kelab blogger ben ashaari, KBBA,

02 April 2014

Kolam Air Panas @ La Hot Spring Terengganu


Assalamualaikum


Hai korang.... happy wednesday!! kalau Ahad lepas jaa share pasal Majlis Tunang Sahabat jaa yang duk di Felda Tenang. hari ni jaa nak share kisah kami ke Kolam Air Panas pulak. 

Ekceli, rumah ofismate jaa ni dekattttt je ngan Kolam Air Panas. lebih kurang 10 minit jer drive kete. Kolam Air Panas di Kampung La ni juga dikenali sebagai La Hot Springs bagi nama komersil. 

Kampung tu memang nama Kampung La. thats why di panggil La Hot Spring! lokasi Kolam Air Panas ni lebih kurang 20 minit dari simpang Lata Tembakah. 

Kalau dari bandar Jertih lebih kurang 40 minit kot!




Jaa dah acap kali kesini. dedulu suka mai sini ngan family jaa. parents jaa sokmo bawak kitorang mai sini. 5-6 kali dah rasanya kot! tapi ni ler first time datang ngan Fikri.

Tak sanggup pergi sebab jauh benornya.... heee!!


 


Chalet pun banyak ada kat sini! Jaa dulu penah stay kat sini 2 kali. tapi lupa lah berapa rate sewa dia. sebab mak yang bayar. heee! lebih kurang 150-200 utk 1 malam kot!




Apa  yang bestnya kat sini ialah, kita boleh merasa dua jenis air. Sejuk dan Panas. air hok sejuk akan sejukkkkkk gila-gila. Air kat sini lagi sejuk berbanding jeram atau lata lain yang jaa penah pergi hokey! pastu pulak kalau air panas pulak akan panasssss sungguh2!


 


Memula sekali jom kita pergi kat tempat air sejuk dulu.... kat kawasan air sejuk kena naik atasss sikit... kat situ best sebab air lagiiiiii sejukkkk!!


 

 kolam air panas la, la hot spring, la hot spring terengganu, tempat menarik di terengganu, tempat menarik di Malaysia,


Seronok fikri main air kat sini.... jaa turun jugak tapi kejappp je. tak tahan. sejuk giler air dia wehh... fikri pun turun sekejap jer dah bising cakap "Adik Sejuk... Adik Ketar" hehehe.....




Ko dah kenapa bang... ajar anak posing cenggini sokmo??


 kolam air panas la, la hot spring, la hot spring terengganu, tempat menarik di terengganu, tempat menarik di Malaysia,


Dah puas berendam dalam air sejuk... meh kita ke Kolam Air Panas pulak... dedekat jer kawasannya. tapi kena berjalan sikit ler.... lebih kurang 150 meter kot...


 kolam air panas la, la hot spring, la hot spring terengganu, tempat menarik di terengganu, tempat menarik di Malaysia,
 


Dari kawasan Kolam Air Panas ni.. kita boleh nampak orang duk main kat bahagian bawah. yang ada cik akak 2 orang tu air kat situ dah kurang sikit panas...

Yang paling bawah sekali tu pulak air hok sejukk... situ memang cetek.... takat buku lali jer kot... boleh ler anak-anak kecik bersidang kat situ...




Ini ler Kolam Air Panas di La Hot Spring ni... panas berasap... sekali rendam kaki boleh merah okey... masa ni tak ramai sangat orang sebab kami pergi bukan hari weekend. kami pergi hari Khamis. masa kami di Kolam Air Panas ni dah pukul 6pm kot.


 


Kat cecelah batu tu ler air panas ni mengalir... kalau ada yang berani... gi lah sentuh air yang mengalir tuh.. orang kata panas... tapi aku tak penah pulak sentuh.. huhu..

Kalau ikutkan signboard yang pihak La Hot Springs ni letak... air panas ni original... i mean bukan buatan manusia okey.... ori from mata air..

Dan dipercayai juga air ni boleh merawat pelbagai penyakit... especially penyakit kulit... betul ke tidak wallahualam... apapun kita ikhtiar jer la kan... mana tahu Kuasa Allah.. Kun Fayakun... betul tak?


 


Masa memula datang... kami laki bini hanya mampu rendam kaki jer dulu... panas betul suhu air kat sini... rasa pedih kaki... huhu...




Fikri pun masa tu takut-takut lagi nak rendam kaki dia... puas suruh dia takmo jugak.. dia cakap "toksey air ni panas!"


kolam air panas la, la hot spring, la hot spring terengganu, tempat menarik di terengganu, tempat menarik di Malaysia,


2-3 minit pertama memang akan rasa panassss meletop-letop... tapi bila dah lelama kita akan rasa okey... boleh ler start rendam badan pulak... dari paras pinggang ke bawah...




Dari paras pinggang dah boleh rendam dari paras dada sudahh... memula masuk tu Ya Allah panasss-nya air ni... berkerut-kerut muka tahan panas haha...

Pastu bila dah lelama sikit... boleh ler rasa cool sikit... rasa steady sikit muka. takde ler berkerut menahan panas... boleh control cunggg gitu.. kih kih kih...




Dalam pada kitorang ralit berendam tu jugak.. fikri tetiba masuk dalam air ni okey... rilex jer dia masuk... ramai gak pengunjung kat situ tengok dia... 

Masuk tanpa rasa takut pun... 

Jaa ngan en.suami pun pelik... haha.. maybe tubuh dia sejuk sangat masa mandi kat kawasan air sejuk tadi.. tu yang dia rasa okey bila dapat berendam dalam ni... tapi dia masuk setakat paras betis dia jer laa...




My laki pun dah mula rendam start dari paras dada dia dah... buat korang yang ingin merasa berendam kat sini.. jom ler datang... tempat ni memang jauh... tapi berbaloi kalau datang... 


 


Jaa dulu kalau datang ngan family jaa selalu mak jaa akan bawak bekal makanan yang banyak... nasi... lauk... ulam... budu... sambal belacan... ikan rebus goreng... fuhhh makan bertambah-tambah hokey...

Boleh repeat makan 2-3 kali lagi.... hehehe.... tapi bila jaa datang sini hanya 3 beranak kami tak bawak bekal pung... just beli air dan beli cekedis sajooo.... heee!!


 kolam air panas la, la hot spring, la hot spring terengganu, tempat menarik di terengganu, tempat menarik di Malaysia,


Lepas berendam di kolam air panas... kami turun semula ke bawah main air sejuk kat area budak-budak ni... cetek jer air kat sini. paras buku lali je pung... (^_^)

Lebih kurang pukul 7pm kami bertolak balik ke rumah kami di Pengkalan Kubor nuh... lebih kurang jam 11 malam baru kami sampai setelah singgah solat dan makan dulu dipertengahan jalan...

Banyaknyaaaaa gambar..... panjanggggg nya karangan aku... patut ler jari dah rasa lenguh..... huhu.... oklah jaa chow dulu ya.... baideway tengkiu for reading this entry!!!

Babai....!!!









31 comments:

  1. Replies
    1. Makpak budak pon seronokkk anum oii.. hihi..

      Delete
  2. Assalamualaikum jaa, bestnya! teringat last sheila masuk hotspring dekat Lost World of Tambun... mula2 memang panas gila, tak sampai 5 minit sheila dah berendam macam badak dalam tu. hehehe singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. berendam dlm hot spring mg bwst shiela... nak lagi kolam air panas yg ori mcm yg jaa pergi... lagi syok...

      Delete
  3. jaa musim panas ni tak larat rasanya nak berendam kat kolam air panas...he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa jaa tersalaj timing... hehehe....

      Delete
  4. wahhhh cantik kawasan ni... xpernah tau psl kewujudan kolam air panas kat t'ganu he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kolam air panas ni tersorokkkk sikit... jauh gila ngn kuala terengganu... (^_^)

      Delete
  5. akak! cntik nye tmpt ni. air die pn mcm jernih je xdalam kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air dia cetek je... sgt sesuai utk kanak2.... kawasan ni x berbahaya mcm lata tembakah...

      Delete
  6. syok la. dapat berendam skali skala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panasss berasap air kat sini... syok berendam...

      Delete
  7. macam best je .. teringin nak pegi ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom bercuti ke sini... chalet dan homestay pun ada...

      Delete
  8. boleh la singgah kalau pi ke sana.
    bila? ntah le.hihi
    thanks jaa berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom la sue... tempat ini lebih kurang 1jam 15 minit dari bandar pasir putih...

      Delete
  9. Replies
    1. Menarik sbb ada air sejuk dan air panas... (^_^)

      Delete
  10. besnya..nak mandi ni free ke kena bayar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran masuk RM1 untuk dewasa. 50sen utk kanak2.

      Delete
  11. Masa operasi jam brape kak? malam pun buka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pagi hingga ke petang. malam hanya utk pengunjung yg menyewa chalet je kot.

      Delete
  12. ada no tel chalet kat situ x?

    ReplyDelete
  13. ade no tpn untk tempahan chalet kt ctu x?

    ReplyDelete
  14. Seronok baca review pasal kolam air panas kat besut ni.,insha Allah weekend ni nak pergi la dengan family.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...