kelab blogger ben ashaari, KBBA,

10 May 2014

Cara Bayar Yuran PJJ USM Secara Online


Salam Dears


Okey hari ni jaa nak share Cara Nak Bayar Yuran PJJ USM Secara Online. entry ini untuk panduan pelajar pjj usm sahaja yer. yang bukan student PJJ USM tu, nganga je lah yer.. kompem korang takkan paham punya... ekeke.. 

Yuran pengajian bagi Kos Sains Kemasyarakatan adalah sebanyak RM1231 setahun. ya jaa ulang sekali lagi hanya RM1231 setahun okey, bukan 1 semester. memang murah gilerrrr, sebab tu PJJ USM palinggggg the best!!!

Ansuran pertama perlu dibayar sebelum Oktober 2013 dan ansuran kedua pada 16 Mei 2014. setiap ansuran adalah sebanyak RM615.50 sahaja. mana nak dapatkan duit untuk bayar yuran? Apadahal, PTPTN kan adooooo!!! hihihi...

Bagi yang berminat nak tahu, yuran PJJ USM ni boleh di bayar secara ansuran 2 kali yer. tarikh bila perlu bayar pihak usm akan tentukan nanti. jom tengok bagaimana cara pembayaran yuran PJJ USM secara online!!!

 ___________________________________________________________________


Cara Bayar Yuran PJJ USM Secara Online



 Pergi ke pautan ini :  https://epayment.usm.my/main/




Klik : Kampus Induk  (refer kotak merah tu yer)




Klik :  Pelajar Jarak Jauh  (refer kotak merah tu yer)




Isi segala butiran yang dia minta dengan lengkap.
Di Nombor Bil/Invois tu korang masukkan : No.IC @ No.Matrik
(cth : 881224035555 @ JK/6677/12)

Setelah lengkap, akan keluar kotak Pengesahan/Confirm
korang terus klik jer kotak tu yer (warna biru)




Lepas tu, akan keluar mende ni pulak...cek betul ke tak butiran tuu..
kemudian Tick FPX dan Klik Teruskan/Proceed

 



Tick sahaja ke mana-mana nama bank yang korang mahu guna
pastu masukkan email, dan Klik : Agree and Continue





Klik : Click Here To Complete Your Transaction




Tak lama kemudian akan keluar pop-up begini (if uolls guna M2U).
kalau guna CimbClicks / MyBsn akan keluar pop-up bank yg korang guna tu lah

Masukkan username, password, request Kod TAC seperti biasa
sehinggalah status tu tertera : Successful




Okey sekarang dipaparkan bukti pembayaran anda yg telah selesai!!
jangan lupa print untuk simpanan sendiri yer....


___________________________________________________________________



Nota : Kegagalan membayar yuran pada tarikh yang ditetapkan, akan menyebabkan anda dikenakan denda sebanyak RM50.00. sekiranya masih terdapat tunggakan yuran semasa pendaftaran bagi sidang baru, anda akan di halang daripada mendaftar untuk sidang selanjutnya. atau dengan kata lain anda perlu extend selama setahun. RUGI wehh.. jadi, pastikan bayar segera ye uolls!! 


Di harapkan sedikit perkongsian tentang Cara Pembayaran Yuran PJJ USM Secara Online dapat membantu pelajar-pelajar PJJ yang masih belum tahu bagaimana cara bayar yuran online ini.  sebarang pertanyaan berkaitan pengurusan Yuran Pengajian Jarak Jauh, sila hubungi Pihak Bendahari USM seperti yang tertera di bawah ini :


Pn. Mazlina Binti Abul Manap   :  04-6533777 
Pn. Saliza Binti Mohd Saad      :  04-6533773



"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusan Norhariza Abdullah dalam menjawab setiap soalan di dalam exam beliau nanti. semoga dia diberi ketenangan. semoga dia mampu menjawab setiap soalan exam itu dengan baik, tepat dan cemerlang... Amin ya rabbal alamin..."


Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :

13 comments:

  1. satu perkongsian yang bermanfaat bagi student2 pjj usm...

    ReplyDelete
  2. cikna dah bayar guna kwsp.. hehe..

    debor pulak jaa dah nak dekat final ni.. hope kita dapat dekan tahun ni ye jaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syok la cikna coz ada duit duit KWSP.... jaa ni pun start debor gak... seru utk study belum datang lagi nih... adehhh...!!

      Delete
    2. As salam Chic Na..nak ty sikit leh..lau pengeluaran kwsp , dia akan bagi pengeluaran untuk 5 tahun terus ke atau kena apply setiap tahun sehingga tamat pengajian??

      Delete
    3. apply setiap tahun... 1st year boleh apply sekali tiket perjalanan pergi dan balik.. kalau naik flight tu simpan tiket flight... claim tambang on off payment sahaja.

      Delete
  3. Replies
    1. Hope berguna utk sesapa yg memerlukan...!!

      Delete
  4. segalanya mudah dihujung jari..hihi..on9 ja trus dah boleh beli itu ini..mudah kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila zaman dah semakin canggih... segalanya di hujung jari ler... hihi...

      Delete
  5. Prkongsian yg sgt membantu. Bru ja selesai bt bayaran melalui epayment smlm. Sblm tu bingung jga nak isi apa dlm bhgian no invois tu...

    ReplyDelete
  6. Hi kakja. thankyou for the great sharing. senang nk bayar yuran hehe

    ReplyDelete
  7. selalu pergi bolq ni utk bayar yuran..tq ye

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...