kelab blogger ben ashaari, KBBA,

30 April 2014

Mc DOnalds / KFC / Pizza Hut KBMALL



Entry ini sambungan dari entry Pertandingan Bina Badan dan entry Taman Tengku Anis gak ni. kiranya kisah ini adalah hari yang sama gak lagi, jumaat 25 April 2014. setelah ke taman, kitorang balik ke rumah parents jaa untuk amik 2 orang adik-adik jaa keluar makan.

Pada 25 - 28 April lepas, jaa tido di rumah parents jaa untuk temankan adik-adik. coz parents jaa balik kampung (pattani) selama 3 hari. makanya, jaa petang tu busyyy sangat makanya tak sempat masak, itu yang ajak adik-adik keluar makan.

Dalam pada duk pikir nak makan kat mana, terus diorang bertiga keluarkan segala cadangan... KFC laa, Mekdi laa, Burger King laa, Pizza laa... aduuiiii mementang lah aku nak belanja... sume pakat bertukar jadik tekak omputeh... pakat takmo nasi dah malam tu... sume nak makan fast food.... 

Okey laaa jom kita ke KBMALL!!




Memula sekali kitorang masuk KFC. kalau sesape yang dah lama baca blog aku, ko tahu ler kan... betapa laki aku ni hantuuuuu kehepsi... kalau ajak keluar makan, alwez nak ke kehepsi jer dia... so, nak puaskan hati aku beli segala apa yang tekak diorang nak makan malam tu...




so, jom kita order....Zinger Reloaded satu! tapau yekk!!


kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Settled tapau kehepsi, kitorang ke Mekdi pulak... adik lelaki aku mengidam katanya... huk aloh, mekdi pung ko telan... aku dah lama gila dah tak gi Mekdi ni kot... kunun boikot.. huhu...kat sini kami order set combo Burger Double Spicy termasuk fries dan air, pastu tambah lagi 1 Cheese Burger.




Eh, terliur pulak aku tengok burger Mekdi ni...bertingkek-tingkek!




Maka... seronok la sume orang puas hati dengan menu masing-masing... pastu aku ngan adik pompuan aku makan apa? kitorang makan Pizza Hut. so, sume orang bawak diorang punya fast food mai ke Pizza Hut... lepak dan makan kat sini sambil pekena Mushroom Soup....


kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Pizza Hut kan ada menu  baru sekarang.... Pizza Italy!! fuhhh, memang tergoda sungguh aku bila tengok iklan dia kat TV dan iklan kat facebook... nak jugak cuba.... nampak lam gambar macam sedapppp sungguhhh... rasa menitik ailio... kah3x... cemana tak terliur, pizza 4 segi kauuu!! sebelum ni pizza bulat jer ada!!

 


Kami order set combo untuk 2 orang. pastu siap add-on 3 mangkuk Mushroom Soup lagi... Set Pizza Italy ni didatangkan bersama 2 jenis Spaghetti (boleh pilih) dan pilihan topping pizza pulak ada 3 jenis dan dapat gak 4 keping Garlic Bread (Italiano Bruschetta) bersama 2 gelas pepsi!

kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Untuk pizza, jaa pilih topping Romano Chicken Pizza


 


Untuk pasta kami pilih Pesto Chicken Spagetti




Yang ini pulak Garlic Bread (Italiano Bruschetta). Tapi yang aku peliknya, dalam iklan aku tengok garlic bread tu semacam ada 1 mangkuk kecik sos, pastu dalam iklan roti tu macam ada cheese... tapi awat yang aku punya takde sos, takde cheese??? bentuk roti pun bukan segi tiga... ishk, lain bebenor hidangan fast food nih berbanding dalam iklan!!!! sos merah yang dia letak kat atas roti tu sebijik rasa macam kuah spaghetti bolognaise! tak sedap langsung lah bagi aku!


 kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Errr....Sedap ke PIZZA ITALY yang baru ni??? iya. hok ni memang sedapppp. aku nak puji melambung tang pizza nih... 5 bintang penuh aku kasi! makan panas-panas memang sedap sungguh... aroma yang wangi, roti yang lembut, cheese yang penuh buat aku rasa nak repeat again order Pizza Italy ni... mabelesss... sangat best di tekak kampung aku!

kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Muka ceria kami pada hari ituu... hehehee.... 


 


Tapi aku ada 1 pengalaman tak molek ler masa kat Pizza Hut KBMALL ni... servis dia pada malam tersebut memang tersangatttt memanaskan hati dan mood aku... kenapa? coz servis pizza hut kbmall LEMBAB GILA!!! sakitttt sungguh hati aku.

Dan bukan aku jer... 2 meja pelanggan lain juga merasa benda yang sama gak... pizza mereka pun lambat sampai... dan mereka pun tak henti2 membebel sama macam kami.. air dan side dishes memang cepat je sampai, tapi tang pizza tu lembab! takkan tukang buat pizza sorang jer malam tu? tak mungkin!

Hampir sejam nak tunggu diorang serve seketul pizza. gila!! mekdi adik aku, kehepsi adik aku, spaghetti ngan mushroom soup dah lama licinnn kitorang bedal... air pun dah tinggal hujung-hujung kami sedut... tapi pizza tak jugak sampai... heeiii panassss betul hati....

kbmall, kfc, kfc hot box, kfc kbmall, kfc zinger reloaded, mc donalds kbmall, pizza hut delivery, pizza hut kbmall, pizza paling sedap,


Last sekali hampir dekat pukul 10.10pm (mall dah hampir tutup) baru lah pizza kami sampai setelah berkali-kali aku duk tanya, mana pizza kami? sampai je pizza aku ngap sekeping, adik aku ngapp sekeping dah tu yang lelain kami bungkus...

Acaner nak makan? air dah licin, segala yang lain dah licin... kbmall pun dah nak tutup masa tuh.. lagipun aku pun panas hati ngan sorang staff kat situ yang angkuh giler.. layan kami dengan mencuka! aku tak tahu kenapa. agaknya dia stress kena marah ngan ramai pelanggan malam tu kot.. ke ko period dik?

Tobat aku takmo dah ke Pizza Hut Kbmall!!! lepas ni kalau nak beli pizza hut, aku akan gi ke Pizza Hut Delivery (PHD) aje... coz bagi aku servis Pizza Hut Delivery memang cepat!!! makan kat situ terus pun boleh, nak tapau pun bolehhhhh....!!



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

11 comments:

  1. he3 kagum dgn incik suami & adik lelaki jaa yg sempoi amik gmbr sebelah figura ronaldo tu... terbaekkk lah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cristiano Ronaldo ternyata memang ramai peminat kan... hehehe...

      Delete
  2. ASsalamualaikum kak Jaa, waduhh nasib baik baca entri akak sambil makan bekalan ikan patin masak asam pedas. kalau tak mahu terliur. hihi sabar banyak kak. org kerja fastfood selalu emosi lebih. ahahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm... wahhh sheila sedang makan asam pedas ikan patin? Sedappp nya.... pebret jaa gak tuh.....

      Delete
  3. sedapnya makan kak..tergugat diri ni nak diet..ngeh2..

    ReplyDelete
  4. Singgah Sini smbl follow akak :D
    Best nyerr ..
    Terliur tgk akak mkn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengki coz follow blog akak... nanti k.jaa terjah ke blog atikah lak yer....

      Delete
  5. lemah betul kalau service lembab ni.. memang serik dah nak pegi lain kali..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...