kelab blogger ben ashaari, KBBA,

24 April 2014

Kenangan Manis di Pantai Irama Bachok



21 April 2014 hari tu, jaa offday. so jaa balik ke rumah MIL jaa di Gunong, Bachok. en.suami masih lagi dalam misi membantu kerja-kerja renovate untuk rumah mak dia... 

Tapi masa kami balik tu, MIL jaa mintak kitorang bawak dia ke Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Bachok, sebab ada masalah dengan bil letrik bagi bulan lepas..

Kebiasaannya bil letrik rumah MIL jaa sekitar RM40 - RM50 sahaja... tapi kali ni naik mendadak hingga memcecah RM258.40. aikkk ko dah kenapa TNB wehhh?? tersilap baca meter kah???




Pastu lebih kurang jam 3.45pm kitorang sampai di TNB. terus jumpa ngan staff mereka dan terangkan masalah yang berlaku. then dia suruh naik tingkat satu untuk jumpa staff bahagian "baca meter" (En. Kamaruddin). after disscusion lebih kurang 20 minit, terus settled masalah!

Pihak TNB mengaku akan kecuaian dari pihak mereka. katanya maybe yang baca meter hari tu "staff baru" makanya En. Kamaruddin tu cakap dia akan datang ke rumah MIL jaa untuk hantar bil letrik yang lain pada hari esok. so, settled masalah TNB. 

Nasib baik gi tanya... kalau tak melayang RM258.40. dah boleh cover untuk 5 bulan bil letrik tuh. semoga pasni kes begini tak berulang lagi. kesian pada kami as a pengguna yang menanggung bil tu nanti. hope TNB lebih teliti nanti!




Lepas settled masalah di TNB Cawangan Bachok, kami singgah sebentar ke Pantai Irama Bachok untuk minum air nyiur dan makan colek goreng-goreng yang macam gambar kat atas tuuu... 


  


Byk fishball, hotdog, isi udang, keropok disediakan kat gerai2 yg menghadap pantai ni.... kitorang amik sesikit je pun sebab memasing dah kenyang bantai nasik sebelum ke TNB tadi... 





Saje melepak kat sini sebentar kunun nak amik angin pantai... sambil imbau kenangan manis yg pernah tercipta disini dulu... hehehehe...  kaalu nak tahu, di Pantai Bachok ini lah tempat DATING PERTAMA kami masa couple dulu-dulu...

Masa tu 2 januari 2006 kot... lupa nak belek dairy... kekeke... yg pastinya kami laki bini declare couple pada 30 Disember 2005... cewahhhh tarikh tu mudah pulak aku ingat.... sekeh kangg baru tau!!! kami ni pelik tau... declare as couple selama 2-3 hari dulu baru keluar ngedate.... heee!




Tiap kali mai sini terus aku teringat kenangan lalu.... hahahaa... memang  kelakar habis... waktu tu kitorang keluar takdak sorang pun tahu... especially family aku laa.. puas aku cipta alasan utk kelentong mak aku kunun aku ada hal nak jumpa ngan kawan sekolah... padahal nak gi dating.... (^_^)

Hari itu adalah pestaim aku jumpa dia.. pestaim naik kete ngan dia... pestaim kami berborak depan-depan... (sebelum ni sembang melalui telefon) pendek kata dating hari itu segalanya adalah pestaim aku berdepan ngan dia!!! itu yg buat aku nerbes habis... tersenyum sorang-sorang aku bila ingat ingat balik... (^_^)




Abang... oooo... abanggg...!!! abang ingat lagi tak Kenangan First Date kita duluuuuu???? abang ingat lagi tak ayat yg abang karang masa nak suruh jaa ikut abang keluar ngedate hari tu?? Penuh berbunga ngn 1000 harapan kan??

Penuh pujuk rayu supaya sudi keluar ngan dia... meleleh air mata aku bila kenang kembali ayat sedih dia.. hahahhahaaha.... saat aku tulis entry ni aku tersenyum mcm orang giler dah ni.... rasa nak gelak berguling-guling ingat kisah lama.... hahahahaha.... ok dah full stop! nanti malu lak laki aku.... kekekee!!



p/s : Dear Fikri, do u know how i met your father in real life??

16 comments:

  1. selamat pagi singgah pagi khamis
    have a great day :)

    ReplyDelete
  2. wahhhh ini entry mengenang zaman chenta baru mekar... fewittttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah.... Zaman cinta baru nak mekar...!! Itu baru betul... ekeke....

      Delete
  3. hamboi mesti smpai skrg ni akk senyum sorg2 lagi kan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak Jaa, walahiii. tempat kenangan bercinta ya. sheila pun ada masalah pasal elektrik. tiap2 bulan naik rm100 lebih. padahal duduk 2 orang suami isteri. dua2 kerja pagi hingga petang.. geram betul, rasa macam tak munasabah. Nak kena panggil depa baca meter lagi rasanya ni. adoiii T________T"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... tempat blind date! Muehehe..

      Pasal letrik naik mendadak tu.. cuba sheila ke TNB terdekat... maybe diorang boleh explain kenapa jadi macam tu...

      Delete
  5. amboii sedapnya cucuk cucuk tuu :D

    ReplyDelete
  6. wahwahwah.. kenangan mengusik jiwa ni.. kira blind date la ni eh.. haha.. buat satu entry pleaseee.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segan ittew nak buat entry pasal kisah ngedate dulu.. ittew maluuu!!

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...