kelab blogger ben ashaari, KBBA,

24 May 2014

Drama Air Mata Di Pagi Hari





Duluuuuu..... masa memula aku hantar fikri ke rumah pengasuh ialah masa fikri umur ngam-ngam 3bulan.... masa tu, aku ler hok merah abis muka duk tahan sebak tak sanggup nak tinggalkan anak di rumah pengasuh... puas tahan air mata dari jatuh.. tapi, lastly relaiiii gak... sobs sobs...

Punya la sebak hati nak tinggal fikri di rumah pengasuh weii.... Allah saja yang tahu apa perasaan aku waktu tu.... drive kete pun sambil lap air mata yang lajuuuuuuuu duk turun macam air paip... tersedu-sedu ok.. sumpah sikit pun aku tak tipu!!

Tapi itu duluuuuu laaaaaa......




Sekarang ni aku dah tak sedih hati tinggal fikri di rumah pengasuh... bahkan seronokkkkk pulak hati sebab boleh gi keje ngan tenang tanpa risaukan anak tiada penjaga. soal makan minum dia pun aku tak risau. coz aku tahu pengasuh fikri ni memang the besttttt pengasuh in the world!

Now, cukup 2 tahun 4 bulan fikri di jaga pengasuh (Kakje). dari tak sekecik-kecik baby yang hanya tahu tergolek atas toto, sekarang dah besor dah dia. Kakje tu pun layan dia bagaikan anak sendiri. plus lagi anak bongsu Kakje pun dah umur 17 sekarang ni, lagi ler dia sayangkan si fikri nih. lama takde baby kecik kekdahnya...

Makan pakai, sakit demam fikri dijaga elok....! aku suka dengan Kakje ni... tak berkira pun ye gak.. time aku keje overtime (OT) pun dia okey jer jaga fikri tanpa ada caj tambahan.. memang A plus plus lah aku memuji pengasuh fikri nih!




Nak gi kerja aku hantar. balik keje aku amik. time tak kerja (offday) aku jaga sendiri. melainkan aku ada hal emergency atau nak ke kuliah PJJ USM aku terpaksa tinggalkan dia ngan pengasuh jugak time aku off. pendek kata senang nak tinggal dia kalau aku nak kemana-mana.

Tapi percaya tak? fikri tak penah sekali pun tido dengan pengasuh dia di malam hari? tak penah jugak dia tido ngan mana-mana orang lain selain tido ngan kami. ngan parents aku pun tak penah. ngan keluarga Mil aku pun tak penah. time malam, mesti tido dengan kami! kalau aku takde (time kursus), fikri tido ngan abah dia. tak penah aku biarkan bermalam dengan orang lain!




Sejak fikri umur 3 bulan lagi dijaga pengasuh sama kan, membuatkan fikri pun sayanggggg betul dgn Kakje ni. Tapiiiiii...... sejak dua menjak ni... fikri dah mula buat perangai tau.... dah pandai mention aku ngan abah dia yang dia takmo pergi rumah pengasuh dah.... amboi dah pandai demand lak dia...


F: "Jange gi umoh Ma TakJe deh?" (jangan pergi umah Ma KakJe ye?)

A : "Bakpo adik toksir gi umoh Ma TakJe?" (Nape adik taknak gi umah Ma Kakje?)

F : "Adik jerikkk............." (adik menangis.............)

A : "Bakpo adik jerikkkk nyo??" (Nape adik menangis?)

F : "Adik nok gi kat Ma naik keto" (Adik nak gi kat Mama Naik Kereta)


Sekarang ni boleh dikatakan tetiap pagi adaaaaa jer drama air mata kat depan rumah pengasuh... melalak... meraungg... kalah orang histeria.... habis jejiran pengasuh tengok.... aduiii malu mak!

Puas ler akal kancil aku duk bodek ngan memacam benda. suruh dia masuk minum air dalam peti rumah pengasuh ler... suruh dia gi ke dapur rumah pengasuh ler... dah elok dia pergi, terus aku pecut kete tinggalkan dia.... hahahaa...




Banyak drama weii fikri di pepagi hari sekarang nih. drama air mata tak sesudah... iskhh stress sungguh laa aku... pepagi hari sebelum ke office aku dah berpeluh 1 badan dah duk layan karenah anak yang banyak songeh sejak dah makin besar ni...

Nak elak dia mengamuk, makanya hari-hari ler aku kena bodek dia ngan beli aiskrim dulu. pepagi hari dah makan aiskrim okey... ko mampu?




Pastu pulak, peel dia sekarang ni suka usung menan bawak balik... sebelum ni aku tinggalkan aje menan dia di rumah pengasuh.. sekarang dia taknak tinggalkan dah.. time petang, sume diangkut bawak balik... esok pagi, usung ke rumah pengasuh semula... adoiii pening ar...

Bukan sikit menan yang dia angkut... kekadang Jentolak yang besar tu pun dia angkut... mana yang duk dalam raga merah tu lagi.... semua dia usung... itu pun nasib baik aku dah simpan hampir 80% menan dia atas lemari. 

Sakit hati punya pasal aku rela simpan menan tu dari tengok dia sepahkan... hahahaa.... main ler ko ngan menan yang sama tuh... tak koser mama nak ngutip menan yang sokmo berterabur atas lantai.... kah3...


 


Time mood baik, okler senyummmmmm meleret jer time nak tinggal dia... siap babai babai.... siap kasi flying kiss lagi... hrmmm baiknya anak mak.... tapi....time mood dia tak baik... dah ada aiskrim pun bantai melalakkkkk gak.... amboiii... bertuah sungguhhhh ler, kannnn????

Kalo dia buat perangai time aku badmood or time aku letihhh... time tu boleh dengar ler betapa kuatnya suara aku memetirrr.... suara ngan tangan sama-sama main peranan... sekali mak ko menyingga, pangggg sebijik... terus meraungggg! haaa kan dah kena...!! ekeke...

Sehari dua ni aku nak membebel pasal anak jer.. bukan kata tak suka ngan karenah anak... tapi saje aku nak tulis kat sini, biar esok-esok dia baca semula dan tengok balik perangai dia yang macam-macam ni....

Ada anak sorang pun berjaya buat aku separuh meroyan... acaner kalau ada anak 16 orang macam mak aku? adehhh tak berani aku nak pikir.... aku dulu pe'el gini jugak ke ehhh? coz orang kata, perangai anak kita skrg adalah mengikut perangai kita masa kecik....? ermm... nak balik tanya mak aku laaaa....!!!



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

7 comments:

  1. Replies
    1. Tu laa farah... dah pandai mengikut dah fikri skang ni... alwez berdrama tetiap pagi....

      Delete
  2. eh2 ...da follow blog jaa kechik ...suKANYA ...WUHAAAAAA.....

    ReplyDelete
  3. adoi...budak dah byk akal memang gitu..samalah dgn anak2 sy

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah banyak sungguh akal dia...
      makin cerdikkk dia sekarang ni...
      ada jer helahh dia...

      Delete
  4. pic first fikri masa kecik erk?
    comenya dio..
    besar gini pon dh encem..

    makin cerdk ni..

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...