kelab blogger ben ashaari, KBBA,

19 May 2014

Dapat Anak Sedara Yang Ke-22





Rasanya baru minggu lepas aku cakap yang aku nak maintain Update 1 Entry 1 Hari  sekarang ni, ko dah kenapa takde entry setiap hari jaakechik? mood kelaut ka? okey mohon ampun yer... 

1 week ni aku busy ler... asyik ulang alik ke rumah parents aku je... even dekat tapi memang mampu buat aku kelam kabut tak melekat di rumah.. takde kat umah maksudnya tak menyempat ler nak ngadap komputer ngapdate blog...

Boleh jer update blog guna Note aku. tapi itu ler, aku tak berapa berkenan ngan keypad QWERTY di smartphone yang tersangat ler kecik. asyik typo jer aku time nak mengarang entry. lagipun aku suka tulis entry pepanjang, so cannot ler guna phone. guna PC lebih best kooo!! puas hati nak taip berjela pun.... heeee!




Nape aku asyik ke rumah parents aku? al-kisahnya gini, kakak aku di Kolumpo nun bersalin anak yang ketiga (yang dlm gambar tuuu). Bersalin Secara Caesarean lak tu... so, mak aku kena ler gi jaga dulu buat seminggu pertama. so adik-adik aku yang masih kecik 3 orang tuu takde peneman, aku ngan laki aku ler kena bermalam kat sana. tolong masak. tolong jaga rumah.




Muhammad Rizqi Bin Nazaruddin nama anak sedara baru aku ni. meriahhhh ooo di spital pakat duk tengok baby baru. aku sendiri entah bila ler nak gi tengok. tunggu diorang balik jun nanti ler kot. huhu. mak ngan ayah aku jer gi dulu kat sana. 

InsyaAllah kalo takde pape halangan malam ni mak ayah aku balik ke Kelate malam ni... apapun selamat hadir dalam keluarga kami Adik Riqzi... semoga menjadi insan yang baik lagi soleh hendaknya....Amin..

FYI, Riqzi ni cucu ke-22 bagi parents aku nih.. ramai weii anak-anak sedara aku... dah adik beradik pun 16 orang (kami se-ibu dan se-bapa), anak-anak sedara haruslah 5 kali ganda ramainya kannn?? itupun belum kawin semua lagi nih. ada 8 lagi belum kawin. kalau semua kawin gamaknya 100 orang ler cucu parents aku... ekeke...



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

12 comments:

  1. suka bau baby baru lahir.... bau paling menyenangkan...

    ReplyDelete
  2. sama nama ngn anak sy..anak sy Wan Rizqi Ameer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sama laa ngan nama anak kaka saya... anak ketiga dia Rizqi... dan anak sulung dia pulak Ameer... wahh suatu kebetulan yg menarik!

      Delete
  3. waduh 22???bayak dah tu..pape pun tahniah.smge bby tu sihat walafiat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ini cucu ke-22 mak k.jaa... hihi...

      Baideway... thanks for doa...

      Delete
  4. wahhh thniahh. df tak dpt lagi anak buah =.=

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...