kelab blogger ben ashaari, KBBA,

18 April 2014

Makan Nasi Arab di Restoran Jeddah Kota Bharu


~ Assalamualaikum ~


Hari Selasa lepas, 15 April 2014 merupakan Birthday Suami jaa.. alhamdulillah syukur kerana dia dicipta dan dilahirkan untuk menjadi pasangan hidup aku... hehehe... berapa lama kami kawin? 18 Ogos 2014 nanti cukup ler 7 tahun usia perkahwinan kitorang...




Bagi meraikan BIRTHDAY SUAMI, jaa pilih untuk Makan-Makan di Restoran Jeddah. Restoran Jeddah ni di Kelantan yer... bukan Jeddah Arab Saudi nun.. mai sini sebab jaa nak bawak besday boy makan Nasi Arab. Nasi Arab menjadi pebret dia sejak mula makan di AM Tarbush hari tu.




Restoran Jeddah di baru aja dibuka. lebih kurang setahun rasanya kot. sebelum ni asyik lalu jer... tapi tak ter-try lagi... kali ni baru kami terasa nak ngetest Nasi Arab mereka. tengok kan dekorasi luar kedai dia macam menarik, itu yang kami terjah tu....

Alamat : Lot 358, Jalan Sultan Yahya Petra,15150 Kota Bharu Kelantan.
No. Telefon Restoran Jeddah : 09-7448060




Masuk jer terus besday boy pilih menu. mahu makan Nasi Mandy Kambing katanya. fikri pun sibuk gak memilih menu sekarang ni. hehehe. kepala fikri botak? nak tahu kenapa? dia naik chicken pox di seluruh badan tu... yang itu next entry aku story ehh... tunggu...




Jaa pulak pilih Nasi Mandy Ayam


 


Hari tu kami celebrate simple aje. takleh nak meriah sangat sebab fikri pun kurang sihat. takleh nak keluar lama-lama sangat takut fikri tak selesa. Chicken Pox ni kan gatal. so, dia macam takde mood sangat. monyokkk jer muka... makan pun tak berselera. 2 sudu jer makan nasi. itu yang jaa order fries untuk dia kunyah-kunyah.  




Kentang goreng ni RM6.00 sepinggan.




untuk air kami order Jus Mango (RM6) dan Carrot Susu (RM6)




Nasi Mandy Ayam Restoran Jeddah. di menu book Harga Nasi Mandy Ayam ni RM12.00 tapi sekarang ni Restoran Jeddah buat promosi, di kurangkan menjadi RM10.00 sepinggan. so rezeki kami agaknya pada hari tersebut. lupa pula jaa nak bertanya staff kat situ, sampai bila promo ni berlangsung.




Nasi Mandy Kambing Restoran Jeddah. RM16.00.


 


Nasi Mandy dihidangkan bersama Kuah Dalca dan juga sambal. psstt....perasan tak kuah dalca dia agak cair??? ala-ala kuah sup gituuu... untuk kuah kami takde pilihan lain. 1 ni aje kuah yang ada. hrmm pasrah!! (^_^)




Untuk salad ni jaa kena order secara berasingan. jaa order sebab terasa nasi tu kosong takde apa-apa sayur. huhu. tak macam di AM Tarbush, kat sana dah siap diberi sayuran rangup dalam set Nasi Mandy mereka. so, kami pilih Salad Fatoush (RM6.00) untuk lengkapkan hidangan kami. total bil kami hari tu ialah RM50.00.




Sedap ke makan Nasi Arab kat sini? jujur kami cakap, kami cukup kecewa dengan apa yang kami makan hari tu. rasa nasi arab dan lauk mereka sangattttt kurenggg di tekak kami... especially lauk kambing tu, terasa tawar.... nampak keringggg! nasi arab mereka pun biasa saja. takde aroma dan takde rasa. tekstur nasi tu pun agak keras di tekak kami.




Kesian pulak kat besday boy ni. hajat nak celebrate besday ngan Nasi Arab yang sedap tapi hancurrr..... huhu... kalau lah aku tahu begini aku ke AM Tarbush saja hari tu... tapi kaki ni gatal nak jugak terjah kedai baru yang belum kami terjah... heii nyesal sungguh tau...




Makanya, kami sangat-sangat membazir pada hari tersebut. laki aku tak habis, aku lagi laaaa teruk... sikit jer yang masuk ke mulut.. yang lelain terpaksa di tinggalkan jugak... mungkin Nasi Arab kat sini memang sedap jugak benornya, tapi mungkin rezeki kami kurang baik hari tuu....

Tak sedap di tekak aku, mungkin sedap di tekak korang. sedap di tekak korang, maybe tak sedap di tekak aku. tak gitu? apapun... kalau betul la rasa nasi arab mereka ni kelauttt, hope pihak Restoran Jeddah dapat perbaiki dari semasa ke semasa..




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

22 comments:

  1. Replies
    1. Dlm gambar nampak sedap... namun hakikatnya tidak. Huhu..

      Delete
  2. wahhhhh nyummylicious sungguh nmpak tu...

    ReplyDelete
  3. kadang kalo tak sedap, nak abiskan pon rasa malas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak suraya... tak lalu dek anak tekak....

      Delete
  4. sayangkan.tak berbaloi la dgn apa yg dibayar

    aik, fikri dah botak :)

    sya pulak 15/11/2014 nanti genap 7tahun jugak.. hihi..
    kiranya kita ni nikah pada tahun yg sama la kan..lain bulan aje..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg x berbaloi langsung. Fikri naik chicken pox tu sue..

      Fyi, jaa tersilap tulis lak tempoh wedding kitorang. Benornya baru 6 tahun. Sekali tersilap 7 thn dah... hehehee....

      Delete
  5. sedapnya kak. kak pernah tak rasa roti canai dia. besar kott
    btw kesedapan dia tu. kekdg tgk lah. mcm df makan kaat dima boleh lah tahan. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Roti canai? Takde pulak roti canai kat kedai ni. Kalau roti pita yg mkn ngn kebab tu ada ler...

      Delete
  6. tarbush tetap jadi pilihan cikna.. heheh.. nasib blum try lagi kat jeddah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah chicna. Tarbush mmg the bestttt kan?

      Delete
  7. Memang makanan kat sini xsedap pun ja.ramai dah yg pegi ckp benda yg sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu betul begitu... harap owner restoran tu boleh baiki dari masa ke semasa...

      Delete
  8. tengok harga tu nampak macam mahal sikit berbanding di kuantan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang harga kami tak kisah sgt... yg penting "rasa" tu.. kelautttt betul perginya...

      Delete
  9. thanks share info. sy dh try nasi arab mandy ni kat shah alam, zam zam arabic restaurant. rasa terus jatuh hati kt nasi mandy. memang sedap sgt kt situ. layanan very perfect. so balik kelantan nk try laa nasi mandy arab kt kelantan, hajatnya mlm nnt nk ajak en.somi pegi jeddah restaurant, rasanya cancel laa pegi jeddah nk pegi am tarbush laa. :)

    ReplyDelete
  10. thanks share info. sy dh try nasi mandy arab ayam & kmbing kt shah alam, zam zam arabic restaurant. memang sedap sgt², layanan pun memang perfect.then, sy balik kelantan ni nak laa ajak en.somi pergi try nasi mandy kt jeddah restaurant, tp bila bca entri ni rasa cancel laa pergi situ nk pergi kt am tarbush je laa. :)

    ReplyDelete
  11. Aha betul. Xsedap langsung.bnampak jer menarik. Harga pun agak mahal

    ReplyDelete
  12. muja pun baru pergi kat sini masa puasa hari tu. search terus jumpa blog jaa. best gak kat sini tapi tu la, kuantiti sikit, tapi sedap. boleh la nak pergi sekali sekala tu. hehee

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...