kelab blogger ben ashaari, KBBA,

03 May 2014

Buku Denaihati Pemberian Blogger Shakiddo



Blog www.shakiddo.com  korang pernah baca? mustahil tak pernah masuk kan??? kalau tak pernah cer klik... gi tengok apa ada kat blog dia... aku pun antara silent reader gak... silent reader jer laa... bab drop komen aku sokmo mengelat... ekeke...

Seingat aku, pestaim aku baca Blog Shakiddo ni masa tahun 2010. masa tu aku tak tahu pun dia tu blogger otai, blogger yang agak popular coz aku masa tu aku bukan blogger tegar.. blog aku memang dah ada ketika Julai 2010 tapi masa tu hanya ada 1 entry.. 

Blog aku masa tu takde sape masuk baca atau tengok pun rasanya... tersadai hingga dua tahun... lepas tu baru aktif semula... nak tahu lebih lanjut cemana aku boleh create blog boleh baca disini -----> Kenapa Aku Buat Blog?


*ini ler pemilik blog shakiddo.com*


Aku memula masuk Blog Shakiddo disebabkan oleh hasil aku menggoole pasal Speedometer Streamyx. aku google pasal hal line tenet ni sebabnya sampai 1 tahap tu kelajuan internet aku sangat ler down... slow kalah siput barbie..

Makanya aku godek-godek ngan google untuk tahu pasal "Boleh ke Orang Cracked Password Wifi Kita?" rasanya begitu lah lebih kurang ayat yang aku google. aku google macam tu, sebab en.suami aku syak ada orang guna wifi kami secara haram. ayat mudah, curi line internet kita!

Pastu terus google syor Blog Shakiddo, masa tu aku ingat lagi banyakkkk yang dia ajar pengguna Cracked Password Unifi, adooii aku cari yang Streamyx tapi yang keluar Unifi pulak... tapi aku tetap baca... dalam hati aku "Apa lah dia ni ajar benda begini..." hehehe...  banyak tutotial dia ajar... agak banyak gak step nya... tapi sepatah haram aku tak paham cara nak cracked wifi tuh.. coz aku ni buta kayu bab IT. haremmm nak paham istilah program komputer...

Ok tamat kat situ, cerita pestaim masuk blog dia. pastu bila aku dah start aktif berblogging semula. aku suka terjah masuk sebab ada banyak Tips Blogging yang dia share. blog dia mesra google, so bila google tentang TipsBlogging or Tips Nuffnang blog dia selalu muncul kat search engine (SERP).

Aku ni pulak jenis mudah cam blog seseorang selagi dia tak tukar template atau header... plus lagi header dia cantik masa tuh (pic 3 beranak)... itu yang aku mudah ingat... nama url blog pun mudah dan unik! hok aku ingat lagi pasal entry yang dia ajar cara nak anggar berapa earning cpuv melalui Bonus CTR. 

Katanya darab aje dengan 4. pastu dah boleh tahu berapa nilai sebenar yang blogger tu dapat. ko tahu je lah kan, biasanya blogger yang buat duit dengan nuffnang ni biasanya dia blurrr-kan jumlah earning (sensored), tapi bonus CTR dia tunjuk... so aku boleh agak earning CPUV mereka melalui teknik yang Shakiddo ajar tu.. ~hee...gelak jahat!

Korang yang blogger baru ni, molek ler gi baca blog dia.. ada bermacam tips blogging yang dia tulis... ko kena godek-godek baca entry dia yang lama-lama punya.... banyak rahsia yang dia share di blog... teknik nak up trafik ribu riban lah hok aku suka baca nya... ekeke...




Dan disebabkan aku bagitahu dia pasal macammana aku boleh baca blog dia itulah yang buat dia beri hadiah untuk aku as reader. aduiihaii aku lak naik malu... ye la baca blog orang diam-diam tak drop komen pun tup-tup dapat hadiah kekonon loyal reader! iskh, malu cek! Akhirnya inilah hadiah yang aku dapat hasil pemberian Blogger Shakiddo.


 


Buku terbitan Denaihati dan 1 keychain dari Cambodia. insyaALLAH akan ku baca buku-buku yang sangat terbaikkkk itu.... terima kasih buat Shakiddo dan Denaihati...






Buku Denaihati ni berdasarkan apa yang di review oleh ramai blogger lain, ianya penuh dengan ilmu, pengajaran, tips blogging dan memaparkan pelbagai coretan pengalaman berharga Penulis Blog Denaihati selama ini.

Blog Denaihati merupakan blog yang mendapat pelbagai anugerah yang hebat-hebat, seperti Best Of The Best Blog 2012, Best Personal Blog 2013, Most Creative Blog 2013, Best Micro Blog 2014. sesapa yang berminat nak dapatkan Buku Denaihati ni boleh Beli Disini.




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

2 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...