kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 May 2014

Event Nuffnang : Melawat Kilang Mamee Chef di Melaka





Jumaat lepas jaa ada terima email dari Pihak Nuffnang. details email adalah seperti diatas. Nuffnang ajak join event bagi Melawat Kilang Mamee Chef di Melaka. kos pengangkutan dari Subang ke Melaka segalanya di tanggung pihak Nuffnang.

Lepas melawat Kilang Mamee Chef tu, kita perlu buat 1 entry mengenai event tersebut, nanti Nuffnang akan bayar juga untuk entry tersebut (sponsored post). dalam hati jaa, waaaaaa bestnya... wahhh syoknya... wahhhh mata duitan-nyaaa aku.... (^_^)

Then semalam aku bukak lagi email tu, repeat baca berkali-kali... nak submit ke tidak.. nak submit ke tidakkk?? pastu terus laju-laju putuskan untuk submit detail ke Nuffnang. beri nama penuh, URL blog, email dan no.tel segala.... 

Dan petang tadi dalam pukul 3.15pm Staff Nuffnang call aku, untuk pengesahan kehadiran event ni. aku dah gelabah dahhhh..... i'm speechless!

Sebabnya, event ni kena berkumpul di Subang dulu untuk naik bas sebelum bertolak ke Kilang Mamee Chef di Melaka.... ermmm... aku terpaksa pikir dua kali hal ni... even hati melonjak-lonjak rasa nak pergi... aku tak leh nak buat apa gak....

Dari Kelantan nak ke Subang... macam tak berbaloi okey... program sampai petang je pun... nak tinggal family lagi... kerja lagi... omaiiiigoat.... No..No..No.... walaupun berbayar, tak berbaloi untuk blogger yang duk jauhhhh macam aku! korang yang duk di KL tu best arr... huhu...

Benornya sebelum submit penyertaan memang aku dah sedia maklum kena kumpul di Subang dulu. masa tu memang rasa macam takde chance dah. tapi sajeeeeee gatal tangan nak submit penyertaan jugakkkkk.... hahahaha...

Aku pun call en.suami tadi... tanya pendapat dia... tapi respond dia pun macam tak berapa nak green light ajer. hrmmm... pasrah!!! terlepas peluang keemasan untuk join Event Nuffnang ni. pestaim aku dapat invitation Nufffnang ni okey... acaner aku tak eksaited???


But.........MELEPASSSSSSSSSS...............................Full Stop!!



Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

17 comments:

  1. cik nor dah bnyak kali melepas jaa..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jaa ni pestaim dpt call dari nuffnang cik nor...

      Delete
  2. ala Jaa tak g ker.. takper next time ada lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope ada rezeki jaa utk next events!

      Delete
  3. sue dapat jugak email ni..tapi tu la..masih sampai sekarang tak dapat call pon...entah la..tak da rezeki sue agaknya kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar, nuffnang akan call jugak nanti... doa jaa semoga sue terpilih....!!

      Delete
  4. dapat jugak jemputan ni jaa..even dekat ngan subang pon tak dapat pegi..
    kena pikir banyak kali..
    takpe la mungkin ade lagi rezeki akan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la kan... bila kita dah ada anak dan suami ni nk buat sesuatu kena pikir 2-3 kali dulu... xleh nk berjimba macam org single... hehe...

      Delete
  5. sama lha.. tu lah,dri pantai timur nak ke sana.. sobb.sobb.. xdapat join :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauhhhhh kannnnn... kalau lah event ni di pantai timur konfem jaa pergi!!

      Delete
  6. sama la kak..dpt gak invitation tu....nk sangat pegi hehe leh jmpa kawan2 blogger...tp tu la..cm akak ckp...green light tu xbpe nk terang hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehhe... green light tak berapa nak terang jugak ehhh?? Adoii laaa kesian kita kan... hrmm... sabar je lahh....

      Delete
  7. dpt gak invitation tp mmg x dpt p ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rugi kan... kalo dpt pergi mesti syok... nanti boleh bodek nuffnang utk events2 lain... hehehe...

      Delete
  8. Fana dapat invitation juga tapi takde pulak yang call. Sedih.

    ReplyDelete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...