengok. ada yang takleh tengok body cik abang ketak-ketak rupanya.... hihi... im sorry dear.... jaa tak tahu pulak ada yang geli ngan body builder... (^_^)

Okehhh.. takpe... hari ni jaa nak post gambar kami 3 beranak lak... jangan ada yang kata geli gak sudah ler... ekekeke.... ekceli masa ni kami ke Taman Perbandaran Tengku Anis. saje mai sini untuk rewards fikri yang dah sembuh dari Chicken Pox!! kami ke sini selepas tengok pertandingan Mr.Newfort Kelantan 2014 hari itu lah...


splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Agak lama juga kami tak kesini. last pergi ialah masa fikri umur 1tahun 9bulan dan masa pestaim bawak fikri kesini ialah masa umur dia 8bulan masa tu dia baru pandai merangkak aje... klik ler kalau nak baca semua entry-entry lama masa fikri kecik ya... hehe..




Memula masuk jer dah boleh nampak di bahagian kiri penuh orang duk kerumun main air (taman tema air mini) jaa hari tu tak bagi fikri main air. kami datang hari tu nak rilex-rilex jer... lagipun kalau nak main air, kami lebih suka ke Water Splash di Taman Indera nun...




Tengok di sebelah kanan lak... penuh duk kerumun menan Soopa Doopa ni... amboiii dah ada pembaharuan nampaknya di Taman Tengku Anis ni... bagus laa begini, baru ada aktiviti sikit untuk anak-anak bermain...


splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Soopa Doopa di Taman Tengku Anis ni kalau nak main kena bayar RM5.00 sahaja untuk setiap kanak-kanak. untuk makpak free kot sebagai penjaga. tapi jaa tak konfem lah pulak, sebab lupa nak bertanya. fikri takmo main benda ni. penakut!!!

 splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Petang tu kami just jenjalan ke Taman Rusa yang ada kat situ. taman rusa ni kecik jer pun. tapi okey la wat lepas gian untuk anak-anak tengok rusa ni.... al maklum ler di kelantan ni kan takde Zoo. duluuuu ada gak mini zoo di Kuala Krai, tapi dah lama tutup.. seronok tengok fikri happy kat sini... siap duk hulur daun kering lagi kat rusa tu... time rusa nak ngappp dia lak lari... penakut betul dia!




Petang tu gak... kami naik Kereta Kuda ni... memang ada pembaharuan la kat sini.. dulu mana ada menan kete kuda ni... so kami tak lepaskan peluang.... sekali naik RM5 untuk dewasa. kanak-kanak FREE. so kami bayar RM10 untuk dua orang... dapat ler pusing-pusing 3 round... lebih kurang 7-8 minit gitu.. jadi ler kan... 

Fikri heppy betul time ni... katanya dia "Adik macam Celek (Shrek)" aku memula agak pelik kenapa dia cakap macam tu... pastu en.suami explained kat aku yg dalam citer Shrek kartun hijau tu ada naik kereta kuda begini... amboiii kuat gak daya ingatan dia... ermm... nampaknya sel-sel otak sedang berhubung lah tu... ekeke...


splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Lepas tu kami singgah kat tempat menan ni pulak... seronokk fikri.... ye laa jaa bukan sokmo bawak dia kesini... itu yang happy kepalang tuuu... tapi sejak dari kecik dulu untill umur dia dah 2 tahun 7 bulan ni fikri masih jugak lagi takut nak main gelongsor tu... dia just naik kuda olok-olok tu je lah...


splash taman indera, splash wakaf che yeh, taman tengku anis, taman tengku anis kota bharu, tempat menarik di kelantan, tempat-tempat menarik di malaysia,


Mak budak pun turut happy sama... ekeke.... mak yang over eksaited nampaknya kan?? hahaha. kat Taman Tengku Anis ni luas gak tempatnya.. okey la untuk riadah bersama family. ada trek jogging, ada taman air, ada menan gelongsor ngan buai, boleh naik kereta kuda, ada game soopa doopa... dan kalau nak yg lebih extreme ada gak Paintball. tapi hok ni aku tak penah lak main or tanya berapa harga dia... so aku tahu tahu... 

Aku benornya rasa nakkkk sangat berharap agar satu hari nanti di kelantan ni ada Waterpark macam kat tempat lagi... waterpark macam A Famosa Wonderland ke... waterpark macam kat Lost World Tambun tu ke... macam Bukit Gambang Waterpark ke... hrmmm agaknya bila ler nak ada yer?




Letihhh layan fikri main, makpak pon merilex bantai bersila kat situ sambil selfie! fefeling zaman bercinta katanya... hahaha... ye laaaa kat sini pun port kami dating gak dulu nih... tapi bukan selalu laa.. rasanya dua kali jer kot mai sini dulu... heee!

Sila muntah darahhh ler ye tengok gegambar kami yang mintak penampar tu... aku mulanya posing elok jer... maintain senyum fefeling cun melecunggg... sudahnya gambar aku jadi huduh bila en.suami sibuk duk kunyah keropok goreng tanpa henti.. itu yang senget benget habis mulut dia.. takde yang senyum molek!

Aku pun apa lagi... alang-alang 4-5 keping gambar yang duk snap jadi huduh... aku terus huduhkan semuaaaa.... kunun pose candid... hahahahahaaa.... korang layan jer laaaa ekkk.... (^_^)



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

10 comments:

  1. salam. waa..bestnya jalan jalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Jenjalan di hari sabtu-day mmg best!!

      Delete
  2. Replies
    1. Romantik dlm gambar je tuu... masa tu jenuh suruh dia duk molek2... hehehe....

      Delete
  3. best nyer..... nak ikut gak he3

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak Jaa, hahaha semua penggeli body builder ek. hehe bestnya riadah dengan keluarga. singgah menabung digi sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ye la shiela ramai betul komen kata geli tgk body builder.... hrmm rasa bersalah lak jaa... hehehe...

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...