kelab blogger ben ashaari, KBBA,

09 April 2014

Selipar Aerosoft - Feveret Kaki Aku


Assalamualaikum


Hari ni nak citer pasal selipar lak... jaa ada satu selipar feveret yang jaa suka pakai... iaitu Selipar Brand Aerosoft yang made in thailand. jaa mula pakai selipar ni sejak tamat SPM dulu... pendek kata sejak zaman anak dara lagi lahh....


selipar aerosoft, selipar siam, selipar made in thailand, selipar yang sedap di pakai, selipar aerosoft siam,


Ini lah selipar yang jaa suka pakai tu.. sangat selesa pada kaki... kalau nak ikutkan dah berpuluh pasang yang jaa penah beli hokey... dan sepanjang jaa pakai tu jugak, tak pernah sekali pun selipar tu terputus tali even aku pakai ngan lasakkk! palinggg uzur pun dia just menggeleber jer...
 
Gi mana-mana sekali pun memang selipar ni yang jaa sarungkan. sedapppp!! design dia di reka khas untuk tapak kaki kita yang berlekuk... tumit kaki pun tak mudah pecah.. jaa pakai untuk aktiviti seharian jaa tau.. masuk pasar, gi Mall, ke office, masa bercuti kemana-mana, memang jaa pakai selipar ni je pun. selipar tu pun ada span. so selesa betul bila pakai. 


 selipar aerosoft, selipar siam, selipar made in thailand, selipar yang sedap di pakai, selipar aerosoft siam,


Selipar Jenama Aerosoft ni keluaran thailand ye korang... dan dia juga ada banyak design lain.. tapi hok ni jer yang selesa pada aku.. yang lain kurengg sikit....untuk design ini hanya 3 kaler yang ada. merah, hitam dan koko. kesemua warna aku ada koleksi... hehehe... peminat setia katakan... (^_^)

Jaa biasanya beli selipar ni dengan orang yang selalu ulang-alik ke thailand. Harga RM25.00. nampak je barang siam, tapi mahal gak rege dia okeh... dan di sebabkan jaa selalu pakai ler jugak ramai ahli keluarga jaa, member jaa, yg terpengaruh gak ngan selipar ni tau... hahaha... member office jaa (Ana) pun beli, bos pun beli untuk wife dia... kak kastam yang di sebelah office jaa pun terbeli jugak... hahaha..... 


selipar aerosoft, selipar siam, selipar made in thailand, selipar yang sedap di pakai, selipar aerosoft siam,


Makanya, kelmarin jaa beli sebanyak 7 pasang selipar ni... semua dah ada tuan masing-masing ni... ramai terpengaruh sebab, bila diorang try testing pakai, terus jatuh chenta!! tu yang pakat beli tuu.. especially my ipar-ipar ler... lepas dia beli, biras diorang pun nak jugak... jejiran pun nak.. tu yang banyak order tuu....

Pastu semalam pic selipar ni jaa upload di facebook... ada dua orang kawan jaa berminat gak.. diorang mintak tolong jaa beli dan poskan untuk mereka... adoii laaa.... dah macam tokey selipar pulak aku... hehehee.... tapi jaa tak jual selipar ni yer.. just nak share pasal selipar peveret jaa ni aje.... tapi kalau ada yang mengidam nak kan selipar ni, just inform jaa ok... nanti jaa tolong belikan... dengan syarat bank-in duit kat aku dulu.. kekeke....


Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

10 comments:

  1. Haah selipar siam ni mmg best sbb kami dok pakai jugak

    ReplyDelete
  2. xpernah jumpe lak selipar ni org jual kat sini...ke ade...???ke saya yg tak persan

    ReplyDelete
  3. mmg nampk menarik selipar ni,
    shark rasa masih belum jumpa kt area kuantan nie..

    follower baru kt cni :)

    ReplyDelete
  4. selesa sungguh napok selipar ni

    ReplyDelete
  5. jaa punya kompem merah mak ngah kan.. hihi..

    leh buat bisnes ni jaa.. kikiki..

    ReplyDelete
  6. Nk bli..sapa tau kat kl ada jual kat mna? Klau yg bleh pos pun lgi ok..x pyh nk kluar g cri..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...