kelab blogger ben ashaari, KBBA,

27 May 2014

Menu Baru KFC : Burger Zinger Remixed



kfc, kfc hot box, menu baru kfc, harga menu baru kfc, ayam goreng kfc, kfc tesco, makan di kfc, kfc zinger remixed,


Citer makan ayam kehepsi ini adalah hari yang sama dengan Entry Donut Big Apple yang aku dah published semalam yer... sengaja buat separated entry... motif?? untuk perbanyakkan entry...!! wahahaa...

Lepas tapau 6 ketui Donut, kami singgah ke KFC Tesco. En.Yie seperti biasa bila ada menu baru, wajib di terjahnya! hantu kehepsi sangat dia ni nih. bagi dia, hari-hari makan kehepsi pun dia okey! but bagi tekak aku cannot go la, aku jenis cepat muak.... ngeee!


 


Sekarang ni pulak En.Yie dah mula kepeningan lagi kebingungan melihat perut dia yang overrr menonjol... tiap kali amik gambar, tiap kali kecewa coz perut makin membesar dengan jayanya! muka pun dah membulat!

Skang ni aku nak upload gambar untuk entry pun susah. kena pilih gambar dia yg nampak kurussss jer. aku nak upload yang ini, takleh. yang itu, takleh. aku tanya dia, kenapa?? dia cakap maluuuu...!! malu sebab nampak perut!

Ehhhhhh... what the fish?? (^_^) ~ampun bangggg...!!


kfc, kfc hot box, menu baru kfc, harga menu baru kfc, ayam goreng kfc, kfc tesco, makan di kfc, kfc zinger remixed,


Okey.... meh berbalik pada tajuk kehepsi. kami datang sini coz nak ngetest Menu Baru KFC iaitu Zinger Remixed. RM11.85 untuk Set Combo ini. seketul ayam, 4 ketul mashed potato, 1 zinger remixed, 1 gelas Pepsi. tengok iklan dia dalam tibi, menjejehhhh ailio En.Yie. dah banyak kali dia request nak singgah kehepsi, tapi aku boo-layan...kah3!!


 kfc, kfc hot box, menu baru kfc, harga menu baru kfc, ayam goreng kfc, kfc tesco, makan di kfc, kfc zinger remixed,


Tetiap kali makan kehepsi.... thumbs up sokmo dia kasi... aku pun dah jadi sakit hati... takde pose lain ke banggg? asyik gaya samo jooooo..... tahu ler KFC tu peberet you!!! kalo cakap pasal menu kehepsi sume sedappppp En.Yie nih. Cheesy Zinger sedap. Zinger Reloaded sedap. Zinger Remixed sedap. sume sedappp lahh bagi tekak dia... eh, heran aku...! nasib baik dia tak cakap sky juice kehepsi pun sedappp. kalau tak dah sah-sah en.yie ni bangsa pelik.... hoho!




Hah, fikri pun dah mula berjangkit ngan En.Yie dah. tiap kali aku amik gambar tiap kali jugak dia angkat thumbs up... siap double thumsb up okey... tapi kan, pic fikri yang tu macam sweet pulak aku tengok.. 

Tak penah-penah dia buat mulut macam gitu.. masa aku duk taip entry ini ni pun, aku try preview dulu nak tengok okey ke tak... pastu fikri pun tertengok! boleh dia gelak-gelak tengok gambar sendiri.. aku suruh dia ulang buat balik... langsung tak menjadi... adoii... pose spontan kau!




Aku hari tu malas nak order Ayam Kehepsi. aku makan je Donut Big Apple yang aku tapau hari tuh. sedappppp sungguhhhh tahu takk...? sampai orang meja sebelah pun jeling-jelingkan donut aku... (^_^)


 


Jangan pelik tengok mulut aku yg bertampal tuuu.... aku makan donut tu tercomot lak, sampai melekat-lekat coklat kat gigi.... so, harussss laaa cover ngan MASK!! kih3.


kfc, kfc hot box, menu baru kfc, harga menu baru kfc, ayam goreng kfc, kfc tesco, makan di kfc, kfc zinger remixed,


Dak tecik Fikri ni gelarkan Donut-The Aliens ni dengan nama ULAT. katanya tu bukan coklat. tu ULAT. oklah dik, ulat pun ulat laa... janji sedappp....!!! Menu untuk fikri malam tu, aku order seketul ayam goreng KFC Boneless ngan segelas Juice Mango jer untuk dia. utk aku lak, aku order air Pepsi jer. total kehepsi, hari tu lebih kurang RM19 jer. Korang pulak mcm mana? dah try ke KFC Zinger Remixed yang baru ini???




Jom Follow Facebook Jaakechik. KLIK button dibawah :

11 comments:

  1. sue pon dah try makan ni..so far ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kfc...nak sedap mcm mana lagi kan sue?
      standard rasa ayam kentaki la kan? kikiki...

      Delete
  2. ouch..laparlah plk tgk fikri mkn kepsi..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom ngedate di kbmall berdua ciknor... hehehe...

      Delete
  3. seronoknya budak kecik tu makan hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abah budak kecik tu lagiiii ler double seronok.... hahahaa....

      Delete
  4. Waaaa suka gila makan big apple. Terliur nengoknya. Dh lah kat penang susah cari. HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. jaa pun suka.. tapi jarang2 sekali beli boleh laa.. takleh diamalkan selalu sbb agak mahai gak rege dia.... ekeke...

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...