kelab blogger ben ashaari, KBBA,

09 June 2014

Peperiksaan Akhir PJJ USM Tahun Dua






Sekarang ni jaa sedang sibuk berperang ngan Peperiksaan Akhir PJJ USM untuk tahun dua. Aku mohon korang doakan untuk aku ya. please doakan yang terbaik untuk aku. aku berharap sangat untuk mendapat pointer yang lebih tinggi berbanding tahun pertama pengajian.

                             
                                   JKA 212 - Isu-Isu Antropologi Dan Sosiologi
                                   JKA 213 - Ketidaksamaan Sosial
                                   JKA 214 - Manusia Dan Persekitaran
                                   JKA 216 - Paradigma Dan Teori Sosial
                                   JMG 101 - Pengantar Geografi
                                   JMG 211 - Geografi Manusia
                                   JUS 101 - Teras Keusahawanan
                                   JUE 200 - Bahasa Inggeris



 


Yang diatas ini merupakan jadual exam, beserta details tentang 8 subjek yang aku ambil untuk tahun ini. Fyi, aku belajar PJJ USM ni dalam bidang Sains Kemasyarakatan. bidang major Antropologi-Sosiologi, manakala minor ialah Geografi.

Kelam kabut aku minggu ni dengan ulang kaji. aku ni pulak jenis study last minutes sokmo. itu yang susahnya. haha. esok nak exam, hari ni baru sibuk study subjek tu. makin lambat tarikh exam, makin aku sedapppp hati. buku pun tak belek. ekeke.




Sekarang ni dah selesai 3 paper pertama. ada 4 lagi menunggu. nerves giler hoii... final exam untuk tahun dua ni boleh dikatakan 90% berbentuk Esei. dah takde soalan objektif yang ABC macam tahun 1 tuh... sume kena mengarangggg! kecuali subjek JUE (inggeris).

Tak study, takde point. takde point takleh mengarang! so, aku kena lipat gandakan usaha untuk study gak even sibuk ngan tanggungjawab lain. time gi USM kemainnnn lagi semangat... dah start menapak masuk dewan terus kecut perut... hahaha...

01 - 13 jun aku bercuti (CTR+CR+offday). terasa rindu lak kat budak-budak ofis. hikhik. hari ni exam paper ke-4 JMG101 iaitu Pengantar Geografi. Ya Allah, Kau permudahkan lah urusan jaakechik.... Amin!!!




"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusan Norhariza Abdullah dalam menjawab setiap soalan Exam PJJ beliau. semoga dia diberi ketenangan. semoga dia mampu menjawab setiap soalan exam itu dengan baik, tepat dan cemerlang... Amin ya rabbal alamin..."

2 comments:

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...