kelab blogger ben ashaari, KBBA,

20 May 2014

Pertanyaan Tentang PJJ USM - 1






Perkongsian entry demi entry tentang pengalaman aku yang sedang belajar Program Pendidikan Pengajian Jarak Jauh di USM telah membuatkan aku dihujani pelbagai soalan dari pembaca blog. ramai betul yang berminat dengan PJJ ni wehh... tak sangka lak aku...

Sekarang ni ramai yang email kat aku cakap, "Terima kasih kerana blog akak banyak membantu memberi info tentang PJJ USM, saya akhirnya terpilih untuk program pjj kak" wahhh syukur alhamdulillah aku tumpang happy sekaki untuk uolls babe...

Kalau readers bagi soklan yang mudah aku akan reply terus jer kat tuan dia, tapi kalau soklan-nya panjanggggg aku akan buat entry. coz nanti boleh dijadikan rujukan untuk readers lain lak kemudian hari... Okey takmo membebel panjang, meh kita baca apa yang reader ni hantar kat aku...
 

Soalan :


Assalamualaikum Cik Jaa,1st  skali sory klu ganggu cik jaa di kala sibuk ini tp xde sape sya nak tnye pasal USM pjj ni...alhamdulillah permohonan pjj usm sy berjaya ,cos sy sastera majoe sejarah..& sy kena dftar & orientasi pd 11-14 ogos ni,gembira + risau bile pikirkn nk g bljar ni sebab sy tak pernah ke penang sebelum ni so byk yg sy kena belajar dulu sebelum kesana takut2 sesat plak...hehe...jadi sya harap pertanyaan2 sy ini dapat pencerahan dr pihak cik jaa yg pandai lg berpengalaman....
  
1)  Bagaimana cara & bila waktu sesuai nak book hostel or rumah penginapan di usm sebelum hari orentasi ni? sy maybe g dgn ibu sy so boleh ke dok hostel sama dgn ibu? dan yg mane sewa paling murah cikit?

2)  Apa yg akan dilakukan pd hari orentasi tu? almaklumlah da lame x kne orentasi ni last skli form 1.... apa yg perlu dibawa? medical checkup kene buat ke?

3) Cik jaa kata yuran boleh dibayar 2 x ansurans so klu saya bayar separuh dulu sblum orentasi,adakah apa2  pembayaran lain yg kene buat pada hari tu? 

4)  Bila sy boleh buat permohonan PTPN? adakah sebelum atau selepas orentasi?

sebernarnya byk lagi pertanyaan sy tapi hanya ini yg dapat sy fikirkan buat masa ini... harap sy tak menggangu cik jaa ye..*:) happy

assalamualaikum....





Firstly jaa nak ingatkan korang dulu, apa yang jaa jawab ni semuanya berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sendiri aje yer. Mana yang aku tahu, mana yang aku boleh jawab, aku jawab. mana yang susah, aku akan suruh korang refer pihak PPPJJ USM secara direct. Sebab aku pun baru dua tahun ber-PJJ ni. aku bukan senior atau otai yang serba tahu. dan yang paling penting sekali, aku bukan staff usm yer...! setiap entry aku mengenai PJJ USM adalah perkongsian pengalaman sendiri. aku bukan dibayar oleh usm untuk war-warkan mengenai pjj usm ni... (^_^)


Jawapan :


1)   Tentang nak sewa Rumah Tumpangan USM tu.... for me better booking awal. Sebabnya kuantiti bilik adalah sangat terhad. Rumah Tumpangan akan full house setiap kali ada orientasi atau intensif. Cara nak booking senang aja, call aje nombor ni 04-6532030. Bagitahu je nak bilik mana. Double bed ke. Single bed ke. Nanti diorang akan uruskan. Rate sewa sekitar RM110-RM230. Pembayaran boleh dilakukan semasa check-in nanti (tak perlu deposit dan boleh cancel bila2 masa). Tentang nak bawa ibu duk skali dengan anda di Rumah Tumpangan USM, boleh! cuma kalau nak bawa ibu duk di hostel (desasiswa) itu memang tak boleh!




2)   Program semasa orientasi ialah, proses pendaftaran kursus, proses suai kenal lecturer, proses kad matrik pelajar, kenali kampus induk, tatacara penggunaan library dan banyakkkk lagi laaa.... syok juga orientasi ni... boleh kenal member2 pjj yang senegeri ngan kita. Boleh carik geng untuk group assignment. Tukar2 no.phone, whatsapp, email, facebook, nanti boleh roger2 untuk any problems about tugasan. tentang medical check-up pulak itu memang wajib buat. U'alls akan diberi pelbagai borang sebelum datang orientasi untuk dilengkapkan (termasuk borang medical check-up). apa yang perlu dibawa semasa kursus orientasi / intensif ialah anda boleh refer entry di bawah ini :



3)  Yuran PJJ USM memang boleh di bayar secara ansuran 2 kali. Tarikh pembayaran akan dimaklumkan oleh pihak USM nanti. Yuran bagi kos S.K ialah RM1231 setahun. Setiap ansuran ialah RM615.50. Tapi untuk tahun pertama yuran adalah sekitar RM1500++ setahun. sebabnya kena caj yuran orientasi RM300++ (yuran tak berulang). So, untuk tahun satu, yuran bagi ansuran pertama adalah RM900++ manakala ansuran kedua ialah RM615.50 (ini bagi kos S.K yer. Kos lain jaa tak tahu). pembayaran lain semasa orientasi takde dah. just yuran je lah. ualls perlu spare duit untuk perbelanjaan makan minum jer laaa... lelain kos tersembunyi takde.. jangan risau!


4)  USM takkan bantu student utk urusan loan PTPTN. So, segalanya student perlu buat sendirian berhad. Permohonan Pinjaman PTPTN boleh dibuat bila-bila masa, sebaik sahaja anda berjaya mendapat tawaran belajar PJJ di USM. Beli no.pin di BSN, kemudian pergi ke PTPTN terdekat untuk membuka akaun SSPN-i  dengan bayaran sebanyak RM20. Untuk proses lanjut boleh bertanya staff PTPTN mengenai prosedur lengkap untuk APPLY PTPTN SECARA ONLINE.  Jaa dah lupa ler caranya. Sebab dah lama sgt buat dulu. Huhu. Fyi, untuk ptptn kita boleh dapat pinjaman lebih kurang RM6000++. Duit PTPTN akan masuk ke dalam akaun kita 2 kali setahun yang mana bernilai lebih kurang RM1500++ setahun. Proses nak lulus loan PTPTN agak lama juga lebih kurang 6 bulan kot (ini berdasarkan pengalaman lalu aku).





"Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah segala urusan Norhariza Abdullah dalam menjawab setiap soalan di dalam exam beliau nanti. semoga dia diberi ketenangan. semoga dia mampu menjawab setiap soalan exam itu dengan baik, tepat dan cemerlang... Amin ya rabbal alamin..."



Sebarang kemusykilan, pertanyaan atau cadangan sila email ke :

16 comments:

  1. Alhamdulillah, great piece of sharing Jaa...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah memberi manfaat pada semuakan...

    ReplyDelete
  3. thanks for the useful sharing. appreciate that :)

    KhairulHadi

    ReplyDelete
  4. cik jaakechik memang classssssss..........................terima kasih kerana banyak membantu update info2 tentang ppjj usm!!! sharing is caring :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Semoga sedikit pengetahuan dan pengalaman yg saya ada dapat membantu bakal2 student pjj usm. Amin.

      Delete
  5. kak jaa, nak tanya masa kak jaa di tahun pertama dulu, klau yg dari sarawak & sabah wajib ke tak ikut orientasi di usm penang or kitorang buat pndaftaran d negeri masing2 aje?

    ReplyDelete
    Replies

    1. Student sbh & srwk WAJIB hadir ke kursus orientasi di Kampus Induk P.Pinang. namun tarikh orientasi mereka berbeza dgn student semenanjung. (akan dibuat berasingan). tapi itu pengalaman saya yg lepas laa..

      Untuk tahun ini saya tak tahu, samada begitu juga ataupun tidak... tapi untuk Kursus Intensif adalah berlangsung serentak utk semua student pjj (semenanjung @ sbh/srwk).

      Thanks and Regards, jaakechik.

      Delete
  6. Tahun nie student sarawak kena gi penang utk minggu orentasi...rumah tamu usm dpt bawak family x ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah baru je nak tau pasal ini. Tepaksa melabur 500 untuk tiket flight sob sob sob... Kan bagus kalau masuh wat orentasi kat KK ..

      Delete
    2. Jangan sedih. tanamkan dalam hati :

      "Aku melabur untuk hari esok."

      semoga kita semua meraih kejayaan.

      InsyaALLAH....!!

      Delete

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

DISCLAIMER : Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen negatif yang berunsur fitnah dan penipuan yang diberikan oleh pembaca blog ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda pada post ini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...